Usia 40

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia ini. 

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” 

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها. 

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? 

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku m
endengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan 

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. 

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan

Sumber dari Pondok Darul Uloom Jerteh

Wallah huallam 

Marah Dendam Dan Hasad Dengki

Hasad itu memakan dan membinasakan kebajikan ( Tiada pahala ) sebagaimana api membakar kayu api.

Hakikat Hasad
1. Rasa tidak senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu dia mengharapkan agar kenikmatan itu terhapus daripadanya.

Bila dapat kebaikan, ada orang yang kurang senang, tetapi bila dapat kesusahan, mereka berhembira
- bila ada sifat ini hukumnya adalah haram

Namun demikian bila seseorang itu beroleh nikmat tetapi derhaka kepada Allah, dan bila kita berharapkan kenikmatan itu hilang maka kita terkecuali dari hukum ini.

Benci dan berdengki terhadap muslim yang lain adalah berdosa.

2. Tiada mengharapkan nikmat orang lain itu hilang, tapi mengharapkan agar dia juga beroleh kenikmatan itu juga 


Antara pekerti Muslim yang sejati 
Berbuat baik walaupun berkuasa
Bersabar walaupun susah
Tidak dikuasai kemarahan 
Sering tolong orang yang terainyanya 
Suka memaaf 
Tidak berdendam 

Berlumba lumba dalam mencari kesenangan dan kekayaan dunia adalah tidak dilarang dan ada kalanya dituntut oleh syariah.

Berlumba lumba untuk mendapat keampunan dari Allah

Sentiasa berdoa supaya panjang umur, murah rezeki dan sentiasa beribadat kepada Allah swt

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 




Tafsir Surah Yaasin ayat 1 - 2

Fadhilat
1. Baca surah Yaasin pada satu satu malam (tak kira malam apa, sebaiknya setiap malam) maka Allah swt akan ampunkan dosanya pada hari yang berikutnya.
2. Ia merupakan hati kepada Al Quran 

Ayat pertama
Huruf muqaataah, setengah Ulamak menafsirkannya sebagai gelaran kepada Nabi Muhammad saw.
Ada Ulamak menafsirkan sebagai "Wahai insan"


Ayat kedua
Demi Al Quran yang penuh dengan ke bijaksanaan iaitu maha hebat/bijak.
- Allah swt bersumpah dengan Al Quran yang didalamnya terkandung berbagai ilmu dan maklumat yang menjadi panduan kepada seluruh umat manusia.
- Kita perlu ikut Al Quran dalam kehidupan ini.


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.







Kecelakaan Hasad Dengki

Ia adalah hasil natijah dari sifat keji dendam yang membara.

Hasad Dan dengki itu Akan memakan Dan Membinasakan kebaikan yang kita telah lakukan.

Janganlah dengki mendengki dengan pihak lain, jangan putuskan silaturrahim, jangan benci membenci, jangan bermusuh musuhI 


Dosa yang pertama sekali dilakukan adalah Hasad Dengki, iaitu apabila iblis berdengki dengan Nabi Adam kerana darjat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Adam.

Harta dan anak pinak adalah perhiasan di dunia ini dan yang kekal adalah amalan yang soleh.



Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.






Sifat belas kasihan

Sifat belas kasihan perlu ada pada setiap manusia. Jangan ada sifat kekerasan 

Sifat orang Muslim adalah sangat lembut hati dan mudah untuk menerima ajaran dan panduan dari muslimin yang lain.


Untuk mendapat ketenangan hendaklah kita perbanyakkan istighfar kepada Allah

Perbanyakkan amalan amalan sunat dan sentiasa membaca Al Quran. 

Belas kasihan ini bermula dari kesucian budi pekerti.

Budi dan akhlak itu akan suci apabila kita dapat menahan diri dari sifat kekerasan walaupun berada pada tahap kemarahan yang tinggi.

Apabila ada sifat belas kasihan dalam diri sebagaimana yang telah dikurniakan oleh Allah swt, Allah telah memberikan sebahagian dari kebaikan itu di dunia dan juga di akhirat.

Apabila seseorang itu mempunyai sifat belas kasihan, maka Allah swt juga akan ada sifat belas kasihan terhadapnya.

Apabila Allah mencintai sesebuah keluarga itu maka Allah akan menguniakan keluarga itu keberkatan dan sifat belas kasihan.

Berpegang teguh lah dengan sifat belas kasihan kerana sifat itu akan menambahkan lagi keindahan dan kecantikan pada diri seseorang itu.



Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week