Kuliah Maghrib 30 April 2012

Sifat harus dalam memilih sahabat
menurut Sulaiman Al Dharani.
1. Sahabat yang mengambil berat dalam urusan dunia
2. Sahabat yang dapat memberi faedah dan munafaat dalam urusan akhirat.

Lukman menasihati anaknya
- dampingi para ulamak
- duduk sekali dengan mereka
- ikuti akhlak, iman dan sifat sabar mereka supaya hati menjadi hidup dan diresapi dengan hikmat.

Cara cara untuk mendapatkan hidayat
1. Tambahkan Ilmu pengetahuan
2. Tingkatkan keimanan
3. Sentiasa bersama dan bertanya dengan orang yang pandai agama seperti para ulamak.
4. istiqamah
5. Munajat kepada Allah swt

Hak persaudaraan dan persahabatan
Sahabat di dunia hingga ke akhirat.
1. Harta
- boleh miliki harta sahabat yang tiada waris
2. Beri bantuan dengan jiwa dan raga
3. Pelihara lidah dan jaga hati
4. Pelihara ucapan
5. Pengampunan
6. Mendoakan
7. Menepati janji dan ikhlas diri
8. beri kemudahan

Huraian
1. Harta
- hadis nabi perumpamaan dua orang yang beraaudara itu adalah seperti dua belah tangan yang saling membersihkan antara satu sama lain. Mereka juga saling bantu membantu antara sama lain.
- tidak sempurna persaudaraannya melainkan mereka bersatu dalam satu tujuan.
- persaudaraan dalam keadaan senang dan susah, saling tolong menolong, jauhkan kepentingan diri atau lebihkan antara satu dengan lain.
- dalam hal kewangan ada 3 peringkat persaudaraan.
i) mengangap sahabat sebagai orang bawahan kita. Hanya memberi lebihan sebahagian dari harta yang kita perlukan kepadanya. Walaubagaimanapun jangan tunggu sampai dia meminta dari anda kerana ini adalah sikap cuai dalam persaudaraan.

ii) menganggap saudaramu seperti diri sendiri. Redha berkongsi segala harta kekayaan dan ilmu hingga sanggup bahagi dua harta yang dimiliki.

iii) Tingkatan paling tinggi dalam persaudaraan adalah mendahulukan keperluan hajat saudaranya dahulu dari keperluannya sendiri. Sifat ini hanya ada pada orang yang rapat kepada Allah swt.

Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

Kek Sumbangan Dari Usains


Alhamdulillah pada petang 30 April 2012, kakitangan perempuan Jabatan Radiologi telah mendapat hadiah kek coklat dari kakitangan Usains. 

Wassalam

Bersih 3.0: Kezaliman Polis Malaysia?








Inikah yang kita mahu pasukan keselamatan kita lakukan?
Kenapakah selalu dikatakan pendekatan pendekatan pasukan polis kita sebagai ganas dan sentiasa memulakan provokasi?
Kalau betul polis Malaysia yang ganas, apa kurangnya dengan pendekatan dari polis dari negara negara  yang dipuja oleh sesetengah dari mereka?
Apakah pasukan polis kita bukan manusia?
Adakah pegawai polis yang bertugas bukan dari kalangan keluarga kita atau dari kalangan sahabat sahabat kita?
Salahkah mereka apabila mereka menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan rakyat jelata dan juga harta benda rakyat?
Kenapa kita lebih suka memilih jalan kekerasan dari bermusyawarah sesama kita?
Adakah agama Islam itu memang menyukai dan menyuruh penganutnya bersikap ganas?

Semua jawapannya ada pada bersih 3.0. 
Fikir fikirkanlah

Wassalam

Makmal Pembelajaran Dan Penyelidikan Komputer

Makmal Pembelajaran Dan Penyelidikan Komputer Jabatan Radiologi HUSM akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' VC pada 7 Mei 2012.

Segala persiapan untuk upacara perasmian tersebut sedang giat diadakan.

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 27 April 2012: Iman dan Taqwa


Saudara kaum muslimin, sidang Jumaat yang dihormati dan di kasihi sekelian,
Bersama samalah kita bertaqwa kepada Allah swt, kerana taqwa itu adalah tunjang agama yang sekaligus menjadi asas kebudayaan. Sesuatu kebudayaan itu dikira baik dan makruf ialah apabila ianya diasaskan kepada taqwa dan kerana di sana letaknya nilai agama dan syariat yang luhur yang menentukan laluan halatuju ke mana budaya manusia itu akan dituju dan disembunyikan. Tanpa taqwa dan iman maka kebudayaan akan lahir berdasarkan budaya nafsu manusia yang tidak bersopan.

Saudara kaum muslimin
Kita semua menyedari bahawa umat Islam tidak seharusnya semata mata berbangga kerana ianya telah Islam, atau dipanggil seorang muslim kerana berbangga dengan kenal Islam sahaja dalam keadaan buta hati dan buta mata daripada melakukan amalan yang dibenarkan kepada Allah swt adalah tidak akan memberikan apa apa makna, atau nilai di sisi Allah swt. Bahkan ianya tidak lebih daripada fitnah kepada diri sendiri dan kepada masyarakat.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak juga kepada tubuh badan kamu, tetapi Allah melihat kepada kandungan hati kamu.

Saudara kaum muslimin
Rupa paras yang cantik, tubuh badan yang tampan dan kacak, tidak boleh dibentuk dan dilakukan dengan kepura puraan, tetapi hati yang diresapi oleh iman  akan menentukan kedudukan muslim yang sebenar. Inilah sebabnya hari yang buta dari iman itu tidak akan menentukan hala laluan untuk seseorang berjalan ke jalan yang benar.

Oleh itu seseorang yang bersyukur dengan keislamannya serta hati yang padat dengan pengajaran Ilahi seharusnya mempunyai tiga sifat yang penting:

  1. Ia hendaklah berani menyuruh dan memimpin manusia kepada yang benar dan makruf yang dikehendaki oleh Allah swt tanpa terlebih dahulu menghitungkan kepentingan dirinya, kerana diperingkat itulah tugas hidup yang sebenarnya. Hidup tanpa tugas tugas inilah samalah dengan hidup makhluk haiwan yang semata mata untuk makan dan minum.
  2. Hendaklah ia berani melarang yang mungkar serta berusaha untuk mencegahnya kerana inilah tanda keberkesanan imam yang ada pada diri seseorang. Sekiranya ia tidak mahu melarang atau mencegah, apatah lagi jika dia turut pula sama sama melakukan yang mungkar itu, ataupun dia memberikan sokongan dan membantu orang yang mengerjakan mungkar itu. Maka tentulah kemungkaran itu akan menghapuskan iman, lebih buruk lagi keadaannya apabila orang orang yang turut memberikan sokongan atau bantuan itu terdiri dari orang orang yang arif yang dianggap berpengetahuan tinggi dalam Islam.
  3. Hendaklah seseorang muslim itu menumpahkan taat setianya dan kesyukurannya hanya semata mata kepada Allah swt. Memang di dalam Islam tidak ada syukur lain kepada Allah swt. Di sinilah letaknya permulaan, kebiasaan jiwa seseorang itu dari belenggu kongkongan telunjuk hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan serta kuncu kuncunya.
Firman Allah swt yang bermaksud Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia dan hendaklah kamu menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang dari melakukan perkara yang salah, buruk dan keji. Serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar benar iman dan jika ahli kitab yakni yahudi dan nasrani itu beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka, tetapi diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan dari mereka orang orang yang fasik.

Wallahualam

Tough Week For Dexagrapher

Minggu ini adalah minggu yang amat sukar untuk juru x ray yang terlibat dengan penyediaan spek untuk peralatan dexa.

Mereka terpaksa menggunakan masa selama dua hingga tiga jan selepas waktu pejabat untuk aktiviti ini.

Antara wajah wajah juru x ray yang terpaksa bekerja lebih masa bagi menyiapkan spek dexa

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 20-4-12:

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi sekelian
Marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya semoga kita semua mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa hidup bermasyarakat sudah menjadi satu fitrah semulajadi dan keperluan bagi manusia. Ia tidak akan merasa puas sekiranya hidup berasingan dari masyarakat. Oleh itu timbullah keinginan naluri untuk bergaul bagi mencapai kepuasan, kegemilangan serta kegembiraan dalam kehidupan.

Saudara kaum muslimin
Pergaulan yang sihat itu adalah percampuran manusia dan perhubungan mesra di antara ahli sesuatu masyarakat dalam kehidupan mereka mengikut lunas lunas dan hukum hukum agama yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Sistem pergaulan dan kemasyarakatan dalam Islam terbahagi kepada 3 bahagian:

  1. Taaruf, yakni berkenalan
  2. Taffarun, yakni bersefahaman dan yang ke
  3. Takafur yakni berseimbangan.
Saudara kaum muslimin
Dengan asas asas di atas sahajalah segala unsur unsur dan anasir anasir negatif yang tidak sihat dapat dihindarkan daripada berakar umbi dalam masyarakat Islam dan juga masyarakat Islam akan menjadi kuat dan mempunyai maruah yang disegani dan akan dihormati oleh semua pihak

Firman Allah swt dalam surah Al Imran yang bermaksud Dan janganlah kamu merasa lemah dalam perjuangan mempertahankan Islam dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang akan menimpa kamu padahal kamu adalah orang orang yang terpuji mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan, jika kamu orang yang sungguh sungguh beriman.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Yang dimaksudkan dengan Taaruf atau pun berkenalan, disisi Allah ialah berkenalan serta berkasih sayang, belas kasihan, simpati dengan dorongan cinta kepada Allah swt. Bagi menghayati perkenalan Taaruf ini maka Islam menganjurkan beberapa ciri sebagai pedoman iaitu memberi salam semasa bertemu dan berpisah, menjalin ikatan silaturrahim, tolong menolong dan bantu membantu, serta menjadikan Al Quran dan Al Hadis dan pengajarannya sebagai perkara perkara yang wajib diutamakan daripada perkara perkara yang lain.

Firman Allah swt yang bermaksud Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya bamu berkenal kenalan dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain, sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah amat mengatahui lagi amat mendalam pengatahuannya akan keadaan dan amalan kamu

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Perbandingan orang mukmin dalam ertikata kasih sayang dan belas kasihan mereka dan dalam simpati mereka adalah seperti badan dan tubuh yang satu, maka turut tidak tidak tidur malam dan menerima sakit sekiranya salah satu dari anggota tubuh badannya sakit.

Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita menghayati sebagaimana firman Allah swt dan juga hadis Rasulullah saw, semoga hidup kita di dunia ini akan mendapat kebahagian, jaminan dan keselamatan, mendapat keagongan daripada pihak pihak lain dan mendapat keredhaan daripada Allah swt semasa hidup kita di dunia ini dan hidup kita di akhirat kelak

Wassalam 

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 13-4-12: Al Quran Sebagai Petunjuk

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada tuan tuan sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,
Didalam ayat yang dibacakan tadi, Allah swt telah menjelaskan kepada kita bahawa Al Quran sahajalah yang benar benar dapat memberi petunjuk dan memandu umat manusia ke arah jalan yang lebih lurus dan memberi jaminan sepenuhnya kepada orang orang mukmin yang beramal soleh dengan pembalasan pahala yang besar.

Al Quran nul karim merupakan perlembagaan Ilahi yang diturunkan melalui nabi besar kita Mulammad saw dengan tujuan untuk dijadikan pedoman dan panduan kepada kehidupan umat manusia di dalam mencari kebahagian hidup di dunia ini dan juga di akhirat nanti.

Dalam ertikata yang lain bahawa Al Quran nil karim diturunkan oleh Allah swt adalah untuk mengawal aktiviti dan gerak laku manusia yang mencakupi seluruh bidang kegiatan hidup, supaya benar benar dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka.

Sekiranya manusia itu sendiri telah mengabaikan dan menyeleweng daripada ajaran Al Quran serta angkuh dan ego untuk patuh dan taat kepadanya maka sudah tentu dapat dikatakan bahawa mereka itu menempahkan kemusnahan dalam kehidupan mereka sendiri.

Saudara kaum muslimin
Kitab suci Al Quran nil karim diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw merupakan satu mukjizat kepada baginda dan juga sebagai tanda kasih sayang Allah swt kepada seluruh umat manusia agar menjadi pedoman dan mengendalikan kehidupan hari hari, samada hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan sesama manusia.

Dalam masa 23 tahun ayat ayat Al Quran ini diturunkan kepada Nabi, tidak hanya mengandungi hukum hukum ibadah dalam bentuk yang khusus sahaja, malah juga mengandungi hukum hukum bermasyarakatan dan bernegara, oleh itu didalam kitab suci Al Quran banyak kita dapati ayat ayat yang menyebut tentang dasar dasar pembentukan perpaduan masyarakat, persoalan mengenai tata kenegaraan dan perinsipnya, masalah polotik, masalah kekeluargaan dan ini adalah sebagai bukti yang menunjukkan bahawa kitab Allah yakni kitab suuci yang sempurna.

Cuma yang menjadi persoalan besar kepada kita, sejauh manakah umat Islam pada hari ini telah dapat menghayati isi kandungan Al Quran dan menjadikan perinsip perinsipnya sebagai panduan hidup mereka, kerana al Quran itu sendiri tidak cukup hanya sekadar kita membaca ayat ayatnya sahaja tetapi apa yang paling penting ialah menghayati dan melaksanakan peraturan peraturan yang wujud di dalamnya oleh setiap individu muslim.

Saudara kaum muslimin
Di dalam Al Quran Allah swt telah mengarahkan setiap umat Islam supaya kembali dan merujuk kepada Al Quran dan Al Hadis apabila mereka berhadapan dengan berbagai bagai masalah dan kekeliruan yang tidak dapat diselesaikan, kerana tatacara dan panduan Al Quran dan Al Hadis sahajalah satu satunya yang dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh umat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud Kitab suci Al Quran diturunkan khusus oleh Allah swt dengan tujuan untuk membimbing dan mengatur kehidupan manusia.

Oleh itu sesiapa sahaja yang engkar dan angkuh untuk patuh dan taat kepada pengajarannya, mereka akan menerima pembelasan yang berat daripada Allah swt, mereka ahan diberi kehidupan yang sempit dan tidak akan dapat menikmati akan ketenangan jiwa semasa mereka hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sekalipun mereka mempunyai kehidupan yang tinggi atau memiliki harta kekayaan yang banyak, kemudian pada hari kiamat nanti mereka akan dikumpul dalam keadaan buta.

Firman Allah swt yang bermaksud  Barangsiapa yang engkar dan menyelewang daripada mengingati Aku, maka sesungguhnya bagi mereka itu kehidupan yang sempit semasa mereka hidup di dunia hari ini. Dan di Akhirat nanti KAmi akan kumpulkan mereka dengan berbuta mata.


Wassalam

First Angiography Case At AMIEN Centre

Pada 18 April 2012 jam 2:30 petang, kes pertama angiografi dengan peralatan DSA yang baru telah berjaya dijalankan.

Kuliah maghrib: 18 April 2012

Mukadimah
Semoga Allah memberi Keberkatan ke atas niat kita untuk memakmurkan rumah Allah dan semoga pengakhiran hidup kita adalah dalam keadaan yang baik atau dalam keadaan mengingati Allah.

Paling kurang kita kena khatam al Quran 40 hari sekali. Sekiranya kita tidak mampu juga paling tidak kita kena tumpukan membaca surah surah yg ditekankan oleh Rasulullah saw. Contohnya surah As Sajadah.

Ketika di khalayak ramai iaitu ketika solat berjemaah, khususnya solat Subuh pada hari Jumaat, Nabi saw membacanya. Amalan Nabi saw ketika sendirian adalah membacanya pada tiap tiap hari.

Pada ayat ke 15 dalam surah As Sajadah bermaksud Sesungguhnya orang yang beriman dengan ayat ayat Quran ialah apabila mereka diberi peringatan dengan dibaca ayat ayat al Quran, mereka akan merendahkan diri. dan mereka mensucikan diri kerana Allah swt.

Kita disunatkan untuk sujud sejadah apabila selesai membaca ayat ke 15 ini.

Dalam solat Iman disunatkan untuk buat sujud Sejadah, manakala makmum wajib melakukannya kerana mengikut imam.

Ia disunatkan kerana nak menunjukkan yang kita merendahkan diri kepada Allah swt.

Ayat ke 4 pula menjelaskan hakikat manusia ini adalah amat lemah.

Antara hadis hadis Nabi saw yang berkaitan dengan Surah As Sajadah.

Abi hurairah ra berkata adalah Nabi saw selalu membaca pada subuh pagi Jumaat surah as sajadah dan surah al insan.

Jabir ra berkata adalah Nabi saw tak akan tidur sehingga lah baginda membaca surah as sajadah dan surah tabarakallazi.

Firman Allah swt Hikmat diturunkan al Quran adalah dengan matlamat utama supaya kamu memberi peringatan kepada umat manusia.

Khalid ra berkata Bacalah "yang menyelamatkan" iaitu surah as sajadah. Sesungguhnya telah diceritakan oleh Nabi saw bahawa seorang lelaki dari umat Nabi saw suka membaca surah as sajadah. Di akhirat kelak surah as sajadah akan menghamparkan sayapnya kepadanya lalu ia akan berdoa kepada Allah, wahai Tuhanku ampuni segala dosa dosa nya kerana dia selalu membaca aku. Lantas Allah swt terus memberi syafaat kepadanya. Allah jadikan segala dosa yg dibuatnya di tukar kepada satu kebaikan. Begitu kesalahan yg dibuat nya di beri satu darjah.

Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan


Second Day Training Biplane Angiography

Hari kedua latihan kepada pelajaran yang lebih advance.

Pada pemerhatian saya juru x ray angiografi jabatan radiologi mudah menerima segala apa yang diajar dan telah mendapat pelajaran yang amat berguna.

Kuliah Maghrib 16 April 2012

Kehidupan dunia kena cari:
1. Rahmat Allah swt
2. Keberkatan dari Allah swt
3. Keredhaan Allah swt

Sifat sifat yang harus dalam memilih sahabat.

Kata saiyyidina Ali ra "sesungguhnya saudaramu yang sebenar ialah:
1. Orang yang sentiasa disamping mu, susah senang bersama.

2. Sentiasa mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. .

3. Ia sanggup membahayakan dirinya untuk menjaga keselamatan mu.

4. Orang yang sentiasa memperuntukkan masa bekerja untuk membantu keperluan mu.

5. Sanggup mengorbankan segala gala untuk kepentingan diri mu."

Oleh itu semasa hidup ini kita hendaklah sentiasa fokus kepada akhirat dan tidak hanya kepada dunia.

Kata Seorang cendikiawan Islam
"Jangan sekali engkau bersahabat kecuali salah seorang dari dua yang berikut:
1. Orang yang sentiasa merasa senang dalam segala urusan dunianya.
2. Orang yang dapat menambah faedah dan munafaat dalam hal ehwal di akhirat kelak.

Sebaik baik manusia ialah orang yang dapat memberi munafaat kepada orang lain.

Mengelakkan diri dari bersahabat dengan antara dua orang ini akan menyebabkan kerugian yang besar di dunia dan di akhirat.

Adapun berkawan dengan orang yang mementingkan keduniaan semata mata adalah semacam meminum racun yang membinasakan kerana tabuat manusia itu adalah sentiasa mudah terpengaruh dengan sikap kawannya. Ia juga akan menarik hati kepada sifat tamak dan sayangkan dunia.

Berkawan dengan orang yang banyak memikirkan akhirat dan tidak meninggalkan urusan dunianya dengan mementingkan hal hal keakhiratan akan menarik hati untuk cintakan kebaikannya.

Di makruh kan persahabatan dengan pencinta dunia atau penagih dunia

Anjurkan persahabatan dengan para ulamak dan orang yang berilmu ugama serta para bijaksana dan cendikiawan.
Semoga kita akan mendapat ilmu yg baik daripada mereka.

Lukman beri nasihat kpd puteranya
Wahai anakku Jgn syirik kan Allah,
Dampingi lah para ulamak dan hubungi lah kedua lutut mu dengan mereka. Kelebihannya boleh beri syafaat kepada kita. Kerana hati itu akan hidup apabila diresapi dengan hikmat sebagaimana bumi yg mati itu akan hidup semula apabila diresapi dengan air hujan.

Wallahualam
* Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.



First Day Training Biplane Angiography

Hari pertama training untuk angiografi biplane telah di jalankan. Latihan pada hari pertama di mulakan untuk mempelajari dan mengenali basik button pada peralatan aangiografi.

Update Status Pembinaan Masjid Al Qasimi Pada 13-4-2012

Pembinaan Masjid Al Qasimi di jangka siap pada penghujung tahun ini. Peratus siap setakat ini dianggarkan adalah sebanyak 45 %.

Jumlah sumbangan yang kita terima setakat ini ialah RM512 200 dan perbelanjaan yang dikeluarkan setakat ini ialah RM436 588 atau 85% dari derma yang diterima daripada orang ramai.

Perbelanjaan secara terperinci setakat ini sebagaimana berikut:

  • Pembayaran kepada kontraktor yang dilantik RM238 017.00
  • Harga bahan pembinaan yang telah di beli  RM219 155.00
  • Pembayaran kepada konsultan yang dilantik RM23 000.00
Keperluan perbelanjaan yang dianggarkan untuk menyiapkan masjid yang dibina 2 tingkat dengan kapasiti jemaah sebanyak 800 hingga 900 ialah sebanyak RM500 000.00.

Sumbangan derma dari tuan puan adalah amat diperlukan, begitu juga dengan keperluan bahan bahan binaan


High Risk Job

Menebang pokok kelapa di kawasan yang padat dengan rumah dan kenderaan memerlukan kepakaran dan perancangan yang teliti.

Ia bertujuan untuk mengelakkan kemalangan samada pada nyawa dan harta benda.

Langkah pertama dibuat ialah dengan mencantas semua pelepah kelapa.

Langkah kedua dibuat ialah memotong bahagian atas pokok kelapa. Tali digunakan untuk menarik bahagian tersebut ke kawasan yang lapang.

Langkah ketiga memotong bahagian tengah dan seterusnya bahagian pangkal.

Biasanya kerja kerja ini dikenakan upah sebanyak RM200.

Aceh: Gempa Bumi, Tsunami Mungkin Melanda

Aceh: Orang ramai berpusu pusu melarikan diri ke tempat tinggi


 Thailand: Berlindung di tempat tinggi

 Air laut di pantai Port Dickson semakin surut

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengesahkan gempa bumi kuat di utara Aceh petang tadi telah mencetuskan tsunami dan gelombang tsunami sudah mula bergerak ke arah pantai Aceh tetapi impaknya masih belum jelas.

Sehubungan itu, agensi tersebut telah menasihatkan pihak berkuasa negara-negara di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku pada Disember 2004, telah meragut 170,000 nyawa di Aceh.

Seorang pegawai dipetik Reuters berkata, dua jam selepas gempa bumi pada ukuran 8.7 melanda barat laut Aceh, tsunami 17 sentimeter (6.7 inci) sudah mula dikesan dan sedang menuju ke arah pantai Aceh. Ukuran awal yang dimaklumkan kepada media adalah 8.9.


Ulasan selanjutnya di tsunami
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week