Showing posts with label Khutbah. Show all posts
Showing posts with label Khutbah. Show all posts

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 2-11-2012: Islam Agama Yang Mulia Di Sisi Allah swt

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada hadirin sekelian khususnya kepada diri saya sendiri, marilah kita tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah swt. Sesungguhnya sebaik baik bekalan untuk menghadapi fitnah di zaman ini ialah dengan memiliki ilmu yang benar, iman dan taqwa serta amal yang soleh.

Iman dan taqwa hanya ada dalam agama yang diterima oleh Allah swt, tidak ada satupun agama yang benar dan diterima oleh Allah swt selain daripada agama Islam . Tidak ada satu jalan pun yang boleh menyampaikan manusia kepada kesejahteraan hidup di akhirat selain daripada Islam. Oleh kerana itu setiap orang daripada kita hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghayatinya dengan sempurna.

Hendaklah kita sentiasa berpesan kepada anak anak, keluarga dan masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga, memelihara dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Agama Islam adalah agama yang dianuti oleh para nabi dan rasul sepanjang zaman semenjak dari Nabi Adam as sampailah kepada nabi kita Muhammad saw. Semua para nabi dan rasul berada pada jalan yang lurus, di atas jalan inilah mereka menyeru dan mengajar manusia beriman mentauhidkan Allah dan beribadat kepadanya.

Firman Allah swt yang bermaksud Wahai kaumku beribadatlah kepada Allah, tidak ada lagi kamu Tuhan yang selainnya

Saudara kaum muslimin
Nabi Allah Ibrahim as adalah bapa dan datuk kepada nabi nabi dan rasul rasul dari keturunan 2 orang daripada anak anaknya iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Nabi Ibrahim berada di atas agama tauhid yang bersih lagi lurus di atas agama Islam yang dikenali dengan Agama Hanifiah.

Nabi Muhammah saw sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul pernah beribadat kepada Allah swt mengikut  ajaran ibadat Nabi Allah Ibrahim as. Nabi Allah Ibrahim as telah mewasiatkan kepada anak anaknya begitu juga cucu cucunya Nabi Yaakob as yang bergelar Israel turut memberi wasiat dan berpesan dengan pesanan yang sama kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan ajaran Islam sampai ke akhir hayat.

Firman Allah swt
A132
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah 2:132)

Orang orang yahudi telah cuba memesong wasiat dan pesanan ini sebagaimana mereka memesong kebenaran ajaran Nabi Muhammad saw. Mereka yakni kaum yahudi Madinah mandakwa dan berkata kepada Nabi Muhammad saw Apakah kamu tidak mengetahui wahai Muhammad bahawa Nabi Yaakob sebelum wafatnya telah berpesan kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan agama yahudi? 

Lalu Allah swt menyangkal dan menolah dakwaan yahudi itu dengan menurunkan ayat berikut

A133
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
(Al-Baqarah 2:133)

Orang orang yahudi dan nasrani masing masing mendakwa bahawa Nabi Ibrahim menganut agama mereka, dakwaan ini pula disangkal oleh Allah swt dengan firmannya uang bermaksud Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus, muslim dan sekali sekali bukanlah beliau daripada golongan orang orang kafir musrik.

Saudara kaum muslimin 
Apa lagi kebenaran yang masih ada pada agama yahudi dan kristian. Semoga Allah swt sendiri membuka sebarang pembohongan, penyelewengan mengubah dan menyembunyikan segala fakta kebenaran tentang akidah dan ajaran Allah yang sebenar. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al quran malahan perkara ini juga telah diceritakan oleh ulamak ulamak mereka yang telah menganut agama Islam. 

Sebenarnya agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) hari ini sudah terpesong jauh. Akidah dan pegangan mereka telah bercampur syirik kerana mereka percaya kepada banyak Tuhan dan membuat syariat sendiri. Di antara tuhan tuhan Yahudi ialah tuhan yang bernama Yahu. Orang orang Ansrani pula menyatakah Isa adalah anak Tuhan sedangkan orang Yahudi mengatakan Uzair adalah anak Allah. Lebih dari itu orang orang Kristian percaya kepada 3 Tuhan, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Kudus. 3 dalam 1, 1 dalam 3. 

Kemudian mereka memasukkan ke dalam agama mereka khurafat seperti konsep penembusan dosa yang diambil dari falsafah Yunani. Penembusan dosa ini melalui satu majlis yang disebut pembaptisan. 

Lalu Allah swt menolak akidah syirik mereka dengan firman Allah swt 

A030
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(At-Taubah 9:30)

Firman Allah swt lagi

A072
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(Al-Maaidah 5:72)

Nabi Allah Isa as sendiri berlepas diri daripada fitnah dan tuduhan syirik keatasnya 

Firman Allah swt 

A116
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
(Al-Maaidah 5:116)

Saudara kaum muslimin 
Begitulah sebuah agama tauhid, Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Allah Musa dan Isa as, apabila diwarisi oleh pengikut pengikutnya yang bersifat dengki kepada Nabi Muhammad saw serta pengikutnya, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dengan merubah ajaran nabi mereka yang sebenar. Hingga hari ini mereka tidak puas puas memburuk burukkan Islam dan menjadikan Nabi Muhammad saw, Al Quran nul karim, sunah Rasulullah, Hadis hadis nabi, para para sahabat dan umat Islam sebagai sasaran fitnah dan tuduhan mereka. 

Tuduhan demi tuduhan supaya Islam tidak mengambil tempat dihati manusia. Mereka mengelirukan manusia dengan berbagai cacian ilmiah dan mengubah fakta fakta sejarah serta menyebar fahaman dan ajaran yang palsu supaya menjauhkan orang orang Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar serta leka dengan hiburan, keseronokan dan kemewahan hidup di dunia. 

Orang orang Yahudi dan Nasrani berpadu tenaga untuk cuba memadamkan cahaya Allah swt, yakni cahaya agamanya. Tetapi Allah swt telah menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang orang kafir. 

Firman Allah swt yang bermaksud Mereka cuba memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut mulut yakni ucapan mereka tetapi Allah swt menyempurnakannya walaupun dibenci oleh orang orang kafir. 


Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 19-10-2012: Kualiti Taqwa Dalam Islam

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi sekelian
Pada hari yang mulia ini marilah kita sama sama memenafaatkan waktu yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita kepadanya semoga kita tergolong dikalangan hamba hambanya yang bersyukur serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Saudara kaum muslimin
Dalam menjalani kehidupan seharian kita semua tentu mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, yang mempunyai nilai dan ciri ciri berkualiti yang ditetapkan oleh Islam. Maka setiap orang perlu melengkapkan dirinya menjadi seseorang yang bertaqwa dan berkualiti dalam kehidupannya. Tuntutan ini menepati kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah swt dengan sebaik baik bentuk kejadian.

Firman Allah swt
A004
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Kesempurnaan ini menuntut manusia agar sentiasa bertaqwa dan bersyukur sebagai bukti penyerahan diri kepada Allah swt 

Firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya semulia mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwa di antara kamu, bukan orang yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu.

Saudara kaum muslimin
Maksud ayat yang dibaca tadi jelaslah kepada kita semua bahawa tingkat kualiti yang dikehendaki oleh Islam ialah kelebihan tingkat ketaqwaan kepada Allah swt. Taqwa merupakan tingkatan yang paling atas dan mereka yang mencapainya akan memperolehi taraf kualiti yang sebenar dalam hidupnya. Melalui pembentukan individu individu yang bertaqwa tentunya akan melahirkan keluarga yang bertaqwa. Dari himpunan keluarga itu lahirlah keluarga yang barkualiti yang bakal membentuk sebuah negara yang berkualiti.
Bagi mencapai tingkatan itu perlulah kepada usaha dan ketaatan yang terus kepada Allah swt. 

Oleh itu gabungan kepada ke dua unsur tersebut mestilah berterusan dengan berbekalkan iman yang mantap dan disertai dengan hati yang ikhlas. 

Rasulullah saw memperingatkan kita bahawa dalam diri setiap insan terdapat seketul darah yang dikenali sebagai hati di situlah pusat kegiatan batin dan zahir manusia. Kalau sumber sumber itu bersih dan elok maka kegiatan amaliah seseorang itu akan elok dan begitulah sebaliknya. Kerana ketaqwaan individu adalah bersumber daripada hatinya.

Sabda rasulullah saw yang bermaksud Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah, apabila ianya baik maka baiklah jasad itu seluruhnya dan apabila ianya jahat maka jahatlah jasad itu seluruhnya. Ingatlah bahawa itu adalah hati manusia.

Saudara kaum muslimin
Jika manusia tidak lagi mempunyai ciri ciri taqwa di dalam hatinya maka martabat tinggi yang dimiliki oleh manusia itu akan hilang dengan demikian ianya akan dipandang rendah oleh manusia dan jauh dari rahmat Allah swt sehingga berkemungkinan ianya berada di tahap yang lebih rendah dari makhluk Allah swt yang lain.

Saudara kaum muslimin
Firman Allah swt yang bermaksud Kemudian kami rendahkan dia ke tahap yang paling rendah. Sesungguhnya banyak faktor yang boleh mengakibatkan rendahnya kualiti kehidupan seseorang insan di antaranya ialah apabila seseorang ini sentiasa menurut segala kehendak hawa nafsunya yang bertentangan dengan ajaran Islam serta melanggar segala perintah Allah swt. 

Firman Allah swt 
A071
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya

Saudara kaum muslimin
Oleh itu kita perlu sedar bahawa setiap nafsu yang tidak dibimbing dengan iman dan taqwa akan mengundangkan bertapaknya sifat sifat yang keji serta merendahkan martabat dan kualiti insan ini sendiri. 

Antara sifat sifat keji yang wajib dijauhi ialah seperti bersifat takarbur, kianati amanah, sombong, suka mengadu domba, merasa dirinya lebih dari orang lain, tidak sedar diri dan sekiranya dibiarkan ianya akan menghakis segala sifat sifat yang baik dalam diri kita. Seperti sifat sabar, jujur, ikhlas, rendah diri, bertimbang rasa, belas kasihan dan sebagainya.

Akibatnya akan lahirlah gejala gejala sosial dalam masyarakat dan akan menimbulkan berbagai masalah seperti pergaduhan, perpecahan, penipuan, pengainyanyaan dan sebagainya.

Sekiranya perkara perkara ini tidak dicegah dan dijauhi tentunya hasrat kita untuk menghayati kehidupan yang bahagia dan sejahtera tidak akan tercapai.

Saudara kaum muslimin
Akhirnya, marilah kita sama sama membina kehidupan yang berkualiti dengan selalu mengamalkan segala nilai nilai murni yang menjadi pegangan insaniah dalam diri kita, keluarga kita,  masyarakat kita, mudah mudahan kita menjadi insan yang memiliki tingkat ketaqwaan yang tinggi disisi Allah swt seterusnya mencapai kualiti  diri dalam kehidupan di dunia ini dan juga mendapat rahmat daripada Allah swt di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Firman Allah swt
A009
A010
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(Asy-Syams 91:9)

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Asy-Syams 91:10)

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 12-10-2012: Tanggung Jawap Terhadap Ibubapa Dan Warga Emas

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian
Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian yang menjadi tetamu Allah, marilah sama sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan bersungguh sungguh melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat.

Saudara kaum muslimin
Proses kejadian manusia tidak dapat dinafikan, peningkatan usia dari hari ke hari samada suka atau tidak suka kita seharusnya menerima hakikat dan kenyataan bahawa setiap yang muda akan berubah menjadi tua apabila telah sampai masa yang di tetapkan oleh Allah swt.

Firman Allah swt
A070
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat sekelian
Namun persoalannya bukan usia yang menjadi pertaruhan kita akan tetapi amalan dan pengorbanan yang kita lakukan selama ini yang menjadi hasil yang harus dinilai oleh setiap manusia. Islam mendidik umatnya supaya berbakti dan menghormati serta berbuat baik kepada orang orang yang lebih tua dalam ertikata mentaati mereka, menjaga adat sopan semasa berhadapan dengan mereka, memelihara dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka dengan tulus dan ikhlas malah tidak sekali kali cuba menyakiti hati mereka samada secara langsung atau tidak langsung.

Sabda Rasulullah saw yang berpesan dan mengingatkan bahawa orang yang tidak menghormati orang tua adalah bukan golongan muslim. Bukanlah dari golongan kami sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami  dan tidak pula mengasihi anak kecil kami . Riwayat At Tabrani.

Saudara kaum muslimin
Sehubungan itu kita wajib menghormati dan wajib berbuat baik terhadap orang orang tua daripada kalangan kita, lebih lebih lagi kepada ke dua ibu bapa kita. Kita mesti memberi penghormatan tertinggi dan membalas jasa mereka.

Firman Allah swt
A023
A024
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Saudara kaum muslimin
Hari ini banyak kes penderhakaan zaman moden yang dilakukan oleh generasi muda ke atas golongan tua. Ada di kalangan mereka diabaikan, dibiar melarat dijalanan, mengemis dan didera malah pernah terjadi si anak menyaman orang tuanya sendiri sehingga ke mahkamah serta sanggup membunuh di sebabkan tamak kepada wang dan harta.

Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula mereka dihantar ke rumah rumah kebajikan, walaupun pada dasarnya rumah rumah kebajikan ini hanya disediakan kepada warga tua yang tidak mempunyai waris. Pelakuan sebegini menandakan semakin ramai anak anak mengabaikan tanggung jawab dan hormat terhadap orang tua mereka.

Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa kehilangan nilai murni di kalangan generasi muda semakin meruncing dan membimbangkan bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Saudara kaum muslimin'
Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2012 seramai 2020 orang penghuni telah ditempatkan di rumah rumah kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dari jumlah tersebut seramai 982 orang iaitu 48% adalah orang melayu yang beragama Islam. dan 19% daripada jumlah kemasukan ke rumah kebajikan adalah kes kes pengabaian serta dipinggirkan oleh keluarga sendiri. Manakala 26% berkaitan masalah penjagaan dan 3% berkaitan dengan masalah penderaan.

Saudara kaum muslimin
Berdasarkan kepada pemerhatian, ada di kalangan penghuni rumah kebajikan ini mempunyai anak anak yang berjawatan tinggi, anaknya pensyarah, anaknya pegawai pegawai kerajaan, golongan yang terpelajar akan tetapi mereka masih sanggup menghantar ibubapa mereka ke rumah kebajikan.

Saudara kaum muslimin
Ingatlah wahai muslimin sekelian bahawa tidak memberikan kasih sayang kepada kedua ibu bapa dan mengabaikan mereka akan mendatangkan kemurkaan Allah swt dan merupakan dosa besar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Ada 3 jenis manusia yang terkena laknat Allah swt iaitu seseorang yang membenci kedua ibubapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri kemudian setelah isteri tersebut diceraikan dia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan hasutan.

Iman Al Bukhari meriwayatkan  bahawa Abdullah bin Amru bin Aus ra, bertanya Rasulullah saw tentang dosa besar. Rasulullah saw bersabda Seseorang yang mencerca ibubapanya. Tanya beliau lagi Wahai Rasulullah adakah ada seseorang yang memaki hamun ibubapanya. Jawab Nabi saw Ya, seseorang yang memaki hamun bapa seorang yang lain, nescaya orang itu memaki kembali bapanya begitu juga seorang memaki hamun ibu seseorang yang lain nescaya orang itu akan memaki hamun ibunya.

Saudara kaum muslimin
Satu kisah yang ringkas, renungilah kisah Al Qamah dan ibunya di zaman Rasulullah saw agar menjadi iktibar kepada kita semua. Seorang pemuda yang berada di dalam keadaan yang nazak, malangnya tidak mampu mengucap dua kalimah syahadat sekalipun telah berulang kali diajar dan di dengarkan di telinganya kerana pada zaman hidupnya banyak perlakuan durhaka yang dilakukan dan tidak mendapat keredhaan seorang ibu .
Saudara kaum muslimin
Apalah gunanya anak anak yang berpangkat besar , berjawatan tinggi atau memiliki harta yang banyak sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan dosa dosa dan kedurhakaan kepada kedua orang tuanya.

Kita harus sedar bahawa amalan soleh yang banyak tidak mencukupi untuk kita mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua kita. Pastinya hati mereka hancur dan airmata sedih akan menitis berderai bila mereka mengenangkan anak anak yang dimanja manjakan dari kecil bagaikan menatang minyak yang penuh tetapi apabila dewasa dan berjaya mereka ditinggalkan dan diabaikan.

Saudara kaum muslimin
Janganlah kita menjadi anak yang semasa kecil diberi susu akan tetapi apabila dewasa membalasnya dengan toba.

Saudara kaum muslimin
Bersempena dengan hari warga emas sedunia saya menyeru kepada ahli Jumaat sekelian, marilah sama sama kita mengenangkan jasa dan pengorbanan warga emas ini yang telah banyak berjasa kepada kita dan juga kepada agama, bangsa dan negara. dengan adanya hari warga emas ini secara tidak langsung memberi ingatan kepada kita semua bahawa setiap manusia akan melewati usia tua. Justeru itu marilah kita sama sama menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap kedua orang ibu bapa kita.

Firman Allah yang bermaksud Sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang bertaqwa dan orang orang yang berbuat kebaikan 


Wassalam


Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 5-10-2012: Kewajipan Ibadat Haji

Saudara sidang Jumaat yang di rahmati Allah sekelian
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar benar taqwa yakni patuh dan setia mengerjakan segala titah perintah dan meninggalkan segala larangannya semoga kita beroleh keredhaan dan keampunan di dunia yang fana ini.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Hari ini kita bicarakan tentang kewajipan ibadat haji yang menjadi puncak segala ibadat yang menekankan pengabdian diri kepada Allah swt dengan memberikan jiwa raga dan harta benda serta mengenepikan pangkat dan kedudukan seketika semata mata kerana mengerjakan ibadat haji di Mekkah tul mukarramah dalam tempoh masa yang tertentu.

Saudara kaum muslimin
Ibadat haji yang merupakan rukun Islam yang ke lima diwajibkan keatas setiap muslim yang berkemampuan, ia hanya diperlukan sekali sahaja dalam seumur hidup. Semua ulamak telah sepakat dalam perkara ini.

Firman Allah swt
A097
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Islam dibina di atas 5 perkara, iaitu mengakui bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya disembah selain dari Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Saudara kaum muslimin
Sesungguhnya mereka yang mendapat hidayat atau petunjuk daripada Allah swt untuk mengerjakan ibadat haji adalah merupakan orang orang yang bernasib baik dan beruntung, ini disebabkan mereka terpilih dalam senarai kumpulan yang menjadi tetamu Allah yang menjawap panggilan untuk mengerjakan ibadat haji di Mekkah.

Saudara kaum muslimin
Sebahagian dari kalangan mereka yang cukup dan berkemampuan untuk mengerjakan ibadat haji tetapi sengaja melengah lengahkannya dengan berbagai alasan kononnya usia masih muda, walhal untuk meninggalkan anak dan tugas dan belum teragak hati atau belum sampai seruan atau masih diperlukan untuk mengumpulkan modal perniagaan dan sebagainya. 

Ketahuilah sekiranyan golongan yang sedemikian ditakdirkan mati tanpa sempat mengerjakan ibadat haji sedangkan mereka berkemampuan maka kematian itu disifatkan sebagai kematian Yahudi atau Nasrani.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Barang siapa yang mempunya bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikan diri ke Baitullah tetapi dia tidak menunaikan haji hingga dia mati dengan tidak ada kelepasan syarak maka tidak ada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani dari segi siksaannya.

Saudara kaum muslimin
Manakala dalam hadis yang lain pula Nabi saw memerintahkan supaya disegerakan mengerjakan ibadat haji sebelum berlaku sesuatu halangan ke atasnya untuk mengerjakan haji sebagaimana sabdanya yang bermaksud Hendaklah kamu bersegera menunaikan ibadat haji kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah rintangan yang menghalang kamu di masa yang akan datang jika ditangguh tangguhkan.

Saudara kaum muslimin
Sesungguhnya ibadat haji adalah satu ibadat yang istimewa yang menjadi program kepada umat Islam untuk melatih mereka bagi memikul satu tanggungjawab yang berat dan mencabar iaitu tanggung jawab berjihat di mana terdapat berbagai bentuk jihat didalam ibadat haji. 
  1. Jihat tenaganya dengan berusaha menjaga dan mengawal tubuh badan kerana ibadat haji memerlukan kesihatan yang mantap untuk mengerjakannya.
  2. Jihat mempelajari ilmu yang berkaitan dengan haji bagi melengkapkan diri untuk membolehkan ibadat haji dilaksanakan dengan sempurna.
  3. Jihat harta benda untuk mengumpulkan harta benda dari sumber sumber yang suci dan bersih lagi halal untuk perbelanjaan semasa menunaikan haji di Mekkah
  4. Jihat melawan hawa nafsu kerana ibadat haji melatih kita supa mempunyai kesanggupan untuk melawan nafsu dengan meninggalkan anak isteri keluarga, harta benda, pangkat dan kedudukan  semata mata kerana Allah. Jihat melawan nafsu juga dilakukan dalam suasana hidup yang lain di Mekkah dalam menghadapi lautan manusia semasa di Arafah dan di Mina yang berbeza dengan di tempat kita di sini.
Saudara kaum muslimin
Dalam buku Al Haj dijelaskan bahawa haji adalah satu tarbiah atau latihan bagi setiap insan muslim untuk menghadapi mati . Ia menjelaskan berlatihlah menghadapi mati dengan mengerjakan haji. di antara gambaran gambaran yang di dapati di akhirat semasa mengerjakan haji adalah seperti berikut.
  1. Meninggalkan segala galanya ketika mengerjakan haji samada harta benda yang disayangi, anak anak cucu yang dikasihi, pangkat dan kedudukan yang disanjungi dan segala galanya semata mata kerana Allah. Cuba kita bayangkan  bagaimana bila seseorang yang pergi mengerjakan haji, bilangan orang yang menghantarnya adalah berpuluh puluh orang. Begitulah gambaran saat kita diusung di dalam keranda untuk ke kubur, di mana ramai yang mengiringi jenazah kita.
  2. Melalui perjalanan ketika ke Mekkah untuk mengerjakan haji dengan menaiki kapal atau kapal terbang seolah olah roh kita melayang layang di udara ketika dicabut daripada badan kita.
  3. Melalui bekalan yang dibawa ke Mekkah sebagai gambaran bekalan amalan kita semasa ke akhirat nanti. 
  4. Melalui berbagai pemeriksaan semasa di lapangan terbang oleh pihak imegresen adalah gambaran ketika dihisab nanti. Ada yang mudah dihisab dan ada yang payah dihisab.
  5. Melalui pakaian ihram yang dipakai itu iaitu kain putih tanpa dijahit. Pakaian tersebut adalah sama dengan pakaian kain kapan yang dipakai sebagai pembalut tubuh kepada si mati.
  6. Melalui gambaran ketika wukuf di Arafah sebagai gambaran perhimpunan di Padang Mahsyar begitu juga perjalanan di Arafat dan di Mina sebagai gambaran meniti siratullmustaqim dalam pelbagai gambaran lagi yang boleh diambil iktibar dan pengajaran bagi kehidupan yang selamat di Dunia dan di Akhirat.
Firman Allah swt yang bermaksud Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumahKu yakni rumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan menunggang berbagai jenis kenderaan  yang datang dari berbagai jalan pelusuk supaya mereka menyaksi berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka dengan memperingati dan menyebut nama Allah pada hari hari tertentu.

Wallahhualam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 21-09-2012: Kesan filem "Innocence of Muslims" terhadap umat Islam




Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian
Saya mengingatkan diri saya dan seluruh kaum muslimin marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa, diantara jalan menuju taqwa ialah dengan kita melaksanakan perintah perintah Allah dan meninggalkan semua larangan Allah.

Saudara kaum muslimin
Alhamdulillah, marilah untuk kesekian kalinya kita menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah swt ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua. Di antara nikmat tersebut yang terbesar ialah nikmat iman dan Islam. Kedua dua ini dikurniakan kepada hambanya yang terpilih dikalangan manusia dan kita dapat kecapinya adah hasil daripada perjuangan Nabi kita Muhammad saw yang kita kasihi dan kita cintai dan para sahabat baginda yang telah berjuang dengan segala harta benda dan nyawa mereka untuk agama Allah.

Mereka bukan sahaja membaca Al Quran dan meriwayatkan hadis nabi saw tetapi menterjemahkan seluruh ajaran Islam dalam diri, peribadi dan seluruh aspek kegiatan hidup mereka sehingga keindahan, kecantikan dan kesempurnaan Islam itu boleh dizahirkan dan tidak boleh dinafikan oleh musuh musuh Islam Sekelian para sahabat telah digelarkan oleh para ulamak sebagai genarasi Al Quran yang unik.

Para sahabat nabi ialah orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah semasa hayatnya beriman dengan baginda dan mati dalam Islam. Perjuangan nabi dan para sahabat ialah meruntuhkan kehidupan jahiliah yang tidak bertamadun kerana dipenuhi dengan perilaku perilaku buruk dan tidak berakhlak. Kehidupan bebas yang mengenepikan nilai nilai kemanusiaan. Kehidupan yang di agungkan oleh masyarakat telah dibuktikan dengan sistem hidup yang diasaskan oleh akidah yang benar yang telah menzahirkan akhlak dan perilaku terpuji yang akhirnya membina satu tamadun umat yang cemerlang mengikut acuan Islam.Tamadun tersebut telah melahirkan masyarakat yang maju yang menguasai dunia dan akhirat.

Kehidupan para sahabat itulah yang merupakan model kehidupan di atas muka bumi yang sesuai dengan kitab Allah swt mesti menjadi contoh kepada sistem hidup orang orang yang benar benar beriman sebagaimana firman Alalh swt

A115
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
An-Nisaa' 4:115

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Sebaik baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun selepasnya dan kemudian kurun selepasnya'

Darapada ayat dan hadis di atas jelas kepada kita bahawa kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat serta generasi awal Islam adalah model ikutan dan sumber rujukan di dalam kehidupan umat Islam. Ini adalah kerana mereka adalah generasi pilihan dan mendapat didikan secara langsung daripada Allah swt dan Rasulnya.

Mereka telah menghabiskan usia mereka dalam perjuangan dan mengamalkan ajaran Allah swt sebagaimana dikehendaki. Mereka tidak menentang dan tidak mengutamakan diri sendiri semata mata tetapa Allah dan Rasulnya adalah yang utama bagi mereka. Mereka sanggup menyerahkan harta benda  bahkan sanggup menggadaikan nyawa sekalipun untuk menegakkan agama.

Saudara kaum muslimin,
Sejarah telah mencatatkan segala pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabatnya antaranya Saiyidina Abu Bakar as Siddik yang merupakan sahabat utama Nabi. Beliau sanggup menemani Nabi dalam peristiwa Hijrah walaupun mengetahui bahawa ianya boleh mengancam nyawanya sendiri. Saiyidina Abu Bakar juga telah mengorbankan seluruh hartanya untuk agama Allah swt. Beliau telah dijamin Syurga oleh Rasulullah saw.

Demikian juga Saiyidina Omar  yang berani mematuhi perintah Nabi supaya berdakwah secara berterang terangan dan pentang mendengar penghinaan musuh terhadap Nabi. Salah seorang yang di doakan secara khusus oleh Nabi agar memeluk Islam terkenal memerintah dengan penuh keadilan ketika menjadi Khalifah dan juga merupakan salah seorang yang dijamin syurga oleh Rasulullah.

Demikianlah para sahabat Nabi yang lainnya telah memberikan segala pengorbanan dan telah mempunyai saham yang besar kepada perkembangan Islam serta sangat berjasa kepada seluruh umat Islam dari dahulu sehinggalah ke hari Kiamat dan mereka mendapat keredhaan Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud Demi sesungguhnya Allah redha akan orang orang yang beriman ketika mereka memberikan perjanjian taat setia kepadamu wahai Muhammad di bawah naungan pohon di Hudaibiah. Maka dengan itu ternyata apa yang tidak diketahuinya tentang iman dan taat setia yang ada di dalam hati mereka lalu dia menurunkan semangat tenang dan menang kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat di masa hadapannya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Pada hari selepas berlakunya zaman para Sahabat semenjak1233 tahun yang lampau, sebahagian umat Islam begitu asyik dengan para sahabat nabi. Mereka tidak mengingati nama nama para sahabat, jauh sekali mengenali kehidupan mereka, mengkagum dan mendapatkan mereka sebagai panduan utama dalam kehidupan. Golongan ini tidak mempunyai jatidiri dan tidak mempunyai inisiatif sendiri akibatnya mereka terikut ikut dengan individu individu yang mereka kagumi sedangkan kadang kadang dari segi nilai ketemadunan penguasaan keilmuan golongan tersebut tidak bernilai dan berkualiti

Saudara kaum muslimin
Orang yang tidak mempunyai jatidiri dan individu itu sendiri mudah terpengaruh dengan dakyah yang diciptakan oleh musuh dan tidak mampu membina kekuatan. Pihak musuh Islam akan mencipta segala unsur unsur yang boleh melemahkan umat Islam dengan menjauhkan umat Islam daripada cara hidup Islam, identiti Islam dan matlamat hidup serta hala tuju. Antara strateji mereka adalah mengasingkan kehidupan beragama sebagaimana cara hidup yang ditunjukkan oleh Nabi dan para sahabatnya dengan menjarakkan sejarah para sahabat tersebut dalam minda umat Islam.

Saudara kaum muslimin
Pada hari ini juga selain dari umat Islam yang begitu asing dengan para sahabat Nabi terdapat juga gerakan dari golongan tertentu di negara kita yang cuba mencerca, menghina dan menafikan sumbangan besar para sahabat Nabi saw.

Sebagaimana yang berlaku pada hari ini apa yang kita baca di dalam akhbar, orang orang yahudi dan Amerika, kristian serta kuncu kuncunya dengan biadap mereka membuat filem yang menghina Rasulullah saw , menghina para sahabat dan menghina Islam dengan menuduh nabi gila perempuan, gila kuasa dan pelbagai tohmahan buruk lagi yang telah mereka buat yang tidak boleh diterima akal kita semua.

Saudara kaum muslimin
Oleh itu pada hari jumaat yang mulia ini mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekelian selepas kita solat Jumaat ini jangan ada dikalangan kita yang ketinggalan sama sama kita solat hajat, sama sama kita memohon kepada Allah swt supaya melaknat dan menghancur sehancur hancurnya golongan golongan dan kuncu kuncu yang menghina Rasulullah saw dan para sahabat ra seandainya kita cintakan Rasulullah, cinta kepada Islam dan kasihkan para sahabat .

Saudara kaum muslimin
Golongan ini sekiranya dibenarkan meracuni umat Islam dengan tohmahan terhadap Nabi saw dan para sahabar ra akan menyebabkan fitnah yang besar terhadap agama Islam kerana agama Islam ini tersebar melalui Rasulullah saw dan para sahabat ra yang mendapat didikan yang terus daripada Rasulullah saw. Mereka adalah pilihan Allah dan Rasulnya untuk membawa panji panji Islam.Oleh itu tugas kita sebagai umat Islam ialah

  1. Menjadikan cara hidup para sahabat sebagai model dan ikutan dalam kehidupan kita samada kehidupan individu keluarga dan masyarakat.
  2. Sejarah kehidupan mereka hendaklah dipelajari dan diperkenalkan kepada seluruh umat Islam bermula semenjak kanak kanak lagi supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dakyah yang jahat terhadap Rasulullah saw, para sahabat dan Islam.
  3. Kita hendaklah menolak semua golongan yang cuba dan telah menghina, mencerca dan merendah rendahkan Rasulullah saw dan para sahabat ra. 
  4. Kita hendaklah menolak segala tohmahan, fitnah dan dongenan yang telah direka oleh musuh musuh Islam tentang kesucian rasulullah saw, tentang kebaikah para sahabat dan cara hidup Islam
Saudara Kaum muslimin
Marilah kita sama sama mempertahankan kesucian Rasulullah saw dan para sahabat yang sangat banyak berjasa kepada kita dalam memperkasakan agama Islam, mudah mudahan di akhirat kelak kita akan bersama sama para sahabat nabi saw di dalam syurga Allah kelak Insyaallah.

Wassalam



Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 14 -9-2012: Ibadat Haji

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada tuan tuan dan juga diri saya sendiri agar sentiasa bertaqwa kepada Allah swt supaya semasa kita dipanggil mengadap Allah dan dibangkitkan di akhirat nanti, kita dalam keadaan Islam yang sebenar dan membawa hati yang bersih dari kesan kesan dosa dan sifat sifat mazmumah yang melayakkan kita menjadi penghuni syurga yang kita sentiasa berusaha dan berjuang untuk mendapatkannya.

Maka tujuan hidup kita adalah jelas iaitu untuk beribadat, untuk mengabdikan diri kita kepada Allah swt dan dan kitab Allah, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat mengabdikan diri kepada Aku .

Saudara kaum muslimin
Hasil daripada taat mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah, hati seseorang itu menjadi bersih dan baik dan daripada hati yang bersih dan baik inilah menyebabkan seseorang itu sentiasa mengerjakan kebaikan dan amal amal soleh yang menyebabkan Allah merelainya dan mengasihinya.

Sebaliknya sesiapa yang tidak taat dan tidak mengerjakan suruhan Allah dan tidak meninggalkan larangan Allah, hatinya menjadi kotor gelap diselaputi titik titik hitam dan sesiapa yang berhati kotor akan lahirlah perbuatan jahat yang rosak dan merosakkan orang lain yang menyebabkan murka Allah dan kebenciannya dan seterusnya akan diazab di dalam nerakanya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Saya ingin menarik perhatian sidang Jumaat sekelian bahawa sesungguhnya Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani memerintah dan mewajibkan kita mengerjakan amalan amalan dan kerja kerja yang boleh membersihkan hati kita dan melarang kita dari melakukan kerja kerja maksiat yang merosakkan dan mengotorkan hati kita dan mendatangkan azab kepada kita sendiri.

Allah swt mewajibkan kita beriman supaya akidah dan hala tuju hidup kita ini betul, benar dan tidak sesat. Allah swt mewajibkan kita solat 5 waktu supaya kita sentiasa ingat kepada Allah swt dan mencegahkan kita dari melakukan perbuatan dan perkara perkara yang keji dan mungkar. Seterusnya Allah swt mewajibkan kita mengerjakan ibadat puasa sebulan Ramadhan supaya kita menjadi orang yang bertaqwa yang sanggup menahan diri dari melakukan maksiat dan sabar dalam mengerjakannya. Seterusnya kita difardhukan untuk mengeluarkan zakat yang boleh merapatkan hubungan sesama manusia yang mendatangkan kasih sayang sesama Islam dan membersihkan hati dari hasad dengki dan bakhil, kedekut serta tamak haloba. demikianlah rahmat Allah kepada kita. Ditugaskan kita mengerjakan amalan amalan yang mendatangkan kebaikan kepada kita di dunia ini dan juga di akhirat.

Saudara kaum muslimin
Selain dari kewajipan yang tersebut Allah swt dengan Ar Rahman dan Ar Rahimnya memfardhukan kepada kita semua suatu lagi amalan yang sangat hebat yang memerlukan kewangan yang banyak, masa yang lama, tenaga yang kuat untuk melaksanakannya dan faedah serta hikmatnya tentulah lebih besar, lebih banyak dan lebih hebat. Ibadat tersebut ialah mengerjakan haji di Baitullah yang diwajibkan sekali seumur hidup bagi yang mampu.

Allah swt berfirman yang bermaksud Bagi Allah wajib ke atas manusia mengerjakan haji di baitullah bagi orang yang mampu

Firman Allah swt lagi yang bermaksud Serulah kepada semua manusia agar melaksanakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang kepadanya dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus, datang dari segenap penjuru yang jauh  untuk menyaksikan berbagai faedah untuk mereka.

Saudara kaum muslimin
Untuk menunaikan ibadat haji bermula dari niat kemudian mengumpulkan kewangan yang banyak yang memerlukan sifat pengorbanan, kemudian menunggu giliran, menghadiri kursus kursus, seterusnya bermusafir ke Mekah Al Mukarramah dan ke Madinah Al Munarwarrah yang begitu jauh dengan perjalanan darat dan udara dan seterusnya berkampung di Mekah selama beberapa minggu dan di Madinah kira kira seminggu dan amalan tawaf di Kaabah, bersyair antara Safa dan Marwah, berwukuf di Arafah, bermalam di Muzzalifah, bermalam di Mina  dan melontar batu di Jumrah. Semua ini adalah kerja kerja yang besar lagi hebat yang tiap tiap satu mempunyai rahsia dan hikmat yang begitu banyak dan begitu tinggi. Pengalaman yang dilalui oleh setiap Jemaah haji adalah tidak ternilai harganya.

Allah swt menjelaskan antara hikmatnya Supaya mereka menyaksikan sendiri beberapa munafaat untuk mereka.

Pengalaman mereka dalam perjalanan  melihat keajaiban kejadian Allah swt. Keadaan Awan dan Gunung di langit tinggi, keadaan padang pasir dengan bukit bukit dan batu batunya. Perihal manusia dengan pelbagai bangsa dan warna kulitnya terdapat berada di samping Kaabah.

Pengalaman semasa di Arafah, Muzzalifah, Mina dan tempat yang bersejarah yang lain, semuanya menambah ilmu, menambah keinsafan, menambah kesedaran dan menambah keyakinan dan keimanan terhadap kebenaran Islam dan kebesaran Allah swt.

Semua Amalan yang dilakukan di tanah suci boleh menyucikan jiwa dari kesan kesan dosa yang melayakkan seseorang Jemaah haji mendapat haji yang mabrur, mendapat kedudukan tinggi di akhirat.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Sesiapa yang mengerjakan Haji dan tidak bercakap kotor dan tidak melakukan kefasikan keluarlah dia daripada dosa dosanya menjadi bersih seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.

Saudara kaum muslimin
Ibadat haji mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Nabi Ibrahim as dan puteranya Nabi Ismail as, mereka berdualah yang membina Kaabah. Terdapat ditepinya Makam Ibrahim iatu kesan tapak kakinya semasa membina Kaabah. terdapat disampingnya Hijir Ismail, Telaga Zam Zam yang juga anugerah Allah swt kepada Nabi Ismail as semasa masih bayi, hasil usaha ibunya berlari lari mencari air antara bukit Safa dan Marwah.

Bila disebutkan tentang Nabi Allah Ibrahim dan puteranya Nabi Allah Ismail as mengingatkan kita kepada sifat sifat dan sebab sebab utama menyebabkan Nabi Allah Ibrahim as mampu dan sanggup melakukan kerja kerja besar lagi berat yang telah diarahkan oleh Allah swt.

  1. Keimanan Nabi Ibrahim terhadap Allah swt cukup tinggi sehingga sanggup meninggalkan anaknya yang masih bayi bersama Isterinya Hajar di tempat yang kering kontang pada masa itu tanpa sebarang bekalan yang sekarang ini menjadi bandar besar yang menjadi tumpuan umat manusia seluruh dunia iaitu Mekah Al Mukarramah
  2. Ikhlas Nabi Allah Ibrahim dalam menunaikan segala perintah Allah swt. Dikerjakan semata mata kerana Allah swt tidak kerana yang lain. Sanggup melakukan apa sahaja demi keredhaan Allah swt hingga sanggup mengorbankan anak kesayangan sendiri apabila diperintah oleh Allah swt supaya berbuat demikian. Disebabkan keikhlasannya mengerjakan perintah Allah swt di masa itu, amalan berkorban menjadi sunat ikutan sepanjang zaman
  3. Kesabaran Nabi Allah Ibrahim as melaksanakan segala perintah Allah, meninggalkan segala larangannnya dan kesabarannya menghadapi segala dugaan menyebabkan dia berjaya mengerjakan segala yang diperintahkan oleh Allah swt dengan cara hidupnya menjadi ikutan dan namanya disebut berkali kali dengan nama Nabi Muhammad saw dalam solat. Dalam tahiyyat akhir setiap kali umat Islam mengerjakan sembahyang. 
Saudara kaum muslimin
Kesimpulan dari apa yang telah dihuraikan tadi adalah seperti berikut
  1. Tujuan dan matlamat hidup kita sebagai manusia adalah jelas iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan melaksanakan semua suruhannya dan meninggalkan semua larangannya.
  2. Hati kita menjadi bersih dan taat dan menjadi kotor dengan maksiat
  3. Mereka yang berhati bersih dikasihi Allah layak untuk memasuki syurga, manakala yang berhati kotor akan dibenci oleh Allah swt dan layak ke neraka. 
  4. Ajaran agama adalah nikmat dan rahmat daripada Allah swt, Allah menjamin kebaikan di dunia dan di akhirat yang perlu dihargai dan disyukuri dan diamalkan sungguh sungguh
  5. Ibadat haji sangat hebat kesannya pada rohani dan jasmani untuk kebaikan dunia dan Akhirat sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud Haji Mabrur yakni haji yang diterima oleh Allah swt itu tiada balasan baginya melainkan syurga. 
  6. Agama Islam adalah agama sejagat untuk seluruh umat manusia tanpa batas bangsa dan negara, realitinya dapat dilihat di musim haji. Mereka dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dalam suasana persaudaraan bersatu hati dan satu matlamat.
  7. Iman, Ikhlas dan sabar adalah asas dan asbab kejayaan dalam semua cabaran hidup.
Saudara kaum muslimin
Sebelum mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita berdoa supaya bakal haji berada dalam keadaan selamat sihat walafiat serta dikurniakan haji yang mabrur.

A197
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
(Al-Baqarah 2:197)

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Muhammadi 07-09-2012: Hala Tuju Pembentukkan Keluarga Di Abad Ini



Ikhwanil muslimin
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekelian, marilah kita sama sama berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Takut kepada Allah dengan melaksanaan segala perintah perintahnya dan menjauhi segala larangannya, mudah mudahan sifat ketaqwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masadepan keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntuyan ajaran agama Islam.

Ikhwanil muslimin
Hala tuju pembentukkan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada dasar hidup yang ditetapkan ibubapa yang berkait rapat dengan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga maka semakin bertenagalah masyarakat dan negara.

Persoalan, kearah manakah hala tuju gerakan keluarga itu pada masa kini?

Berdasarkan beberapa memerhatian dan kajian kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masakini terah merubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN, bahawa pegangan nilai kehidupan atau pegangan hidup keluarga semakin berubah.

Antara perubahan nilai yang ketara ialah

  1. Kecenderungan untuk memiliki saiz keluarga yang kecil, 
  2. Peningkatan masa wanita bekerja di luar rumah
  3. Sibuk bekerja, masa ibubapa bersama anak anak semakin berkurangan
  4. Peningkatan anak anak dijaga oleh pembantu rumah atau pusat pusat asuhan
  5. Jangkahayat warga emas semakin bertambah kerana kualiti kesihatan meningkat
Pembangunag sosio ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing telah menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepada kepincangan dalam kehidupan berkeluarga. Kepincangan dalam keluarga bermula daripada sebab seperti;
  1. Kekurangan kasih sayang dalam keluarga, 
  2. Keganasan rumah tangga
  3. Peningkatan kadar penceraian,
  4. Penderaan kanak kanak 
  5. Pengabaian kepada warga emas
  6. Sumbang mahram
  7. Kejahilan
  8. Bersedudukan tanpa kahwin
  9. Peningkatan kelahiran anak tanpa nikah
Isu isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai nilai dalam kehidupan.

Mengikut satu kajian di negara Amerika Syarikat pada tahun 2006 ke atas 38 000 penduduk mendapati 95% telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Manakala di negara kita satu kajian telah dilakukan pada tahun yang sama ke atas 2 332 remaja melayu mendapati 55% telah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. 

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2009, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan telah meningkat kepada 17 303 orang di seluruh negara. Purata 48 orang sehari. 

Kita merasa bimbang dengan penularan budaya hidup berzina dan gaya hidup barat ini yang boleh mencemarkan imej Islam dan memberi kesan kepada akidah. Berdasarkan perubahan nilai hidup yang ketara ini marilah mengingati peringatan Allah swt dalam surah At Tahriim ayat 6

A006
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6

Menurut tafsirnya, pemimpin keluarga hendaklah menjaga dan membantu ahli keluarga dan memerintahkan mereka berbuat baik dan taat kepada Allah swt serta mencegah mereka dari melakukan maksiat.

Beberapa tafsir lain pula menyatakan adalah menjadi kewajipan setiap muslim mengajar keluarganya tentang apa yang diwajibkan oleh Allah swt dan apa yang dilarang.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah, suci tetapi ibubapanyalah yang menentukan anak itu yahudi, nasrani atau majusi"

Ikhwanil muslimin
Bagi membentuk anak anak menjadi insan yang cemerlang ibubapa hendaklah juga terdiri dari manusia yang cemerlang. Bagaimana mungkin ibubapa yang durhaka, rumah tangga yang porak peranda dapat membentuk keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibubapa adalah asas untuk anak anak bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibu bapa adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan anak anak.

Oleh itu dalam mendidik anak anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia itu. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak anak begitu jugalah sebaliknya.

Ikhwanil muslimin
Pembentukan keluarga Islam pada abad ke 21 ini, abad mendatang adalah amat mencabar kepada setiap ibubapa. Apakah keluarga Islam yang ada pada hari ini boleh bertahan atau terus hanyut diserang budaya pincang yang berterusan dan merosakkan nilai nilai murni kehidupan berkeluarga.

Dasar dasar rumahtangga yang lemah dan kepimpinan yang longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai yang merubah kehidupan keluarga.

Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi yang penting dalam keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan dengan satu masalah yang besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan baik. 

Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri, kerana daripada instusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat. 

Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga Mimbar Jumaat menasihatkan, marilah kita sama sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak anak kita demi untuk melihat generasi yang terbaik di masa akan datang. 

Korbankanlah sedikit masa sekurang kurangnya sekali dalam seminggu mengadakan majlis majlis ilmu di rumah. Berikanlah kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal hal yang berkaitan dengan kehidupan anak anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah swt terhadap anak anak dengan baik dan sempurna. 

Mengakhiri kutbah mimbar ingin merumuskan apa yang telah dibincangkan
  1. Ibubapa perlu memperkukuhkan dan meletakkan pendidikan agama bagi menghadapi abad yang mendatang. 
  2. Memperuntukkan masa masa yang tertentu bersama ahli keluarga menghadiri majlis majlis ilmu.
  3. Perubahan nilai dan penghayatan jatidiri yang dipengaruhi budaya asing akan merendahkan harga diri keluarga.
  4. Perbuatan dan tingkah laku berdosa yang dilakukan oleh anak anak di atas dunia ini akan menyiksa roh roh ibubapa yang telah meninggal dunia.
Firman Allah swt yang bermaksud Dan juga mereka berdoa dan berkata, wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri isteri kami zuriat dan keturunan kami perkara perkara yang menyukakan hari apabila melihatnya dan jadikanlah kami iman ikutan bagi orang orang yang soleh.

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 31 Ogos 2012: Amanah Kepimpinan

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa. Sesungguhnya sifat taqwa adalah sebaik bekalan dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan untuk mendapat keredhaan di akhirat kelak.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Untuk mempertingkatkan sifat taqwa dalam diri kita, marilah kita menumpukan perhatian pada hari ini dengan firman Allah swt
A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(A-li'Imraan 3:26)

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Untuk mengikuti huraian yang selanjutnya kita perlu memahami isi kandungan ayat ini dengan penuh ketelitian, memberi perhatian dengan perasaan yang insaf dan dipandu oleh sifat taqwa supaya tidak dicemari oleh kefahaman yang boleh membawa kepad disalah erti disebabkan telah dipengaruhi oleh sesuatu kepentingan emosi.

Saudara kaum muslimin
Pada ayat tadi Allah swt telah memerintahkan RasulNya Nabi Muhammad saw dan umat Islam seluruhnya agar sentiasa berdoa kepada Allah dan selalu menyatakan dengan ikhlas pengakuan yang penuh keimanan dan keyakinan bahawa Allah swt sahajalah Tuhan yang berkuasa, Tuhan yang memegang teraju pemerintahan yang bersifat dengan sifat yang mutlak.

Memohon doa kepada Allah swt akan apa sahaja yang kita hajatkan dari perkara kebaikan samada untuk diri sendiri, anak anak, ahli keluarga, untuk negeri, negara, untuk kehidupan didunia ini hinggalah membawa kepada kehidupan diakhirat. 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Doa itu adalah satu ibadat. Riwayat At Tirmizi.

Saudara kaum muslimin
Setiap orang yang beriman berdoa kerana menyedari dirinya mempunyai sifat sifat kelemahan tak berdaya, tak mampu untuk menunaikan hajatnya. Dia sedar bahawa Allah swt yang menjadi tuan punya seluruh alam ini mempunyai sifat sifat kesempurnaan dan kekuasaan yang bersedia memberi dan mengabulkan setiap permintaan kita. 

Diatas kesedaran dan keinsafan itulah seseorang itu akan mencari jalan untuk mengatakan kebaikan dan kesejahteraan. 

Sebaliknya orang yang lemah iman, dia tidak mahu berdoa, sekaligus menggambarkan bahawa dia tidak insaf tentang kelemahan dirinya. Dia tidak ingat akan kekuasaan Allah swt .

Saudara kaum muslimin
Pada ayat tadi Allah swt mengingatkan kita tentang hakikat kekuasaan yang sebenar Allah yang maha besar adalah pemilik kerajaan dan kekuasaan yang maha agong, Dialah yang mengurniakan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakinya sebahagian dari kekuasaannya diberi sebagai suatu pinjaman yang boleh ditarik balik pada bila bila masa yang dikehendakinya.

Tiada seseorang pemimpin atau pemerintah yang mempunyai hak milik yang tulen yang boleh berbuat sekehendak hatinya. Malah pemerintahan yang dipegangnya itu hanyalah milik sementara, hak milik pinjaman yang tunduk di bawah kekuasaan Allah swt.

Dalam lipatan sejarah telah banyak berlaku dan dirakamkan perbuatan yang tamak kepada kuasa politik dan kekuasaan seseorang pemimpin boleh naik dan tak lama lagi akan dijatuhkan pula. Seseorang pemimpin yang berkuasa ketika ini tak lama lama lagi akan digulingkan.

Oleh kerana kuasa pemerintahan dipinjamkan oleh Allah swt maka para pemimpin baik peringkat manapun samada tertinggi ataupun bawahan perlu sentiasa sedar terhadap kepimpinannya jangan sampai terbuat sesuatu yang mengkianati amanah 

Firman Allah swt 
A058
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisaa' 4:58)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Manusia yang paling berat menanggung kesiksaan dihari kiamat adalah pemimpin yang melakukan kezaliman.

Saudara kaum muslimin
Diantara amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin ialah mewujudkan suasana aman, suasana tenteram, tidak berlaku kekacauan dan huru hara. Di antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pemimpin adalah melahirkan perasaan saling hormat menghormati antara pemimpin dan rakyat. Pemimpin hendaklah berusaha sedaya upaya agar wujud perasaan saling sayang menyayangi, kasih mengasihi bukan perasaan saling benci membenci bahkan perasaan saling cinta menyintai di antara pemimpin dan orang bahawahannya. 

Perlu diwujudkan sikap saling bantu membantu bukan sikap curiga mengcurigai, saling ingat mengingati dan bukan saling salah menyalahi orang lain. 

Seperti kata pepatah melayu Kerana tak tahu menari, lalu dikatakan tanah tinggi rendah

Sudara kaum muslimin
Perhatikan kepada sabda Rasulullah saw diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud Sebaik sebaik pemimpin adalah mereka yang kamu cintai dan dia mencintai kamu, dan kamu berdoa terhadap mereka dan mereka pula mendoakan untuk kamu. Dan seburuk buruk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu bencinya dan mereka pula membenci kamu. dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. 

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Di dalam ayat tadi juga ada menyebutkan tentang kemuliaan dan kehebatan iaitu dua perkara yang berlawanan silih berganti dalam kehidupan seseorang terutama di kalangan pemimpin. Kemuliaan dan kehormatan diri memang dicari dan dikehendaki, manakala kehinaan pula memang dibenci dan sering seseorang cuba melarikan diri dari kehinaan.

Lantaran itu seseorang memang berusaha habis habisan daya dan tenaga untuk memperolehi kemuliakan dan mengekalkan kehormatan dan kemuliaan diri. Pada masa yang sama berusaha mengelakkan diri dari kehinaan.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia.
Sebagai seseorang muslim mukmin, kita perlu sedar bahawa kita adalah makhluk yang terbaik yang pernah dicintai oleh Allah swt sebagai makhluk terbaik, sudah tentu kita mempunyai kehebatan dan kemuliaan diri. Lantaran itu kita perlu tahu bagaimana untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan diri. Untauak menjaga kehormatan  dan kemuliaan diri ialah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan sesama manusia. Tidak cukup kalau hanya tahu berhubungan dengan Allah tetapi tidak pandai menjaga hubungan sesama manusia begitu juga sebaliknya. 

Firman Allah swt yang bermaksud, Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika mereka berpegang dengan tali Allah dan berbaik baik dengan sesama manusia.

Saudara kaum muslimin
Untuk melepaskan diri dari kehinaan kita dikehendaki untuk berpegang dengan ajaran Allah swt dengan hanya sebutan di mulut sahaja dan tidak sampai di hati. Ayat ayat Allah, hukum hukum Allah, ajaran ajaran agama Allah  dan seluruhnya jangan sampai dipermainkan kerana mempermainkan agama dan ajarannya kelak akan ditimpa kehinaan.

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 24-8-2012: Pasca Ramadhan

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi sekelian
Sudah sebulan kita bersama Ramadhan, kini ia telah berpisah dan meninggalkan kita sekali lagi. Dengan berlalunya Ramadhan maka beruntunglah mereka yang untung dan rugilah mereka yang rugi. Bagi mereka yang tidak berjaya dalam kerahmatan bulan Ramadhan yang lepas, mereka yang hidupnya dikuasai oleh tekanan nafsu liar, mereka yang terus melakukan perbuatan perbuatan maksiat, mereka yang tidak berjaya memperolehi rahmat daripada Allah swt dan keampunannya serta gagal melepaskan diri daripada azab Allah swt di akhirat nanti, itulah mereka yang paling rugi dalam menjalani kehidupan ini.

Saudara kaum muslimin
Walaubagaimanapun bagi mereka itu masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini, mereka yang tidak berjaya itu janganlah berputus asa kerana peluang masih lagi dibuka untuk kita di masa masa yang akan datang.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah wahai hambaku yang melakukan sesuatu yang melampai batas dengan diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa untuk mendapat rahmat daripada Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa kesemuanya dan dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Saudara kaum muslimin
Manakala mereka yang telah berjaya dalam ujian bulan Ramadhan yang lepas iaitu mereka yang telah dapat menyempurnakan ibadat puasa menurut apa yang semestinya disyariatkan, mereka berpuasa zahir dan batin, mereka berjaya mengekang hawa nafsu, mereka dapat memeliharakan anggota zahir dari melakukan perbuatan perbuatan yang dibenci oleh Allah swt, mereka itulah yang berjaya, mereka beroleh kemenangan yang sebenar benarnya.

Mereka yang beruntung dan beroleh kejayaan dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu ialah mereka yang berjaya meletakkan diri dalam golongan orang orang yang bertaqwa.

Firman Allah swt Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang orang yang paling bertaqwa diantara kamu.

Saudara kaum muslimin
Apakah tanda tanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah berjaya memperolehi sifat taqwa? Seorang ilmuan agama telah metik kata kata Saiyidina Ali di dalam bukunya telah menghuraikan seseorang yang mempunyai sifat taqwa dalam dirinya:

  1. Takut dan gerun kepada Allah swt Tuhan tah tuan punya pemilik semua alam semesta dan segala isi kandungannya.
  2. Melakukan segala pekerjaan atau urusan menurut apa yang telah digariskan oleh Al Quran dalam kehidupan, dalam rumah tangga, dalam keluarga, dalam pemerintahan negara, dalam kegiatan ekonomi untuk mencari harta. Mereka yang bertaqwa tidak sanggup mengenepikan apa sahaja ajaran yang terkandung dalam Al Quran.
  3. Mencukupi yakni sikap berpadan dengan yang halal dan tidak ingin atau berkehendak kepada perkara perkara yang diharamkan oleh Allah swt, tidak sanggup dirinya menjadi hamba abdi kepada harta benda, tidak rela menjual maruah agama untuk mendapat keuntungan peribadi berupa harta dan lain lain lagi. Tidak melakukan penipuan dalam apa bentuk sekalipun dan juga tidak melakukan rasuah atau menerimanya.
  4. Sentiasa bersedia untuk menghadapi mati, tidak takut mati, malah bila bila masa ada persediaan untuk kembali ke alam akhirat. Dengan itu dirinya dan hartanya telah disumbangkan untuk dijadikan modal di akhirat kelak.
Saudara kaum muslimin
Sungguhpun kita baru sahaja keluar dari bulan Ramadhan janganlah kita berperangai seperti orang yang baru keluar dari penjara, segala dalanya mahu dilakukan. Ingatlah kepada pesanan Rasulullah saw yang bermaksud Bertaqwalah kepada Allah dii mana mana jua kamu berada, ikutilah perintahnya dengan kebaikan agar Dia menghapuskan kesalahan itu serta bergaulah sesama manusia dengan budi pekerti yang mulia .

Saudara kaum muslimin
Dalam pesanan Rasulullah saw tadi dapat diringkaskan bahawa untuk menjadi manusia yang bertaqwa itu ada 3 perkara asas yang perlu dilakukan oleh seseorang:
  1. Perlu mengadakan hubungan yang rapat dengan Allah swt di mana sahaja dan di dalam suasana mana pun kita berada, samada kita berada di dalam masjid, di luar masjid, di dalam rumah tangga, di luar rumah tangga dan sebagainya. Baik kita sebagai pemimpin ataupun sebagai rakyat , baik kita sebagai pegawai atasan ataupun pekerja bawahan, kita mesti merasakan bahawa diri kita sentiasa berada dalam pemerintahan dan pengawalan Allah swt. Kesedaran yang sedemikian itulah puncak keimanan.
  2. Orang yang bertaqwa selalu memeriksa diri sendiri iaitu berusaha bersungguh sungguh untuk memperbaiki mana mana kelemahan dan mengatasi mana mana kekurangan yang ada bukan mencari kelemahan serta mencari kekurangan orang lain. Diri sendiri dahulu perlu diperbaiki dengan meningkatkan amal amal yang soleh.
  3. Bersopan santun, berbudi bahasa ketika bergaul dan berbicara denagn sesiapa sahaja tanpa mengira orang Islam atau pun tidak
Saudara kaum muslimin

Hari raya yang lepas melambangkan persaudaraan dan ukhwah maka hendaklah kita berpegang teguh kepada peraturan peraturan yang terkandung dalam hari raya tersebut maka menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam untuk membina persatuan yang kuat dan kukuh manakala orang yang mempunyai sifat yang suka mencela, suka bermusuh, suka mencari musuh dan suka mencipta musuh sesama sendiri kita tidak akan untung.

Oleh itu marilah kita berusaha dengan bersungguh sungguh untuk membina kesatuan dan perpaduan yang kukuh, persaudaraan yang erat melalui peraturan peraturan yang telah ditunjukkan oleh Allah swt, yang telah ditunjukkan oleh agama kita. Hapuskanlah rasa dendam, sangkaan buruk yang bukan bukan, iri hati, hasad dengki, suka jatuh menjatuh, laga mempelagai, suka memfitnah dan sebagainya.

Saudara kaum muslimin
Perkara perkara sampingan yang telah dijadikan sebab untuk kita saling bermusuh musuhan dan pergaduhan dalam segala urusan kehidupan di masa kini biarlah kita pendamkan dalam diri kita dan jangan sampai kita meniru perangai orang orang munafik seperti yang digambarkan oleh Al Quran yang bermaksud Mereka menyebut di mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hari mereka.

Wassalam



Khutbah Hari Raya Aidil Fitri Masjid Mukim Telaga Bata 19-8-2012: AidilFitri Memupuk Perpaduan Dan Kesatuan

Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar

Kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian
Marilah kita sama sama mengucap kesyukuran kepada Allah swt diatas rahmat dan kurniaan terhadap kita semasa hidup di dunia dengan suasana aman dan sejahtera. Kita bersyukur di atas limpah rahmat Allah swt ke atas kita membolehkan kita beribadat, berhari raya di dalam keadaan tenteram.

Kita menyambut hari raya dengan berbabagai juadah makanan dan minuman bukan hidangan peluru dan bedil seperti yang berlaku di negara umat Islam yang lain. Kita juga memanjatkan kesyukuran kita kerana dapat berhimpun di dalam masjid yakni di rumah Allah bukan medan medan, padang padang atau di jalan jalanan yang akan menimbulkan keresahan dan akan mencetus perbalahan dan pertengkaran.

Kita bersyukur kerana kita dapat menikmati suasana aman dan menghirup udara yang aman bersama umat, biarpun sejak kebelakangan ini  telah berlaku percikan bunga api persengkitaan yang sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada perpaduan dan mencalar kepada kesatuan ummah.

Kita bersyukur kerana dapat menyambut Aidil fitri dengan semangat ukhwah islamiah, kita hiasi hariraya Aidil Fitri dengan gema takbir dan kemudian kita membina perpaduan. Dengan takbir kita memulakan azan, denagn takbir kita memulakan iqamah untuk sembahyang, dengan takbir kita memulakan sembahyang, dengan takbir kita meniup akidah tauhid di jiwa anak anak yang baru lahir, dengan takbir tentera tentera Islam memulakan peperangan dengan musuh musuh Islam tetapi bukan takbir digunakan untuk membunuh sesama sesama Islam. dengan takbir kita memulakan untuk menyembelih haiwan, kita juga sentiasa mengamalkan tahmid dan tahlil.

Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar
Allah hu Akhbar, bukan sekadar ucapan atau slogan untuk di laung laungkan tetapi Allah hu Akhbar, menunjukkan dunia ini adalah kecil belaka bila berhadapan dengan Allah swt. Lantaran itulah apabila Rasulullah saw ditawarkan harta dan pangkat, kedudukan dan bermacam macam lagi untuk memberhentikan dakwah islamiah namun Baginda telah menolak semua tawaran itu biarpun matahari diletakkan di atas tapak tangan kanannya dan bulan diletak diletak diatas tapak tangan kirinya baginda tetap meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah islamiah mengikut amanah kerana baginda menyedari bahawa Allah maha besar, bukan harta atau pangkat dan bukan kedudukan. Sebab itulah Baginda beroleh kejayaan, Baginda tidak lupa daratan. Baginda tidak hilang pertimbangan kerana ingin merebut jawatan.

Allah hu Akhbar, merupakan kalimah yang merupakan kalimah yang dapat memancarkan cahaya untuk menerangi sekelian alam dan yang dapat menggerakkan hati yang malas, menghidupkan hati yang mati yang mampu memberi kekuatan dan mampu menyatu padukan ummah seluruh umat Islam daripada perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.sekiranya benar benar dihayati dan diamalkan.

Umat Islam sememangnya mempunyai kekuatan tidak boleh menggugat umat Islam kecuali dengan kekuatan keimanan. Kekuatan umat Islam ada di dalam diri umat Islam itu sendiri. Umat Islam tidak mampu digerak oleh sistem yang selain dari sistem Islam. Kekuatan umat Islam terletak kepada pengamalan ajaran Islam yang tidak dicemari. Umat Islam tidak mungkin menjadi umat yang kuat jika kehidupan mereka ditadbir melalui jalan yang lain dari ajaran Allah swt selain daripada ajaran Islam yang sejati.

Jika mangga kunci hendak dibuka maka bukalah dengan menggunakan anak kunci yang asli, anak kunci yang boleh membuka kekuatan umat Islam adalah gerakan keimanan yang digerakan dengan konsep Allah hu Akbar.

Muslimin dan muslimat
Di dalam suasana hari raya dalam keadaan seluruh umat Islam berusaha untuk mengangkat martabat umat Islam, marilah kita memperkukuhkan Ukhwah Islamiah, Ukhwah Rohaniah, Ukhwah Wasariah dan perpaduan bangsa agar negara kita, umat Islam seluruhnya tetap teguh dan semakin kuat. Sebagai bangsa melayu, umat Islam yang telah banyak memberi sumbangan kepada bangsa, negara dan Islam maka wajib bagi kita semua menjaga kesatuan, memelihara perpaduan  dan kesatuan bangsa.

Apa lagi bila ada suruhan lain secara tegas menekankan umat islam supaya menguatkan kesatuan dan mempertahankan perpaduan dan pada masa yang sama sangat mengecam terjadinya perbalahan, permusuhan dan perpecahan dikalangan masyarakat.sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt
A103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(A-li'Imraan 3:103)

Ayat ini merupakan peringatan Allah kepada seluruh umat Islam untuk memupuk perpaduan dan melarang perpecahan disebabkan perpecahan akan mengakibatkan kehancuran dan kelak bencana akan menimpa.

Firman Allah swt
A052
A053
A054
Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
(Al-Mu'minuun 23:52)
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
(Al-Mu'minuun 23:53)
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
(Al-Mu'minuun 23:54)

Ayat ayat tersebut dan banyak ayat ayat lain yang terdapat di dalam Al Quran semuanya menjuruskan kepada persoalan perpaduan, persaudaraan. Persaudaraan dan perpaduan yang terdapat di dalam kalimah ajaran agama Allah agar sesuatu nikmat yang tidak ternilai kurnian Allah terhadap umat Islam.

Hakikat nikmat perpaduan dan persaudaraan memang benar benar dapat dirasai sendiri oleh mereka yang telah mengalami perubahan daripada perpecahan kepada perpaduan kepada persaudaraan seperti yang dirasai oleh kaum Aus dan Khuzrat di Madinah, kaum Ansar dan Muhajirin. Mereka semua adalah berbangsa Arab, satu budaya, satu tanah air yang telah bermusuh musuhan secara turun menurun beratus ratus tahun di tengah tengah bangsa Yahudi yang sentiasa memainkan peranan sebagai batu api dan sentiasa mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan daripada perbalah antara kedua kaum tersebut.

Mereka tidak bertemu dengan kaedah yang betul baik dari kaedah politik, ekonomi ataupun semangat assobiah yang dapat menyatupadukan mereka. Kaedah atau rumusan yang mereka temui untuk menyadupoadukan adalah formula yang disyariatkan oleh Islam. Ajaran Islam telah dapat menamatkan dan mengakhiri sengketa dan perbalahan yang terjadi sejak sekian lama.

Bangsa Arab ketika itu cukup menyedari bahawa perpaduan tidak akan wujud dengan perkiraan untung rugi dari segi pengkiraan politik semata mata tetapi perpaduan atau persatuan boleh tumbuh dan berakar apabila hati hati mereka benar benar tulus menyerah kepada Allah swt.

Lantaran itulah Al Quran tidak menggunakan kalimah "Paal na pabai nakum" lalu menyatukan kamu, tetapi Al Quran menggunakan kalimah "Paal na pabai na Qulu bikum" lalu menyatukan di antara hati hati kamu. Dalam usaha untuk menyatupadukan ummah sangat bergantung kepada seketul hati dan mendapat keizinan daripada Allah swt dengan limpah kurniaan rahmatnya iaitu nikmat persaudaraan dan nikmat perpaduan.

Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar
Muslimin dan muslimat yang berbahagia
Persoalannya adakah pertentangan dikalangan umat Islam di tanah air kita boleh disamakan dengan pertentangan di antara kaum Aus dan Khuzrat, jawapannya adalah tidak sama.Perlu disedari bersama bahawa Malaysia bukannya Mesir, Malaysia bukannya Syiria, Malaysia bukannya Pakistan, Malaysia bukannya Iran, Malaysia adalah Malaysia. Secara realitinya mempunyai ciri ciri yang tersendiri.

Pertentangan yang berlaku di Malaysia tidak setajam atau sedalam seperti perbalahan yang berlaku di Timur Tengah ataupun di tempat tempat yang lain. Keadaan di tanah air kita agak berbeza, Pertentangan yang berlaku di sini masih boleh dirawati, masih terdapat banyak titik pertemuan, persamaan  dan pertautan. Pada keseluruhannya umat Islam yang telah menerima Islam sebagai agama dan pegangan mempunyai sentimen Islam yang kuat.

Sudut pandangan bangsa melayu pada asasnya adalah menurut pandangan Islam sehingga tidak keterlaluan kalau dikatakan bangsa melayu sukar dipisahkan daripada Islam. Islam adalah tinggi dan sentiasa lebih tinggi mengatasinya. 

Untuk mendapatkan Islam ditempat yang tinggi, marilah kita menjadi umat yang mampu berhadapan dengan perlindungan dari segala perbezaan pendapat dan pandangan. Marilah kita teruskan perbezaan pendapat dan pandangan secara bijaksana agar perbezaan di kalangan umat Islam itu adalah menjadi satu rahmat bukan menjadi satu musibah atau mala petaka.

Sekian lama umat Islam telah mendapat rasa pahit dan pedihnya akibat perpecahan sesama sendiri. Sekian banyak paparan sejarah yang menunjukkan gara gara perpecahan umat Islam yang ditimpa musibah dan bencana, dihina, dikeji, dipinggir malah dihalau dari negaranya sendiri.

Namun demikian mengapakah umat Islam menyokong perpecahan antara Islam? Apakah tragedi tergedi yang telah berlaku di dalam sejarah umat Islam yang begitu pedih dan pahit akan berlaku lagi di kalangan umat Islam? Apakah yang sedang berlaku di negara negara umat Islam belum boleh menjadi pengajaran kepada kita?

Belum cukupkah lagi dengan amaran Allah swt yang bermaksud  "Janganlah kamu berselisih selisihan, berbantah bantahan, bertikam tikaman  yang menyebabkan kamu gagal dan hilang kekuatan kamu"

Muslimin dan muslimat
Kita sedang berhadapan dengan kemajuan dan kecangihan teknologi yang samada kita suka atau tidak, kita tidak boleh menafikan bahawa betapa pentingnya  peranan kemajuan dan teknologi sebagai alat untuk membangunkan umat Islam dan negara. Kita memang perlu segala kemudahan yang disediakan itu namun umat Islam perlu berhati hati menggunakan kemudahan media massa dan internet.

Sebenarnya kalau kita tidak berhati hati kita akan lemas dalam arus perkembangan teknologi maklumat yang canggih itu. Penggunaan kemudahan media massa dan internet perlulah mendapat kawalan, seliaan dan tapisan yang ketat oleh ibu bapa dan pihak berkuasa agar anak anak muda kita tidak terjebak dengan budaya budaya negatif yang terdapat di dalamnya.

Budaya penggunaan jaringan tanpa sempadan menerusi internet juga telah membuka ruang seluas luasnya untuk menghasilkan program program yang berbentuk lucah yang boleh meruntuhkan lagi akhlak akhlak generasi muda kita. Internet juga telah dijadikan saluran untuk menabur fitnah jahat terhadap seseorang ataupun golongan dengan menyebarkan berita berita palsu yang sama sekali tidak benar.

Sesungguhnya sesuatu umat itu akan tegak berdiri selama mana tertegaknya akhlak dan budi pekerti dan jika rusak akhlak dan budi pekerti maka runtuhlah umat dan bangsa.

Gejala keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa yang menimbulkan berbagai perpecahan perlu ditangani dengan kadar segera. Semua pihak tidak terlepas tangan  sebaliknya bertanggungjawab memberi tumpuan yang khusus bagi mengatasi permasalahan ini supaya dapat dikurangkan seminimum yang boleh.

Institusi keluarga perlu dijaga dan disuburkan kerana ianya adalah salah satu faktor yang dapat menghalang gejala keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi.

Firman Allah swt yang bermaksud "Dan apabila sampai masanya Kami hendak membinasakan penduduk di sesebuah negeri, kami perintahkan terlebih dahulu orang orang yang terlampau dengan kemewahan di kalangan mereka supaya taat, namun mereka menderhaka dan melakukan maksiat yang keji. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan lalu Kami musnahkan dan menghancurkannya sehancur hancurnya"

Wallahhualam

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week