Penangguhan SBPA: KSN & JPA Gagal
Rata rata penjawat awam sudah berkira kira apa yang hendak di buat dengan kenaikan gaji pada bulan Januari ini, namun demikian akibat sebab sebab teknikal yang tak sepatutnya berlaku menyebabkan kakitangan awam terpaksa menggigit jari.
Penanggguhan ini merupakan satu kegagalan yang cukup besar serta memalukan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Sidek Hassan dan Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)dan mereka ini harus bertanggungjawab kerana gagal menjadi agen penyampaian yang baik bagi pihak kerajaan kea rah mengangkat Bajet 2012 kerajaan untuk direalisasikan dan mendapat manafaat kepada penjawat awam.
Walaupun penangguhan ini memungkinkan akan memberikan faedah seperti yang digariskan dalam Bajet 2012 itu namun ianya secara tidak langsung memberikan impak buruk kepada kerajaan dan harapan yang dipertaruhkan oleh berjuta penjawat awam untuk merasai nikmat seperti yang digaris ataupun diuar-uarkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan.
Ulasan selanjutnya di sanggahtokjanggut
Lebih baik SSM diteruskan dan diberi penambahbaikan.
Gaji kakitangan awam dinaikkan 30-45%.
wassalam
asyik tangguh2 jer, kelam kabut orang yang kerja bahagian gaji...
Nampak sangat kerja tak cekap