Sebut nama Tuhan kamu di waktu pagi dan petang dan kemudian sujud kepadanya dan seterusnya berzikir pada waktu malam yang panjang.
Perintah Allah swt kepada kita yang perlu dibuat secara berterusan di mana sahaja kita berada.
Panduan untuk patuh kepada perintah Allah swt dalam membina kekuatan diri.
1. Sentiasa Ingat akan Allah swt dengan cara berzikir setiap ketika di waktu pagi, petang dan pada sebahagian malam hendaklah sujud kepadanya.
Berbanyakkan doa kepada Allah swt ketika dalam sujud.
Kelebihan apabila berdoa, malaikat akan juga berdoa kepada kita.
2. Bertasbih kepada Allah pada waktu malam yang panjang. Masanya adalah antara Maghrib hingga ke waktu tidur.
Banyakkan solat sunat tasbih.
Kelebihan apabila melakukan panduan yang berikan ini akan menimbukan kekuatan dalam diri untuk melawan godaan syaitan dan dunia.
Orang yang mudah kalah dengan godaan hawa nafsu ialah mereka yang utamakan nikmat yang segera (nikmat dunia).
"Terlepas yang sementara atau terlepas yang kekal" yang mana satu pilihan kita.
Matlamat utama hidup adalah akhirat.
Ingatlah bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini adalah perintah Allah untuk mencari rezeki yang halal.
Wallahualam
Catatan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan