Bahana Harta Dunia

Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swt

Telah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mereka tidak akan bahagia, bila terlampau banyak hingga tak terkira menyebabkan kesukaran dan kedegilan untuk mengeluarkan zakat. 

Orang yang sangat mencintai wang ringgit samalah seperti mereka menyembahnya atau menjadi hamba kepadanya, sekiranya dia memutuskan kehambaan kepada Allah swt dengan tidak menunaikan kewajipannya. 

Syirik yang tersembunyi yakni tidak ketara dan juga syirik yang nyata.

Berkata anak Adam "hartaku hartaku hartaku". Tiadalah itu hartamu selain dari yang dimakan lalu dihabiskan, atau apa yang dipakai hingga lusuh, atau harta yang sebenarnya adalah dengan bersedekah secara berterusan adalah harta kamu yang kekal hingga ke akhirat kelak. 

Seorang sahabat Nabi yang tidak takut lapar, sakit dan mati. Ini adalah kerana bila lapar dia ingat kepada orang miskin, bila sakit ia adalah ujian dari Allah swt dan bila mati maka dia boleh berjumpa Allah swt.

Telah rosak binasalah orang yang mengumpul harta kekayaan kecuali orang yang membelanjakannya kepada hamba hamba Allah yang berhajat kepadanya.

Amat sedikit orang yang berharta tapi berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt.

Harta itu laksana kala jengking, kiranya kita tidak pandai menjaganya maka janganlah disimpannya. 
Cara menjaganya adalah ambil dari tempat yang halal dan membelanjakannya ke tempat hak dan benar.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 











Ayat 28 Dan 29

Dan tidaklah kami akan menurunkan ke atas  kaum yang telah membunuh salah seorang dari penduduk kampung Attakhiyyah yang telah beriman dengan 3 orang utusan  nabi Isa. Dia telah cuba membawa penduduk kampung tersebut kepada ajaran Allah, namun orang itu telah dibunuh. 
Allah tak perlu menghantar bala tentera dari langit, untuk mengazabkan kaum itu adalah amat mudah bagi Allah swt memandailah dengan satu pekikan yang amat dahsyat.
Pekikan ini bukanlah dari malaikat, tetapi adalah gempa bumi dan di ikuti dengan letusan gunung berapi yang seterusnya akan menyebabkan mereka tidak dapat bernafas.

Allah maha berkuasa atas segala galanya untuk mendatangkan bala dan ujian terhadap makhluk ciptaannya.
Pahala sabar adalah paling tinggi sekali dari pemberian Allah swt yang tidak terhitung banyaknya.

Allah tidak akan mengazabkan sesuatu kaum itu sehinggalah Allah swt mendatangkan utusan kepada kaum tersebut.


Tentera Abrahah telah dihancurkan dengan kalangan burung yang dihantar oleh Allah swt. Apabila melihat kehancuran tenteranya, Abrahah telah sempat lari balik ke Yaman dan mati di negaranya sendiri. Kematiannya di negaranya sendiri adalah untuk dijadikan peringatan kepada sekelian rakyatnya.

Sentiasa lah kita berdoa kepada Allah swt untuk dijauhkan dari segala bala bencana.

Sedar dan insaflah akan kelemahan dan kekurangan diri kita.

Besarlah penyesalan yang telah dirasai oleh hamba hambanya kerana telah memperolok olokkan Rasul yang telah dihantar kepada mereka. Oleh itu segala bala yang menimpa tadi tidak dapat dilawan  dan apabila mereka mati mereka akan menyesalinya. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.










Dunia Yang Tercela

Dunia dan akhirat adalah dua perkara yang mengikut gerak geri hati.
- yang dekat dan berlaku sekarang ini adalah dunia yakni sebelum kita mati adalah sesuatu yang sedang kita cekapi, jangkamasa umur adalah 60 - 70 tahun. 
- segala sesuatu yang akan dirasakan sesudah mati adalah Akhirat. 

Tidak semua yang kita rasai dan nikmati di dunia adalah tercela



1.  Hak milik yang kita miliki akan terus dibawa ke akhirat. Faedah nya akan ikut bersama sesudah mati iaitu Ilmu pengetahuan yang bermunafaat, sedekah jariah dan amalan amalan yang soleh.

2. Milik yang tidak boleh dibawa ke akhirat. Seperti bersenang senang, mudah melakukan sesuatu ke arah maksiat, berlebih lebihan pada perkara yang harus seperti terlalu mengejar kesenangan dunia, membazir. Urusan dunia yang dilakukan ini adalah urusan dunia yang tercela.

3. Milik yang terletak pertengahan antara kedua tadi. Seperti makan untuk hidup bagi memenuhi keperluan dunia bagi memudahkannya untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. 
Pemilikan ini adalah dengan tujuan untuk merealisasikan hak milik yang pertama tadi. Ia bukanlah bertujuan untuk menuju ke arah dunia yang tercela.

Jika untuk memenuhi keinginan hawa nafsu sahaja maka ianya dikira untuk dunia semata mata

Kehidupan dunia ini adalah permainan, senda gurauan, perhiasan, bermegah megah dan mengumpul kekayaan.

Dihiasi bagi manusia itu dengan 7 keinginan iaitu: pangkat, cinta wanita, cinta anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah, kenderaan yang tangkas, binatang ternakan yang banyak dan sawah ladang yang luas.

Jika tujuan bukan kerana Allah itulah hanya di dunia, jika dimaksudkan kerana untuk mendapat keredhaan Allah maka ianya akan mendapat ganjaran di akhirat nanti.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.



Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week