Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

PACS Upgrade From 3.7.3.7 To 3.7.3.9

PACS IW telah dinaik taraf ke versi 3.7.3.9 pada petang Sabtu 22 Februari 2014. Proses menaik taraf perisian ini telah mengambil masa selama 2 Jam.

Pada waktu sistem ini dinaiktaraf pengguna telah mengalami kesukaran untuk menggunakan aplikasi ini.

Setelah proses menaik taraf sistem ini selesai pengguna mengalami satu lagi masalah iaitu semua workstation atau PC perlu di install dengan aplikasi add on active x yang baru.

Petugas IT Jabatan Radiologi yang di ketuai oleh En Azahadi dan Encik Zakaria sekarang ini sedang bertungkus lumus untuk mengemaskini aplikasi yang baru ini pada setiap PC dan workstation di Kampus Kesihatan.

Kepada semua pengguna PC persendirian, mereka perlu mengemaskinikan aplikasi active x apabila ingin menggunakan viewer PACSIW.

Wassalam

Sejarah Silat Gayong

  1. Silat Seni Gayong dicipta dan diasaskan oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau dilahirkan pada tahun 1915, dan berketurunan Bugis(cicit kepada Daeng Kuning/Panglima Hitam). Meor Abdul Rahman mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada nenda sebelah bondanya, iaitu Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal merupakan salah seorang hulubalang Pahang yang turut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di negeri Pahang. Syed Zainal mewarisi ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan Bugis yang tinggal di Jambi, Sumatera. 
  2. Selama tiga tahun Meor Abdul Rahman berlatih bersama-sama dengan murid-murid Syed Zainal yang lain. Ketika berusia 18 tahun, Meor Abdul Rahman telah berjaya menguasai selok-belok ilmu Silat Seni Gayong, termasuklah adat-istiadatnya. Walaupun demikian, nenda beliau tidak dapat mengkhatamkannya kerana menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh “orang ghaib” di suatu tempat yang terletak di sempadan negeri Siam-Tanah Melayu. 
  3. Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau telah dikhatamkan oleh “Datuk Laksamana Hang Tuah” di dalam mimpinya ketika beliau tertidur di atas sebuah batu hampar hitam di tebing sungai dalam kawasan hutan Menam, Thailand. Beliau telah dicurahkan segala rahsia ilmu kepahlawanan dan mempertahankan diri, seterusnya diamanahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini seluas-luasnya, dengan mengikut syarat-syarat tertentu, pada masa-masa tertentu
  4. Bacaan lengkap sila layari http://gayongmalaysia.wordpress.com/sejarah/
Wassalam

Tomoi

  1. Boksing Siam, Tomoi atau Muay Thai ialah tiga nama yang diberikan bagi merujuk sukan tempur dari Thailand.
  2.  Di Kelantan, penduduknya memanggil Muay Thai sebagai Boksing atau Muay (dibaca mu-wei). 
  3.  Seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di utara seperti Kedah, Perlis dan Kelantan masih di bawah pengaruh Siam. 
  4. Perkataan tomoi sendiri berasal dari perkataan Siam, iaitu toi (tumbuk) dan moi (seni bertumbuk).



Persembahan silat pada majlis perkahwinan

  1. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. 
  2. Dianggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand
  3. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. 
  4. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Wassalam

Nisfu Syaaban Di Masjid Al Qasimi




Pesanan Imam sebelum memulakan majlis membaca Surah Yaasin.

Pada bacaan kali pertama hendaklah memohon doa kepada Allah swt agar dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt. Pada bacaan kali kedua mendaklah memohon doa agar dimurahkan rezeki untuk memudahkan urusan beribadat kepada Allah swt. Dan pada bacaan kali ketiga hendaklah berdoa agar ditetapkan imam supaya  hidup dan mati kita di dalam agama Islam.

Wassalam


Majlis Solat Hajat Dan Jamuan Laksa SK Long Gafar

Pada 22 Jun 2013 PIBG SK Long Gafar telah mengadakan majlis jamuan laksa dan solat hajat.

Majlis ini telah diadakan selepas solat zohor di dewan sekolah SK Long Gafar.

Solat Zohor dan solat hajat telah diimamkan oleh iman muda masjid Al Qasimi Mukim Parit.










Wassalam

Juru X Ray Kanan Merangkap Engineer CT

Apabila telah menjawat jawatan juru x ray kanan, kerja kerja yang dulunya dirasakan mustahil, kini ianya telah menjadi sebahagian dari tugasan yang rutin. 

Jika berlaku masalah atau kerosakan kecil pada peralatan, juru x ray kanan lah orang yang mula mula dipanggil dan beliau cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah itu. 

Nasihat dan tunjuk ajar secara online dari engineer terlatih adalah diperlukan setiap masa agar keselamatan diri dan keselamatan peralatan sentiasa diutamakan.

Setiap juru x ray kanan akan merasa puas apabila masalah atau kerosakan dapat diselesaikan dengan jayanya tanpa memerlukan kehadiran engineer. Penyelesaian menerusi cara ini akan dapat menjimatkan kos pengurusan hospital.




Wassalam


Wakil Calon PRU13

Wakil calon PRU13 bagi parlimen Bachok sempat meluangkan masa bersama dengan staf Jabatan Radiologi selepas menjalani pemeriksaan CT Scan.








Wassalam

QS dan Ebby Halim

Pada 31-1-2013 di perkarangan Dewan Utama USM Kampus Kesihatan, saya telah berpeluang untuk minum petang bersama dengan DJ Radio Kelantan FM iaitu QS dan Ebby Halim.

Kehadiran mereka adalah untuk membuat liputan secara langsung menerusi TV1 dan juga Kelantan FM sempena lawatan Timbalan Pertada Menteri Malaysia ke Kelantan.

Sayangnya pada hari itu saya telah terlupa untuk membawa telefon bimbit yang juga merupakan kamera peribadi saya untuk merakamkan detik detik peristiwa tersebut.

Mereka bukan sahaja mesra semasa bersiaran di radio, tetapi juga semasa di luar.






Nama : Nur Aishah Bt Mohd Yusof
Gelaran : QS
Tarikh Lahir :10 November 1987
Status : Bujang
Hobi : Membaca & Memasak
Penglibatan awal : Mula bertugas pada Jun 2011 di dalam segmen selenta (6-9 mlm ) dan beralih pula ke pilihan segmen gala ( 10-2 ptg ) dan ceria pagi (6 pagi – 10 pagi ) apabila segmen baru ( CEKOK ) mula di perkanalkan segmen tersebut yang bersiaran pada pukul ( 9mlm-12 tgh mlm) sekarang bertugas di segmen ceria pagi setiap hari sabtu dan selasa, cekok setiap hari rabu dan khamis.
Tagline :  Hidup Biar berbakti Bukan Mengharap Untuk Di Puji.





Gelaran : EBBY HALIM AL- FIRDAUS atau PAKCHU
Tarikh Lahir : 20 SEPT 1974
Status : berkahwin
Hobi : Membaca ,aktiviti sukan lasak  pancuan 4 roda
Penglibatan awal : Meminatibidang penyiaran (DJ dan Juruacara ) bermula sejak di bangku sekolah.
-       Memulakan tugas sebagai juruheboh sambilan di radio Kelantan Fm bermula 1998 juga diberi peluang menjadi pelakon drama radio,
-       Menjawat jawatan tetap sebagai penerbit rancangan pada 2005 di radio Kelantan fm . Bertugas sebagai penyampai di konti / DJ , penyampai berita radio ,pelakon drama, menerbitkan rancangan-rancangan agama, penerbit rancangan hiburan  / Pertandingan seperti ,Bintang Realiti,Bintang P.Ramlee , Bintang Klasik, Sketsa Wokyoh.
-       Penyampai berita wilayah TV! Sejak 2007 lintas langsung dari Kelantan . Menjadi DJ Ikon stesen Kelantan fm.
Tagline :  Ada perkara yang kita sukai tetapi ianya tidak baik untuk kita,Ada perkara yang kita suka, padahal ianya baik untuk kiata,jangan menoleh sesuatu hanya pada zahir semata-mata.


Wassalam

Bahang Final Piala Malaysia

Sempena perlawan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dengan ATM, Kedai Kopi Kampung Telaga Bata telah mengadakan beberapa hadiah hamper untuk pengunjung yang datang pada malam ini.

Hamper sumbangan dari tokey kedai dan pengunjung tetap kedai kopi ini akan diberikan kepada penonton yang bertuah.

Setiap pembelian air atau makanan akan diberikan kopun cabutan bertuah.

Wassalam

Kemalangan Di Lampu Isyarat Pasir Tumbuh

Sebuah lori muatan tanah telah mengalami kemalangan di lampu Isyarat Pasir Tumbuh. Kemalangan ini telah menyebabkan kesesakan pada laluan ini.

Wassalam

Kejadian Pecah Rumah Staf USM

Kesal, sedih dan terharu dengan kejadian ini, namun hikmat dari yang Maha Kuasa menyebabkan pihak polis dapat menjumpai suspek dan barang curian dalam masa tak sampai 24 jam.

Tahniah kepada private investigator / pakar IT yang telah membantu dengan menggunakan sistem GPS untuk mengesan lokasi suspek dengan cepat dan tepat.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera

Wassalam

Mogok 2 Oktober 2012

Jam telah menunjukkan pukul 8 pagi, namun pintu Anjung Cafe masih lagi belum dibuka. Pelanggan pelanggan ramai yang menunggu di luar begitu juga dengan kuih muih yang dibawa oleh pembekal juga berada di luar kafe.

Rupanya malam tadi kakitangan kafe terlupa untuk mengunci pintu dengan itu menyebabkan pengawal hospital terpaksa bertindak mengunci kafe tersebut.

Kata pengawal " Lain kali jangan buat lagi"

Advance In Medical Imaging (2)

Suasana semasa minum petang yang ditunggu tunggu kerana kelaparan akibat terlepas makan tengahari.

Nak bergambar pun tak sempat, apa yang ingat dalam kepala ialah kuih yang disediakan untuk minum petang.

Walaupun hanya karipap dan roti sandwich yang disediakan namun ianya tetap menjadi rebutan.

Masjid Di Bandar Permaisuri Terengganu

Dalam perjalanan pulang dari CME Advance In Medical Imaging kami berpeluang untuk berhenti dan bersolat di Masjid Bandar Permaisuri

Advance In Medical Imaging (6)

Sebelum pulang peserta CME Advance In Medical Imaging sempat juga memberi makan kepada sekawan rusa yang dipelihara berhampiran dengan tempat pakir.

Advance In Medical Imaging (4)

Suasana waktu pagi di Tasik Kenyir semasa minum pagi amat nyaman dan menyegarkan.
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week