Showing posts with label hadis 40. Show all posts
Showing posts with label hadis 40. Show all posts

Hadis 31: Zuhud

Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : " Hendaklah zuhud di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai". 


Amalan yang dikasihi oleh Allah dan juga manusia. Zuhudlah terhadap dunia dan yang di sisi manusia

1. Zuhud kepada dunia
2. Zuhud yang dicintai Allah dan manusia

Zuhud
- Hendaklah kita mencontohi zuhud Nabi 
- Makna zuhud dari segi bahasa adalah menolak sesuatu kerana dianggap remeh
- Mengambil sesuatu yang halal setakat keperluan sahaja dan tidak membazir.
- seseorang itu perlu ada ilmu baru boleh zuhud

Dunia adalah suatu perkara yang perlu berhati hati agar tidak tertipu dengannya kerana ia adalah perhiasan dan sesuatu untuk berbangga bangga

Zuhud kepada dunia ialah menyakini apa yang ada disisi Allah dari apa yang ada ditangan kita.

Zuhud
1. Yakin apa yang ada disisi Allah, semua rezeki adalah dari Allah 
2. Musibah akibat kehilangan yang disayangi, yakin Allah akan memberi yang lebih baik lagi.
3. Apabila mendapat pujian atau cercaan, hendaklah jiwa kita tetap kepada kebenaran

Hati kena faham

Sikap zuhud 
- fikir tentang akhirat
- fikiran sentiasa dekat dengan Allah 
- waspada dengan nikmat dunia kerana takut jauh dari Allah swt.
- dunia tiada harga disisi Allah 
- dunia adalah benda yang hina oleh itu jangan perbesarkannya.

Wallahhualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahan saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Hadis 30: Mematuhi Ketetapan Allah Dan Menjauhi Larangan Allah

Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "

1. Allah menetapkan kewajipan dan jangan kamu mengabaikan,
2. Allah telah tetapkan batasannya dan jangan kamu melampaui,
3. Allah swt mengharamkan segala sesuatu dan janganlah kamu melanggarnya.
4. Allah swt mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat bagi kamu dan janganlah kamu cari perkara yang didiamkan oleh Allah itu.

Hukum hakam dan natijah nya 
Allah swt Fardhu kan beberapa perkara:
1. Fardhu ain
- Ia menjadi kewajipan bagi setiap individu yang mukallaf
- seperti solat, puasa, zakat, haji dll
2. Fardhu kifayah
- Ia adalah kewajipan tetapi apabila ada seorang melakukannya maka individu yang lain akan terlepas
- seperti solat jenazah, ajak kebaikan dan cegah kejahatan, solat berjemaah di masjid, ilmu yang manusia memerlukan dan lain lain.

Menjaga hudud (ketentuan atau batasan)
Jangan kamu melampauinya.

Larangan dari mendekati dan melakukan perkara yang diharamkan 

Banyak perkara yang Allah swt diamkan adalah merupakan rahmat. Jangan kita banyak bertanya akan perkara tersebut.

Orang yang banyak bertanya adalah orang yang kurang perlaksanaannya.

Bab fekah boleh bertanya.

Terutama dalam bab ketuhanan atau tauhid tidak boleh dipersoalkan.

Dilarang bertanya berkenaan dengan zat Allah.

Wallahhualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Hadis 28: Berpegang Teguh Dengan Sunnah Dan Menjauhi Perkara Bidaah

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ).
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '


Kepentingan hadis
Pesanan Nabi 
1. Bertaqwa kepada Allah 
2. Patuh kepada pemimpin 
3. Jangan berpecah belah
4. Jauhi perkara bidaah

Hukum hakam 

1. Nasihat yang memberi kesan yang mendalam seterusnya mempengaruhi kehidupan kita. Syarat syarat dalam memberi nasihat:

a) Perlu ada tema yang tepat dan bermunajat kepada umat manusia dan negara. contoh dalam hadis tadi adalah "Bertaqwa kepada Allah dan taat kepada pemimpin". Bermuzakarah, berbincang dan berdebat dengan cara yang bermunafaat dalam menentukan sesuatu tema.

b) Guna bahasa yang mudah difahami dan fasih.

c) Perlu ada penghayatan pada ilmu itu

d) Nasihat yang tidak terlalu panjang

e) Memilih keadaan dan waktu yang tepat.


2. Sifat yang perlu ada pada pemberi nasihat

a) Yakin dengan apa yang diperkatakan

b) Hati yang bersih dan ikhlas serta gigih.

c) Ucapan sesuai dengan perbuatan. Cakap serupa bikin.


3. Kebersihan hati sahabat
- ketakutan dan kegusaran dalam diri sahabat bila mendengar nasihat dari sahabat sehingga membuatkan mereka menangis dan sedih.


4. Taqwa bermaksud melakukan semua perintah dan meninggalkan segala larangan. Ia adalah perintah syarie yang di tuntut oleh syarak


5. Pesan menyuruh supaya taat kepada Allah, rasul dan ulul Amri. 
a] Kejadian yang diceritakan itu berlaku di zaman ini dan bukan di zaman semasa ianya diceritakan.
b] beriltizam untuk sentiasa mengamalkan sunnah Nabi saw


6. Peringatan tentang bidaah
Bidaah adalah perkara yang direka reka, tiada asas dan tiada sandaran langsung.
- jangan cepat menghukum atas sesuatu perkara.



Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Hadis 27: Mengenal Antara Kebaikan Dan Dosa

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. 
~ Riwayat Muslim 


Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Kebaikan itu adalah baiknya akhlak, dosa pula adalah apa yang terasa mengganggu atau debaran dalam diri dan hati kecil kita tidak suka akan perkara itu.

Mintalah fatwa pada hati sendiri, kebaikan itu adalah menenangkan diri dan hati, dosa pula adalah berdebar dalam diri dan dalam dada ada ragu ragu. 

Kepentingan hadis
- ucapan Rasulullah mengenai kebajikan dan dosa yang merangkumi semua perbuatan baik dan jahat.

Pengajaran 
1. Definisi kebajikan - berbuat amal, menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang baik dalam bentuk percakapan dan perbuatan. 
Kebajikan adalah perkara yang ringan dan mudah seperti menunjukkan wajah berseri dan wajah yang lembut serta mudah memberi senyuman.

Firman Allah , kebajikan dikepilkan dengan taqwa. 

2. Definisi kebajikan - ketaatan kepada Allah. Tak terlepas dengan hubungan dengan Allah dan juga makhluk.

Firman Allah, bukanlah boleh dinyatakan kebajikan itu dengan menghadap muka ke timur dan barat, tapi ia adalah seseorang yang beriman kepada Allah swt, 
- yakin dengan hari akhirat yang menyebabkan kita beramal bersungguh sungguh di dunia, 
- Beriman dengan malaikat dan yakin dengan tugas tugas malaikat, yakin dengan mata hati kita di mana Allah swt akan membalas segala perbuatan baik dan buruk kita. 
- Beriman dengan al Quran yang amat penting dalam kehidupan kita
- beriman dengan para Nabi 
- memberi harta yang dicintai kepada kaum kerabat, sahabat handai, anak anak yatim, dan lain lain

Kebenaran tentang kebaikan dan keburukan itu boleh di ketahui oleh fitrah manusia.

Apabila berzikir hati akan tenang dan akan terpancar kepada anggota lain, jika hati resah gelisah maka perkara yang kita lakukan adalah berdosa.

Peringkat peringkat berbuat dosa
1. Mula mula buat dosa, hati rasa tak tenang
2. Menjadi biasa
3. Membela dosa itu
4. Bermusuh dengan kebenaran.

Tanda tanda melakukan kesalahan
Berdebar debar dalam hati
Tidak suka dilihat oleh manusia

Apabila ada keraguan pada fatwa kita kena terima apa yang seadanya kerana hati itu tak selari dengan keputusan tersebut.

Apabila menghadapi manusia untuk memberi keputusan dan teguran hendaklah dengan kemampuan seseorang itu.

Al Quran adalah Akhlak Rasulullah.

Islam itu sangat menghargai hati, nilaian Islam adalah pada akhlak seseorang dan bukannya pada moral semata mata.




Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Hadis Ke 25: Jalur Lebar Kebaikan

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "



Ganjaran dari Allah swt kepada orang orang yang berbuat baik, begitu juga apabila mereka berbuat jahat.

Pengajaran
Rasulullah swt memberi galakan, rangsangan dan motivasi  untuk berbuat baik sebagai simpanan di hari akhirat kelak. 

Amal soleh adalah sebagai satu bentuk perintah yang perlu dibuat dengan bersungguh sungguh.

Mengikut sejarah sahabat sahabat yang miskin merasa sangat kerdil akan kelemahan dan kekurangan diri. Rasulullah memberi rangsangan dalam menangani masalah sahabat sahabat tersebut dengan mengambil pendekatan yang bijaksana supaya dikalangan sahabat merasa Allah swt menyayangi mereka.

Rahmat dan kurniaan  Allah swt itu adalah amat luas. 

Tujuan utama nasihat Rasulullah adalah supaya para sahabat meningkatkan amalan mereka dan sentiasa berlumba lumba mengerjakan kebajikan.

Bagi mereka yang tidak mampu bersedekah maka mengingati Allah dengan berzikir kepadaNya adalah satu sedekah yang tinggi nilainya disisi Allah swt. Ia adalah simpanan yang kekal dan tidak dikongsi keuntungan kepada pihak lain

Zikir yang baik disebut oleh Rasulullah saw di dalam hadis ini.

Setiap makhluk adalah berhajat kepada Allah swt.

Berbuat Maaruf dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah swt juga adalah sedekah kerana itulah umat Nabi saw adalah sebaik baik umat. 

Semua perbuatan itu mesti bergantung dengan niat dan ikhlas 

Syarat syarat ikhlas
1. Jangan menunjuk nunjuk
2. Jangan meninggi diri
3. Jangan mengharap balasan dari makhluk. - harap hanya kepada Allah swt.


Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.
















Hadis 24: Mohon Pertolongan Hanya Kepada Allah swt

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. 
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

Ringkasan hadis
1. Haramkan kezaliman atau penganiayaan ke atas Allah swt
2. Jangan saling menzalimi antara satu sama lain.
3. Setiap kamu sesat kecuali orang yang diberi hidayat. Mintalah hidayat dari Allah swt
4. Setiap kamu ini lapar, minta makanan dari Allah, Allah akan beri kita makanan
5. Sekelian kamu bertelanjang, Allah berikan pakaian, Mintalah pakaian dari Allah
6. Setiap makhlukberbuat salah pada siang dan malam. Allah yang boleh mengampunkan dosa kamu.
Minta ampun hanya pada Allah
7. Manusia tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Allah
8. Manusia tidak mampu merancang sesuatu munafaat untuk memufaatkan Allah
9. Sekiranya orang terdahulu dan terkemudian bersatu samada manusia atau jin tidak dapat mengurangkan barang sedikit kerajaan Allah swt
10. Sekiranya orang terdahulu dan terkemudian samada manusia atau jin berkumpul dan memohon permintaan dari Allah, nescaya Allah akan menunaikan semua permintaan setiap mereka itu dan ia tidak akan mengurangkan sedikitpun dari apa yang Allah miliki.
11. Setiap amalan manusia dicatitkan untuk diberi pembalasan
12. Sekiranya mendapat kebaikan pujilah Allah dan sekiranya mendapat keburukan celalah diri sendiri



Hadis Kudsi- lafaz dari Nabi saw dan maknanya dari Allah swt

Allah swt tidak menzalimi hambanya
- zalim terhadap diri sendiri - contoh: syirik
- zalim terhadap orang lain - contoh: tidak menegakkan keadilan. Perlukan akhlak yang tinggi dan iman yang tebal untuk menjadi seorang yang adil.

Keadilan itu bukan dinilai dari kesamarataan tapi perlu dinilai dengan keperluan dan keadaan semasa.

Kita kena perlu sentiasa berhajat kepada Allah swt. Semua perbuatan yang baik hendaklah kita memohon kepada Allah swt dengan kata lain perlu bergantung kepada Allah sepanjang masa.

Wassalam


Hadis 23: Perbuatan Baik Adalah Sedekah. Sambungan

Manusia yang membebaskan diri dan ada yang membinasakan diri.

Pada hakikatnya diri kita adalah amanah dan pinjaman dari Allah swt.

Oleh it hendaklah kita jual diri kita ini hanya untuk agama Allah swt
- supaya dapat memerdekakan diri dari dosa dosa
- supaya dapat memerdekakan diri dari api neraka

Sekiranya kita menjual diri kita ini kepada selain dari agama Allah maka binasalah kita.

Allah swt hanya akan membeli diri orang mukmin ini dengan harga yang paling mahal sekali yakni syurga.

Orang mukmin ini akan sentiasa mencari keredhaan Allah swt. Mereka sentiasa mengorbankan jiwa dan raga mereka ke jalan Allah swt kerana yakin yang sebenar benarnya.

Berjayalah orang menyucikan dirinya pada jalan agama Allah swt. Oleh itu kita mesti kekalkan kebersihan semulajadi yang telah kita perolehi semasa lahir.

Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri sendiri dan ahli keluarga mereka di hari kiamat nanti.

Kita diberi peluang oleh Allah dengan pilihan yang seluas luasnya
- kita kena bijak memilih supaya kita untung dihari kemudian.
- pilihan di sisi Allah adalah muktamat.
- pilihan sesama manusia ada kalanya betul dan ada kalanya salah.

Ambil al Quran sebagai dasar dan asas kehidupan kerana ianya adalah kalamullah dengan cara:
1. Baca al Quran
2. Memahami
3. Mengamalkan

Wallahualam


Hadis 23: Perbuatan Baik Adalah Sedekah

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. 

Bersuci itu sebahagian dari iman,
Ucap Alhamdulillah akan memenuhi timbangan
Ucap Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi
Solat itu adalah cahaya
Sedekah itu bukti
Sabar itu bersinar
Al Quran jadi saksi
Semua manusia berusaha, ada yang jual dirinya dan ada yang memerdekakan dirinya

Keterangan
1. Bersuci
- sangat dituntut, suci zahir dan batin,
- suci hati dari sifat tercela yang dibenci oleh Allah swt. Boleh menyebabkan hati jadi gelap.
- orang beriman akan terhapus dosa besar dan dosa kecil.
- dengan bersuci semasa ambil wuduk juga boleh terhapus dosa kecil.
- amalkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
- amalan bilal hingga Nabi terdengar tapak kakinya di dalam syurga.
- muka bercahaya pada hari akhirat kesan dari wuduk. Sunat untuk perlebihkan bahagian badan yang wajib wuduk.
- boleh keluarkan sifat syirik dan munafik dari jiwa kita.
- amanah yang diberikan kepada kita, orang Islam mesti sentiasa berada dalam keadaan bersuci dan bersih.

2. bersihkan hati dengan wirid
- istirgfar, sekurang kurangnya 100 kali sehari ( amalan Nabi )
- zikir puji dan besarkan Allah swt.
- sekali zikir tumbuh satu kebaikan dalam syurga
- ia dapat tenangkan hati
- secara tak lansung ia memperbaharui syahadat

3. solat
- bercahaya rohani yg boleh menerangi jalan kehidupan kita,
- aia adalah salah satu jalan hidayat
- perbezaan antara kufur dan kafir
- jangan permainkan dengan hukum Allah swt.
- wajib niat dan melakukan dengan perbuatan
- sentiasa dekatkan diri dengan Solat, Allah swt akan menjauhi dari perbuatan keji dan mungkar.
- ucapan dalam solat adalah berbentuk doa yang memohon hidayat Allah swt
- dalam solat kita bercakap dengan Allah swt.
- puji kepada yang hak, yakni hanya pada Allah swt.
- sebaik baiknya solat berjemaah di masjid. Kelebihan 27 darjat
- dengan bersolai ia dapat menenangkan jiwa

4. Sedekah
- bukti yang bersinar disisi Allah swt
- terpancar mukmin yang sejati semasa di dunia dan di akhirat.
- yakin kepada pahala
- yakin itu adalah sifat yang terpuji
- Allah swt akan gandakan sedekah untuk kebaikan.
- Allah swt gandakan 10, 70 dan berlipat kali ganda.

5. Sabar itu bersinar
- boleh membakar syaitan
- mudah tempuh halangan hawa nafsu syaitan dengan selesa.
- hidup di dunia ini adalah cubaan untuk menguji kesabaran manusia
- godaan syaitan tanpa mengira sesiapa pun lebih lebih lagi orang yg kuat iman

6. Al Quran
- saksi di akhirat kelak
- rahmat dari al Quran
- sentiasa belajar dan membaca al Quran dengan tajwid yang betul
- sentiasa beramal dengan isi kandungan al Quran.
- hukum hakam dan syariat perlu diamal sepenuhnya.

7. Usaha makhluk
- Manusia yang menjual diri ialah mereka yang tak ikut apa yang Allah dan rasul suruh.
- mukallaf adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk pikul agama Allah.
- makmurkan dunia dan jangan rosakkan nya

Memerdekakan diri dari neraka
- sebagai contoh: puasa awal rahmat, pertengahan keampunan dan yang terakhir merdeka dari api neraka.

Wassalam



Hadis 22: Gerbang Menuju Syurga


Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. "


Empat perkara yang utama sebagai jalan menuju ke syurga adalah:
1. Solat 5 waktu
2. Puasa dalam bulan Ramadhan
3. Halal yang halal
4. Haram yang haram

Natijah
1. Nabi saw adalah pakar rujuk kepada para sahabat, dan yang paling utama ialah Nabi saw adalah rahmat kepada seluruh alam.
Ilham dan perasaan Nabi adalah rahmat.
Penyelamat sekelian alam.
Jalan ke syurga mudah dan tanda tandanya telah ada. Namun demikian kita kena ada iltizam, sentiasa buat dan bersungguh sungguh.

2. Pertanyaan dari sahabat ini menunjukkan hati mereka yang merindukan syurga.
Berlumba lumbalah untuk berbuat kebaikan. Apatah lagi kepada perkara perkara yang wajib.
Mereka sering bertanya perkara yang sama dengan hadis ini.

Amalan paling baik
1. berbuat baik kepada ibu bapa
2. Jihat

Jawapan yang diberikan oleh Nabi adalah bergantung kepada siapakan yang bertanya dengan melihat kepada kecenderungan si penanya itu.

Beribadat dan tidak menyutukan Allah

Tiada kebesaran makhluk selain dari kebesaran Allah swt.

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia menjadikan Allah dan Rasul itu lebih utama dari segala gala kepentingan makhluk yang lain.

Jangan persoalkan bab rezeki, jangan menyekat jalan hidayat

Kena bezakan antara keperluan ilmu fardhu kifayah dan kepentingan / keutamaan fardhu Ain.

Amalan yang selamat dari neraka dan amalan untuk masuk syurga,
Jawapan ringkasnya adalah perkukuhkan ilmu fardhu Ain dan juga tunjukkan akhlak yang baik.

Islam itu adalah satu agama yang mudah dan permudahkanlah dan janganlah pula memayahkannya. Namun demikian janganlah kita mempermudahkannya lagi hingga melampaui batas.

Sentiasa bertaqwa dan beramal soleh.

Kewajipan berzakat dan menunaikan haji sekiranya mampu.

Wallahualam


Hadis 20: Sifat Malu


Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '

Sifat malu adalah di antara sifat-sifat para nabi nabi yang perlu di teladani

Sudut kepentingan hadis
Perintah Allah
1. Tuntutan yang terbahagi kepada dua iaitu tuntutan wajib dan sunat
- bila rasa malu dengan Allah kita kena buat apa yang telah dituntut oleh syarak
2. Tuntutan untuk meninggalkan perkara yang haram dan makruh
- bila mempunyai perasaan malu untuk mengerjakaannya, maka hendaklah ditinggalkannya
3. Tuntutan harus.
- tinggalkan perasaan malu dan berbuat dengan sempurna atau tidak

Hukum hakam
1. Malu ini adalah sifat warisan Nabi babi
- Akhlak terpuji disisi Allah
- Mudah mendorong diri melakukan kebaikan dan menjauhi diri dari melakukan maksiat
- Peringatan kepada umat sekiranya tiada malu maka perkara yang bercanggah akan dikerjakannya

2. Bila ada perasaan malu akan mencegah diri dari melakukan perkara keji.
- malu dengan manusia dan juga malu dengan Allah swt.
- hanya patut malu kepada Allah swt kerana di situlah sifat taqwa dapat dizahirkan.
- solat perlu persiapan dan kesempurnaan kerana Allah swt itu maha teliti.

3. Boleh melakukan perbuatan yang tidak dilarang oleh syarak jika kita tidak berasa malu.

Malu terbahagi 2 bentuk
1. Malu secara fitrah
- contohnya kanak kanak yang merasa malu apabila auratnya terdedah.

2. Malu diperolehi dengan usaha
- tanam sendiri sifat malu
- jaga fikiran, perut dari perkara yang haram atau subahat.
- selalu mengingati mati
- jana amalan sebelum mati sebagai persediaan selepas mati.
- meninggalkan penghiasan dunia bermaksud tinggalkan cinta kepada dunia.
- lagi banyak hartanya semakin dermawan sikapnya.

Malu yang tercela
- tak kena pada tempatnya
- adalah kelemahan diri

Malu wanita muslimah kena lebih malu dari lelaki. Malu dengan tersipu sipu.

Tanam sifat malu pada anak anak
1. Beri pendidikan yang betul
2. Memerhati perlakuan
3. Serah kepada Allah swt

Rasa malu adalah kebaikan, makin tinggi perasaan malu makin banyak kebaikan yang dilakukan

Apabila belajar agama jangan ada perasaan malu

Jangan merasa malu dengan kebenaran

Nafkah untuk isteri adalah wajib
1. Batin
2. Tempat tinggal, pakaian dan makan minum.

Wallahualam

Bantuan, Sokongan Dan Peliharaan Allah.

Hadis 19
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

Jagalah Allah swt nescaya Allah swt akan menjaga kamu.
Allah swt akan memberi bantuan
Pertolongan dari Allah swt
- Allah swt sentiasa berada dihadapanmu
- Allah swt bersama sama dengan orang yang bertaqwa dan orang yang melakukan kebaikan.
- umat terdahulu diberi kemenangan oleh Allah swt. Contoh: Peperangan badar
- Allah swt adalah penjaga yang tidak pernah mengantuk dan tak pernah tidur.
- Allah swt sentiasa memberi petunjuk

Golongan yg mati syahid dijalan Allah swt itu sentiasa hidup dengan diberi rezeki dan rahmat oleh Allah swt.
Kepada penjuang kita yang telah terkorban di Lahad Datu, mudah mudahan mereka ini termasuk dalam golongan yang syahid

Orang orang muda yang akan menggoncangkan dunia
- agama Islam naik di zaman Nabi saw kerana pertolongan dari golongan orang muda.
- isilah dengan ilmu dan iman
- jagalah Allah

Meminta sesuatu hanyalah dengan Allah swt
- ajaran Islam supaya kita sentiasa memohon segala sesuatu dengan Allah.
- amalkan sentiasa menyebut Innalillahhiwainnailahirrajiun.
- minta pertolongan dengan Allah
- pergantungan itu dengan Allah semata mata.
- Insyaallah Allah akan perkenankan segala permintaan kamu
- mintalah tanpa jemu jemu kerana Allah swt tidak pernah jemu jemu mendengar doamu
- Allah swt sentiasa berada berdekatan dengan orang yang meminta pertolongan untuk mengabulkan segala doa mereka.
- zat Allah yang maha kuat

Ajaran Syiah yg kuat disokong Yahudi, liberalisme dan pluralisme telah terpesong dari akidah Islam.
- Membawa contoh kepada pernikahan mut-ah yang masih diamalkan oleh Syiah.

Mayat orang alim dan orang yang ternama disunatkan untuk diperlewatkan untuk di kebumikan.

Sabar dengan segala ketaatan dan meninggalkan maksiat.
- Ketaatan itu satu kepahitan tetapi melakukan kemaksiatan itu satu kelazatan . Ini adalah godaan syaitan yang menjanjikan kefakiran dan kerosakan.
- sabar apabila ditimpa sesuatu musibah
- sabar keatas perbuatan yang tidak baik dari orang lain, jiran tetangga.
- sabar dalam berdakwah kerana ianya satu ujian kepada kita. Perlukan kelestarian. Paling susah kepada keluarga dan kaum terdekat.
- sabar ketika berperang
Insyaallah Allah akan sentiasa memberi jalan keluar kepada sebarang permasalahan yang kita tempuhi

Wallahualam


Hadis 18: Taqwa dan Akhlak Yang Baik

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

Nilai hadis
Nabi saw menyebut dua perkara iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Taqwa dan budi pekerti
1. Perkara yang sangat penting - segala sifat sifat baik muncul dari sifat taqwa. Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa
2. Takut kepada Allah di mana sahaja berada.
3. Melaksanakan segala yang wajib. Semakin ikhlas kita melakukan kewajipan maka tahap taqwa dalam diri akan meningkat.
4. Sanggup bersusah payah kerana Allah dan Rasul.
5. Melakukan yang wajib dan meninggalkan kejahatan yakni yang haram.
6. Amalkan Islam dengan mengikut hukum Allah secara menyeluruh mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
7. Dengan taqwa dan kesabaran Allah akan memberikan jalan keluar dari kesusahan dan diberi rezeki yang tidak disangka sangka.


Kelebihan sifat Taqwa :
  • Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
  • Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
  • Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
  • Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
  • Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
  • Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

1. Buat baik sebanyak yang mungkin supaya dapat menghapuskan kejahatan yang terbentuk dari dosa dosa kecil.
2. Sebesar besar iman ialah mengamalkan kalimah Lailahaillah.
3. Paling kecil iman ialah membuang kesakitan yakni duri dijalanan. Berbuat perkara yang kecil ini adalah sangat mulia disisi Allah swt.
4. Berkawan dengan orang yang baik baik.
5. Berperangai dengan akhlak yang baik.
- bermanis muka yang datang dari hati yang bersih dengan setiap orang akan mendapat pahala dari Allah swt.

Pengajaran hadis:
Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu’amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.

Untuk Berjaya di dunia dan di akhirat hendaklah kita
1. Tunaikan hak Allah
2. Tunaikan hak mukallaf ( Penjanjian antara kita dengan Allah )
3. Tunaikan hak kepada manusia

Wassallam





Kuliah Maghrib 3-2-2013: Hadis 17 Berbuat Baik - Ikhsan


Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "

Wajib melakukan segala sesuatu pekerjaan dengan ikhsan.

Allah memerintah agar manusia melakukan keadilan, berbuat ikhsan atau berbuat baik.

Ikhsan dalam membunuh musuh Allah maka kena bunuh dengan baik, menggunakan senjata tajam dengan memancung leher dengan tujuan untuk memudahkan kematian.

Jangan menzalimi orang yang sudah mati dengan menyakiti anggota badannya.

Syarak melarang membakar musuh atau rumah rumah kediaman

Penggunaan bom seperti pada masa ini adalah menyalahi syarak kerana penggunaan bom boleh merebak kepada orang lain yang tidak berdosa.

Membunuh binatang secara membakar adalah diharamkan oleh syarak walaupun serangga - Walau bagaimanapun pendapat ini bukan dari itjmak ulamak.

Larangan mengurung binatang di dalam sangkar yang kecil - kena beri kebebasan kepadanya.

Larangan menjadikan haiwan sebagai sasaran latihan panah, sekalipun binatang buas kecuali dengan niat untuk memakannya.

Kaedah Menyembelih haiwan
1. Tajamkan pisau
2. Sekali tarik
3. Tarik leher supaya tegang
4. Jangan tarik telinga haiwan tersebut
5. Jangan sakiti binatang sebelum menyembelihnya kecuali binatang itu liar boleh dipanah atau di tembak

Wallahhualam





Kuliah Maghrib Hadis 16 Menahan Marah

Daripada Abu Hurairah ra
Kata seorang lelaki berilah nasihat kepada Ku, sabda Nabi saw "Jangan kamu marah". Nabi saw mengulanginya beberapa kali.

Menahan marah boleh memberi kebaikan di dunia dan akhirat

Marah yang Nabi saw larang adalah marah dengan keadaab yang membabi buta

Menggambarkan akhlak seseorang muslim dengan akhlak yang terpuji, didik dengan sifat kesabaran dan malu.

Sifat rindu dan kasih sayang hilang dari seseorang yang marah.

Rindu merindu antara satu sama lain adalah sifat ahli syurga.

Sifat marah adalah sifat ahli neraka yang saling memarahi antara satu sama lain.

Tujuan al Quran diturunkan adalah untuk menenangkan jiwa dan mengubati jiwa yang marah.

Jika marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah kamu duduk, jika marah dalam keadaan duduk maka hendaklah kamu tidur, jika marah dalam keadaan duduk maka hendaklah kamu tidur.

Jika masih tak mampu lagi menahan marah hendaklah kamu mengambil wuduk dan membaca al Quran.

Kesabaran itu adalah kunci kemenangan dan keredhaan Allah swt

Para sahabat berperang bukan kerana marah tapi kerana berjihad untuk menentang musuh Allah.

Berperang kerana semangat, balas dendam, marah, nak harta rampasan perang maka ia tak diterima Allah swt.

Perjuangan hendaklah semata mata kerana Allah swt

Asas Islam selepas mengucap dua kalimat syahadat adalah solat, dan solat hendaklah dikerjakan secara berjemaah.

Pengampunan dari Allah akan datang apabila kita telah dapat keredhaan dari Allah swt, salah satu sebabnya adalah apabila kita dapat menahan marah.

Marah sekadar 10-20% sahaja dan sabar hendaklah menguasai diri kita dalam 80-90%.

Orang yang dapat kawal marah adalah orang yang bertaqwa.

Sebaik baik kamu adalah orang yang baik dengan keluarga kamu, dan Nabi saw adalah menjadi contoh yang baik dikalangan keluarganya.

Marah adalah himpunan kejahatan

AzaZil di laknat oleh Allah kerana dia marah kepada Allah disebabkan Allah memerintahkannya sujud kepada Nabi Adam disebabkan kejadian Nabi Adam adalah dari tanah, sedangkan kejadiannya adalah dari api.

Orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika dia marah.

Kesan buruk.
1. Bahaya kepada diri sendiri kerana jiwanya tidak tenang, bimbang akan terkeluar kata kata kufur

2. Bahaya kepada masyarakat.

Cegah marah.
1. Latih jiwa dgn perhiasan diri dengan sifat yang mulia. Caranya ialah dengan memuji orang lain.

2. Sabar dan tidak tergesa gesa.

Memperkenalkan diri kepada orang yang kita kenal dan yang kita tidak kenal

Wallahualam


Kuliah Maghrib 7-10-12, Hadis 7: Agama Itu Adalah Nasihat




Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."      

Kepentingan hadis ini mempunyai makna yang besar dan padat, Secara lahir dan batinnya yang dikehendaki oleh Rasulullah saw ialah supaya kita berjalan di atas nasihat Allah swt, nasihat kitab, nasihat Rasul, nasihat daripada pemimpin dan juga nasihat daripada masyarakat sesama kita.

Nasihat daripada hawa nafsu dan syaitan tidak disebut dalam hadis ini kerana ianya tidak boleh diikuti atau dijadikan panduan. Kalau kita ikuti juga maka kita akan mendapat dosa dan kemurkaan daripada Allah swt.

Nasihat berkaitan dengan Allah

  1. Sabda Nabi saw "Hendaklah kamu beriman kepada Allah". Hendaklah kita semua yakin bahawa Allah swt itu adalah Tuhan bagi seluruh alam. 
Bismillah
A001
A002
A003
A004
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

2. Tidak boleh menyengutukan Allah kerana syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar. Apabila syirik kepada Allah maka gugurlah segala amalan amalan kebajikan yang kita lakukan. Walaupun syirik itu melalui perbuatan, perkataan atau pun pegangan.

3. Tidak menyamakan sifat sifat Allah dengan makhluk 

4. Kita kena sentiasa menyucikan diri daripada syak wasangka ke atas ciri ciri ketuhanan. Sebagai contohnya apabila kita ditimpa musibah, kita tidak boleh buruk sangka ke atas Allah swt. Jangan kita mengeluh seolah olah kita ini tidak ada dosa ( Maksom). Apabila ditimpa musibah hendaklah kita berkata Innalillah hi wa inna ilai hirra jiuun. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

5. Kita kena sentiasa taat kepada Allah swt dan tidak boleh sekali kali mendurhakainya. 

6. Kita hendaklah mencintai Allah itu lebih dari segala galanya walaupun satu ketika nanti kita ditimpa musibah yang amat sangat. 


Nasihat Berkaitan Kitab Allah iaitu Al Quran

Kitab Al Quran diturunkan oleh Allah swt melalui perantaraan Malaikat Jibrail as kepada Nabi Muhammad saw untuk disebarkan kepada sekelian makhluk Allah swt. Mukjizat Al Quran ini diakui oleh semua makhluk dari segi ayat dan susunan ayatnya di mana ianya tidak jemu jemu untuk dibaca.

Segala peringatan dan hukum hukum di dalam Al Quran perlu dituruti dan tidak boleh disanggah atau berasa was was atau tidak yakin dengannya, walaupun Al Quran itu telah diturunkan lebih dari 1400 tahun dahulu kerana ianya sesuai hingga ke akhir zaman.

Tanggung jawab kita terhadap Al Quran bukan setakat kena baca tetapi kena hafal, fahami dan amalkan penjaran yang terkandung di dalamnya.

Al Quran juga akan memberi syafaat kepada kita semasa di Akhirat nanti.

Kita disarankan untuk membaca Al Quran dengan tertib mengikut tajuwid yang betul.

Membaca Al Quran secara bertajuwid adalah fardhu ain.


Nasihat yang berkaitan dengan Rasulullah saw

Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah secara sedar ataupun dalam mimpi, kita hendaklah sentiasa beriman dan mencintainya.

Sabda Nabi saw yang bermaksud Sekiranya kamu kasihkan Allah kamu kena ikut aku, kalau kamu cintakan Allah kamu kena tengok aku dahulu, seterusnya Allah akan kasihkan kita.

Rasulullah dilahirkan untuk umat manusia bukan untuk kepentingan peribadi.

Orang yang paling lembut di atas dunia ini adalah Nabi saw
Orang yang paling kaya adalah Nabi saw bukan dari segi material
Nabi saw adalah ketua kepada nabi nabi yang lain
Nabi saw adalah ketua kepada seluruh umat

Taat kepada Rasul itu adalah jawapan kepada taat kepada Allah
Firman Allah swt yang bermaksud Sesiapa yang taat kepada Rasul maka dia juga taat kepada Allah

Oleh itu sunnah Nabi saw kita tidak boleh memperlekehkannya. kerana dengan sebab memperlekehkan sesuatu sunnah, kita telah memperlekehkan Nabi saw.


Nasihat yang berkaitan dengan pemimpin

Yang dimaksudkan dengan pemimpin adalah semua pemimpin di peringkat atasan dan juga bawahan yang  mengepalai sesuatu pertubuhan. Kita kena ikut mereka selagi mereka itu beriman dan memimpin secara adil dan tidak zalim kepada orang bawahannya / rakyat.

Peranan pemimpin ini adalah amat besar untuk memajukan negara ke arah mendaulatkan Islam.
Imam dan penghulu yang di lantik dalam sesebuah mukim adalah pemimpin yang paling dekat dengan rakyat perlu sentiasa mendampingi rakyat dengan memberi nasihat yang seterusnya dapat memakmurkan masyarakat di mukim mereka.

Peranan masyarakat pula perlulah membantu pemimpin tadi dalam memakmurkan mukim

Pemimpin itu adalah menjadi cermin kepada masyarakat, mereka sentiasa diperhati dan dijadikan ikutan oleh masyarakat pimpinannya.

Sedekah senyuman dari pemimpin adalah penawar yang dapat menyenangkan hati masyarakat pimpinannya.

Dakwah dalam Islam ada 2
Pertama Dakwah Islamiah dan yang kedua adalah Dahwah Islahiah

Dahwah Islamiah adalah difokuskan kepada orang yang bukan Islam dengan tujuan untuk membuka hati mereka kepada Islam

Dahwah Islahiah pula adalah untuk membaiki diri dan kefahaman dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti sesama umat Islam


Nasihat yang berkaitan dengan kaum muslimin

Kita perlulah saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira apa fahaman politik yang kita ikuti.
Kita hendaklah sentiasa berpesan dan menasihati dengan bersungguh sungguh, ikhlas tanpa kepentingan tertentu sesama kita dengan kebenaran dengan sabar
Kita hendaklah menolong saudara kita samada yang zalim atau yang dizalimi

Wallahualam



Hadis 5: Larangan Mengada-adakan Dalam Urusan Agama


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:

Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.
Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

          a) Dalam Ibadat : 
  • (Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.) (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)
  •  Ibadah yang langsung tidak syar'ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya
  •  Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu' empat empat)
  •  Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat)

    b) Dalam Muamalat :
     i)  'Aqad yang dilarang oleh Syara' : Barang yang hendak di'aqad tidak halal.
         (nikah dengan mahram).
     ii)  'Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
     iii)  'Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.
          (nikah anak perempuan tanpa izinnya).

Pengajaran hadis:

 - lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
 - Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
 - Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
 - Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
 - Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

Wassalam

Hadis 4: Kejadian Manusia

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): 

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. 

Kefahaman Hadis :

- Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu'minun :12-14)


A005
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai


A012
A013
A014
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma'nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.


- Ditiup Ruh :
Sepakat ulama' menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. 
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari, bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

- Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama' menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

- Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-
10).

A007
A008
A009
A010
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.

Wassalam

Kuliah Maghrib 24-06-2012: Hadis 3

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim 


Pokok Perbincangan Hadis :

Binaan Islam : Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
- Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya
- Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
- Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
- Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
- Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

Matlamat Ibadat :
- Syahadah : syarat diterima amalan lain.
- Solat : penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab.
- Zakat : suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
- Haji : tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
- Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
- Puasa : syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


Ulasan 


Hadis yang penting kerana ia menyatakan asas dalam Islam untuk kita amalkan.


Dibinanya Islam melalui landasan yang kuat iaitu 5 perkara.


1. Mengucap 2 kalimah syahadat 
Ia merupakan satu akidah. Sabda Nabi saw, Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap 2 kalimah syahadat. Maksudnya apabila agama Islam itu tertegak, orang Islam tidak boleh berdiam diri supaya amalan 2 kalimah syahadat itu menjadi syiar dan boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Sebagai seorang Islam perla beramal yakin dan menyereru orang bukan Islam untuk mengucap 2 kalimah syahadat


Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda Sesiapa yang mengucap 2 kalimah syahadat dengan ikhlas dia akan masuk syurga. Ikhlas memerlukan mujahadah untuk mendapatkan pengakuan dari hati dan anggota anggota zahir yang lain. 


2. Mendirikan solat
Ia merupakan satu syariat. Memelihara dan menunaikan solat tepat pada waktunya. dan menyempurnakan setiap syarat dan rukunnya dann kita juga kena jaga dan sempurnakan semua amalan sunat sunatnya dengan susun atur yang cantik dan tidak tergesa gesa untuk mendapatkan kemanisan dalam solat. 


Firman Allah swt 
A045
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan


Apabila solat berjemaah, kedudukan didalam syaf itu amat penting sekali, pesanan dari imam untuk, penuhkan syaf, betulkan syaf dan rapatkan syaf perlu diikuti dan dipatuhi. Amalan para sahabat dan ulamak ahli sunnah yang terdahulu adalah berebut rebut untuk mendapatkan syaf di hadapan sekali. 


Pengiraan rapatnya syaf itu mengikut sabda Nabi saw adalah Bahu bersentuhan dengan bahu dan tumit bersentuhan dengan tumit. Manakala pengiraan syaf yang lurus adalah dikira dari hujung tumit ke hujung tumit. 


Sabda Nabi saw lagi Perbezaan antara orang kafi dan muslim adalah meninggalkan solat. Sabda Nabi saw lagi Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia itu kafir yang nyata. Sabda Nabi saw lagi Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat dia mendirikan agama manakala sesiapa yang meninggalkan solat dia meruntuhkan agama.


3. Mengeluarkan zakat
Zakat yang paling asas adalah zakat fitrah. Yakni zakat semulajadi untuk tubuh badan kita yang mana berbeza setiap tahun mengikut makanan asasi di sesuatu tempat itu. 

Sementara zakat zakat yang lain perlu dibayar apabila telah cukup nisab (kuantiti yang ditetapkan) dan haul (tempuh masa satu tahun). Zakat ialah ibadat yang berkaitan dengan harta untuk memberikan kesamarataan pada umat Islam. Zakat boleh memenuhi keperluan fakir miskan untuk mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayang di antara mereka. Sabda Nabi saw Orang fakir itu hampir hampir kepada kufur

4. Mengerjakan Haji di Mekkah
Bulan haji adalah bermula dari bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ibadat Haji ini seperti firman Allah dalah surah Al Haj. Ibadat haji ini adalah satu pengorbanan harta dan jiwa. Syarat syarat haji adalah kena ada kemampuan, tubuh sihat dan perjalanan tiada fitnah atau perjalanan yang selamat dari marabahaya.

Ada kemampuan, perlu ada duit dan haji yang mabrur itu amat besar balasannya. Sabda nabi saw Haji yang mabrur tidak ada balasannya selain dari syurga. Ibarat orang yang mendapat haji yang mabrur adalah seumpama dia baru dilahirkan oleh ibunya


Ibadat haji adalah ibadat yang paling mudah kerana tidak ada rukun qauli (bacaan) dalam ibadat haji. Semua bacaan bacaan dalam ibadat haji adalah sunat.


Dalam surah al Imran Allah berfirman Mengerjakan ibadat haji adalah kewajipan manusia kepada Allah iaitu ke atas orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah, Mekah. 


5. Puasa 
Firman Allah dalam surah Al Baqarah merupakan dalil untuk kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Puasa dapat meninggikan darjat Roh kita kerana nafsu ditekankan ke bawah. Ia memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Ia juga boleh menjadi pendinding diri dari melakukan maksiat. 


Sabda Nabi saw Puasa itu perisai terhadap melakukan maksiat. Manakala ganjaran untuk orang orang yang berpuasa adalah Allah swt sahaja yang mengetahui. Firman Allah swt Puasa ini Aku akan ganjarkan sendiri 


Dengan adanya rukun teras ini kita boleh membina kesatuan umat Islam. 
Peliharalah sunah sunah Nabi dari sekecil kecil sunah hingga sebesar besar sunah.


Tujuan utama beribadat adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt


Islam adalah Akidah dan Syariat, Kedua dua itu saling memerlukan antara satu sama lain. Akidah tidak akan sampai ke mana jika syariat tidak betul. 


Wallahualam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week