Tun Dr Mahathir Pun Tak Kenal Siapa Itu Radiographer


1. When X-Ray was first discovered it was used extensively in medicine. X-Rays were taken of the human body to detect diseases. Medical assistants and doctors operate X-Ray machines quite oblivious to the dangers from radiation.
2. After many years it was found that X-Rays cause certain diseases and affect fertility. Now when an X-Ray is taken, the radiologists stay outside the X-Ray room.
3. But we still use the X-Ray on patients because the effect of radiation is only felt when exposure is continuous or very frequent as with the staff in the X-Ray room. I was X-rayed many times during treatment for my heart and lungs.
Baca selanjutnya di sini 

Wallahhualam

Penemuan Kota Kaum A'ad Buktikan Mukjizat AlQuran





Satu ketika dahulu, ramai ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Bergitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ulasan selanjutnya sila klik di sini

Wallahhualam

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Dam Aji

Tempat: Halaman rumah saya di Kampung Telaga Bata
Tarikh: 29 Okt 2011

  1. Seramai 20 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang julung kalinya di adakan di Kampung telaga Bata.
  2. Pertandingan bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4 petang
  3. Datuk Dali bin Hussain telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
  4. Jamuan laksa disediakan kepada peserta dan penonton yang hadir.
  5. Saya sampai lewat, jadi tak sempat ambil gambar semasa pertandingan tersebut.
 Pekena sebatang narran dulu


 Abe Dik duk makan laksa

 Tak cukup kerusi, mencangkung pun boleh




 Datuk Dali sedang berucap

Dulu naik basikal sekali bila ke sekolah

 Antara jemputan yang hadir





 Duk berkawan dengan Nik Fauriza sejak dari darjah satu lagi


 Pemenang tempat ke enam
 Tempat ke 5
 Pemenang tempat ke 4, kapten bersara


 Tempat ke 3
 Tempat ke 2

 Dan Juara pertandingan Dam Aji 2011
 Jatuh kepada saudara Rosli Misai Tebal

 Dua kawan masa sekolah dulu

 Mana maggi special 3 bungkus ni....?

 Post morten selepas pertandingan. Macam mana aku terkeluar awal tadi?


Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 28-10-11:Kehidupan Yang Sementara


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi dan di hormati sekelian
Marilah kita sama sama berusaha untuk mempertingkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya. Allah swt berfirman yang bermaksud Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini adalah permainan, sandiwara, senda gurau, perhiasan, bermegah megah antara sesama kamu, berlumba memiliki kekayaan dan anak anak; perumpamaannya adalah seperti hujan   yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati pada kesuburan tanamannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan menjadi kuning warnanya lalu menjadi hancur dan di hari akhirat siksa yang amat keras bagi orang yang bersalah. Keampunan dan keredhaan dari Allah swt bagi mereka yang mengerjakan kebaikan dan melihat dunia ini sebagai kesenangan tipuan semata mata.

Saudara kaum muslimin
Allah swt telah menjelaskan kepada kita melalui ayat ini bahawa bandingan kehidupan di dunia ini adalah sangat rendah dengan kehidupan di akhirat, bukan bermakna kehidupan dunia yang kita lalui ini perlu disia siakan tetapi hendaklah dimanafaatkan dan tidak pula dilalaikan oleh segala kemewahan dunia yang ada ini.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi dan di hormati sekelian
Sebagaimana yang diterangkan oleh Allah swt bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah satu permainan dan sifatnya adalah sementara, maka sesuatu yang wujud di atas dunia ini tidak akan kekal. Apa sahaja yang kita miliki satu hari nanti akan rosak binasa. Sekalipun apa yang kita miliki itu satu perkara yang paling kita cintai dan sayangi, namun sifat dunia yang sementara ini tidak akan mengekalkan segala isi dan penduduk penduduknya. Tetapi yang menyedihkan kita apabila ada di kalangan kita yang sanggup meninggalkan Tuhan kita yakni Allah swt dengan mengerjakan segala larangannya demi untuk mengejar kehudupan dunia yang fana ini. Ada juga orang yang melakukan pekerjaan yang haram demi untuk memiliki segala kemewahan dunia semata mata. Dan yang lebih menyedihkan lagi apabila ada di kalangan umat islam yang sanggup bermusuh musuh, sanggup berbunuh bunuh sesama sendiri kerana kepentingan dunia. Kalaulah sampai ketahap ini maka terlalu hinanya kehidupan kita dan akhirnya tidak ada lagi kehidupan yang aman, damai dan ketenangan akibat manusia yang hilang panduan dan petunjuk Allah swt.

Marilah kita sama sama merenung dan menghayati firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah wahai Muhammad jika bapa bapa kamu, anak anak kamu, saudara saudara kamu, isteri isteri kamu atau suami kamu dan kaum keluarga kamu segala harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan ruginya dan rumah kediaman yang kamu sukai, jika semuanya itu menjadi perkara perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah swt dan daripada berjihat untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah swt mendatangkan keputusaannya iaitu azab siksaan kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang orang yang fasik.








Wallahhualam

Taskirah Sempena 1 -10 Zulhijjah

Jabatan Radiologi; 27 - 10 - 2011
Penceramah Ustaz Adli

Intisari ceramah

  1. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Sesiapa yang mengerjakan amal amal soleh pada hari hari ( 1 -10 Zulhijjah) ini akan mendapat keutamaan dan ganjaran yang lebih dari hari hari yang lain pada sepanjang tahun. 
  2. Istiqamah dari segi amalan bermula dari sebulan bulan Ramadhan dan seterusnya 10 hari di bulan Zulhijjah
  3. Amalan perlu berterusan
  4. Amalan Afdhal adalah Puasa pada 8 dan 9 Zulhijjah
  5. Amal soleh yang disukai Allah dari hari hari lain adalah 10 hari pertama di bulan Zulhijjah dan ianya adalah lebih baik dari jihad di jalan Allah
  6. Sentiasa memperbanyakkan zikir kepada Allah dengan mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhu akbar, Laila haillallah setiap masa lapang untuk menyucikan hati kita.
  7. Perbanyakkan amalan membaca Al Quran setiap masa.
  8. Bangun pada satu pertiga malam untuk beribadat dan meminta segala keperluan dunia dan akhirat kepada Allah, Isyaallah Allah akan memakbulkan segala doa doa kita.
  9. Sentiasa bersyukur dengan rezeki, nikmat dan kurniaan dari Allah swt
  10. Perbanyakkan muhasabah pada diri kita sebelum tidur.



Wallahhualam.

Wayang Kulit



Pengenalan 
Jenis wayang kulit ini dahulunya  dikenali sebagai Wayang Kulit Siam  kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isi Cerita 
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.

Patung-Patung

Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain.

Alat Muzik
Alat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji  mong dan canang.

Bahasa
Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.


PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT 
Dalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung wayang kulit yang ingin dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai kreativiti dan kepintaran dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiap watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin dipersembahkan. Antara proses untuk membuat patung wayang kulit ialah :

1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.
Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga bersih.


2)   Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.


3) Buluh, tali dan pewarna
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung
tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja
mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan kesabaran yang jitu.

Watak watak utama Wayang Kulit Kelantan adalah:

  • Pak Dogol, Wak Long, Wak Yoh, Said dan Samad adalah sebagai pengasuh kepada raja
  • Maharaja Serama (Seri Rama), Sita Dewi, Raja Muda Laksamana
  • Raden Lakjuna
  • Hanuman Kera Putih, Hanuman Tenggara, Hanuman Ikan, Hanuman Sepoi Angin
  • Orang Tua Sagawiro, Tok Mah Siko, Mah Babu Syanan
  • Bentara Guru, Dewa Sialan Tunggal @ Dewa Sayang Tinggal @ Pak Dogol
  • Annila, Angada
Wassalam

SYIAH LAKNATULLAH : BUKTI PERKARA-PERKARA ANEH TAPI BENAR YANG TERDAPAT DI DALAM AGAMA SYIAH

Ini bukan perkara yang direka-reka untuk memburuk-burukkan Syiah Rafidhah yang dah TELAH BURUK....Ini cerita betul....Berikut merupakan antara perkara dan cerita aneh dan pelik dari Agama Syiah  :

  1. Batasan aurat 
  2. Kotoran para imam menyebabkan masuk syurga.
  3. Kentut dari imam bagaikan bau misik. 
  4. Khomeini memperbolehkan menyodomi isteri-isteri 
  5. Meminjamkan isteri 
  6. Diperbolehkan menyetubuhi bayi. 
  7. Diperbolehkan melihat sesuatu yang diharamkan melalui kaca / gelas
  8. Muhammad Husein Fadhlullah memperbolehkan melihat wanita-wanita yang sedang telanjang. 
  9. Allah mengunjungi kuburan Husein 
  10. Barang siapa haji maka telah dikunjungi Allah 
  11. Meminta pertolongan dari para Nabi dan Malaikat dalam solat 
  12. Berlindung pada makhluk dan berbuat dengan nama makhluk 
  13. Imamah menurut Syiah Rafidhah 
  14. Kepercayaan memakan debu dan kerikil kuburan Husain 
  15. Khasiat debu seperti madu 
  16. Seperti orang Nasrani 
  17. Hamil dan melahirkan secara luar biasa 
  18. Kepercayaan tentang sebuah penebusan 
  19. Musa Al Kazim mencegah kemarahan Allah 
  20. Para imam adalah Asma’ul Husna 
  21. Fatimah adalah Tuhan yang berbentuk seorang wanita 
  22. Mereka adalah penyebab terciptanya langit dan bumi 
  23. Taat kepada Ali lebih penting dari pada taat kepada Allah 
  24. Tak ada yang mengumpulkan Al Quran kecuali para imam 
  25. Para imam itu lebih utama dari para Nabi Allah. Darjat mereka lebih tinggi daripada para  Malaikat, Nabi, dan Rasul 
  26. Allah telah mengusapkan tangan kanannya pada keluarga Ali dan memberikan cahayanya pada mereka 
  27. Minta pertolongan, perlindungan, basmallah, selain Allah tidak dilarang 
  28. Mereka di ajarkan hal-hal yang ghaib dari Allah 
  29. Para sahabat merubah Al Qur’an dan melakukan konspirasi 
  30. Penghuni Bungker yang dimuliakan Allah 
  31. Penafsiran yang menyesatkan
  32.  Ali terbang di atas mega awan 
  33. Halilintar dan kilat dibawah kehendak dan aturan Ali 
  34. Mentalkin Mayat menggunakan nama-nama para imam 
  35. Yang menyebabkan timbulnya penyakit kusta 
  36. Kekenyangan menyebabkan kusta 
  37. Mandi menggunakan gayung tembikar dari mesir akan menyebabkan kamu menjadi kehilangan sifat cemburu. 
  38. Membiasakan berada di kamar mandi menyebabkan TBC 
  39. Bersikatan di pemandian akan menyebabkan sakit gigi 
  40. Makan wortel dapat menghangatkan ginjal dan menegangkan zakar 
  41. Minum air di malam hari menyebabkan merahnya air kencing 
  42. Melihat kelamin wanita menyebabkan kebutaan 
  43. Ramadhan salah satu nama Allah 
  44. Aduh termasuk nama Allah 
  45. Nama-nama Malaikat yang aneh 
  46. Imam Mahdi akan keluar dalam keadaan telanjang 
  47. Dilarang menyembelih pejantan yang sedang kawin. 
  48. Hati-hati memakai sandal berwarna hitam 
  49. Mu’jizat kekuatan Ali 
  50. Ali membelah Sungai Eufrat dengan menggunakan batang kayu 
  51. Bagaimana boleh tahu bahawa si pulan itu pro Ahlul bait atau benci Ahlul bait. 
  52. Seekor burung yang keluar dari lubang hidung 
  53. Allah menyuruh dua syaitan menjaga orang yang membaca ayat Kursi 
  54. Qisah Ufair keledai  Rasulullah 
  55. Hasan berbicara dengan 70 juta bahasa 
  56. Makan tanah/Debu kuburan Husein dapat menyembuhkan segala macam penyakit 
  57. Ubat penyakit mata 
  58. Nama-nama hari adalah nama-nama Rasul dan Ahlul bait 
  59. Siapa Makan keju setiap awal bulan dikabulkan apa yang menjadi keinginannya 
  60. Ubat lupa? 
  61. Makan delima termasuk amalan yang dianjurkan di Hari Jumat 
  62. Yang dapat menambah rezeki 
  63. Imam Al Hasan dapat berbicara dengan semua bahasa 
  64. Al Husain menyusu dari jari-jari dan lidah Nabi 
  65. Nabi menyusu pada puting bapa saudaranya Abu Thalib 
  66. Nabi Danial mengancam Allah untuk melakukan perbuatan maksiat 
  67. Apa yang harus diucapkan sehabis tertawa terbahak-bahak 
  68. Bacaan  Selawat terhadap keluarga Nabi membuat seseorang tidak perlu lagi berdoa pada  Allah 
  69. Dua cahaya yang menikah 
  70. Tafsir model baru 
  71. Fatimah terjaga dari menstruasi 
  72. Perbezaan antara siang dan malam dalam pelaksanaan had 
  73. Perebutan posisi imam di antara mereka yang maksum terbebas dari dosa
Penjelasan lanjut sila klik di sini

wassalam

Pelumba MotoGP Marco Simoncelli Meninggal Dunia

  1. Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad. 
  2. Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh. 
  3. Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang. 
  4. Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.




  Penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli (No. 58) bersaing di selekoh kedua di pusingan akhir sebelum mengalami kemalangan 

 Wajah-wajah sedih ahli pasukan San Carlo Honda Gresini selepas menerima pengesahan bahawa penunggang mereka, Marco Simoncelli meninggal dunia 

 Tragedi malang....Simoncelli terlentang di atas litar tanpa topi keledar selepas berlanggar dengan Colin Edward dan Valentino Rossi.

 Memilukan..motorsikal milik Marco Simoncelli di garaj Honda

Marco Simoncelli dari Itali terbaring di tengah litar selepas terlibat dalam kemalangan semasa berlumba dalam saingan MotoGP pada Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang

Berita selanjutnya sila klik di sini

Sayu hati bila ingatkan kematian, namun kematian itu adalah permulaan kepada kehidupan yang kekal
Wallahhualam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 21-10-11: Hasutan Syaitan Dan Pengikut Pengikutnya

Gambar hiasan: Masjid Tok Guru di Pulau Melaka

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya menyeru kepada saudara saudara sidang Jumaat sekelian dan juga kepada diri saya sendiri, marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt, dengan ertikata yang sebenar. semoga kita tidak mudah untuk digoda dan di fitnahkan oleh sebarang bentuk dakyah karut dan pengaruh yang semakin merbahaya kepada umat Islam kita sekarang ini.

Saudara kaum muslimin
Merperkatakan ketahanan iman dan akidah untuk menghadapi cabaran dan dakyah ini semua maka setiap muslim perlukan kepada taqwa dengan ertikata yang sebenarnya.sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa apabila mereka disentuh oleh sati godaan dari Syaitan, mereka ingat kepada ajaran Allah, Maka dengan itu mereka nampak jalan yang benar. Sedangkan pengikut pengikut Syaitan dibantu oleh Syaitan pada ketika itu berada dalam kesesatan kemudian mereka tidak berhenti henti melakukan perbuatan yang menjuruskan kepada kesesatan itu.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Bagi mentaksirkan ayat ini, para ulamak taksir terutama dengan ayat Al Quran juzuk ke 3 menjelaskan bahawa sentuhan Syaitan itu adalah merupakan sesuatu yang sungguh indah dalam struktur bahasan dengan memberi erti hasutan Syaitan sebenarnya ialah membuatkan hati dan penglihatan daripada bersetuju kepada kebenaran Allah swt' Hati dan penglihatan mereka tidak berpijak kepada kebenaran Allah swt dengan itu menyebabkan mereka lalai dan khayal dalam hidup yang berliku ini. Oleh yang demikian sifat yang membutakan hati itu akan akan beroleh kesembuhan apabila diubati dengan taqwa. Kerana sesungguhnya Syaitan itu tidak akan berpeluang lagi untuk mendapatkan tempat dalam hati orang yang bertaqwa. Yang dimaksudkan dengan pengikut pengikut Syaitan dalam ayat tadi termasuklah manusia biasa yang memainkan peranan untuk menyesatkan kehidupan manusia lain dengan berbagai dakyah dan tipu helah.

Saudara kaum muslimin
Langkah yang paling berkesan adalah hendaklah kita bertindak untuk mengembalikan akidah mereka agar lebih cemerlang, kerana dengan ketahanan akidah yang kukuh sahajalah seseorang itu akan mempunyai disiplin dalam hidupnya dan keyakinan kepada dirinya maka usaha usaha ini hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dan bersungguh sungguh dari semua peringkat di dalam masyarakat Islam. Tugas ini bukan sahaja diserahkan kepada penguasa penguasa agama dan para ulamak semata mata, dengan itu sebarang kegiatan sosial yang boleh melalaikan masyarat kepada ajaran Islam hendaklah dicegah dan dihentikan, samada ianya melalui media massa, hiburan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu juga sikap para penganjur hendaklah lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dianjurkan itu. Dimestikan supaya ianya tidak mengancam keamanan dan juga tidak mengancam ketahanan iman umat Islam di negara ini. lebih lebih lagi kepada penganjur yang mengaku dirinya sebagai muslim supaya jangan hanya memandang kepada keuntungan wang ringgit semata mata.

Saudara kaum muslimin
Untuk membawa manusia agar sentiasa selamat dan terpelihara tindakan yang harus dilakukan adalah hendaklah takut kepada perkara perkara yang dibenci dan dimurkai oleh Allah swt. takut agar tidak membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.  Sebabitulah sebarang kegiatan sosial yang mempunyai unsur unsur liar, tidak malu nan mengkhayalkan atau sebagainya hendaklah turut dihentikan kerana tidak ada hasil dari kegiatan itu yang disukai oleh Allah swt. Di samping itu pula membahayakan diri sendiri dan juga kepada orang lain. Percayalah tidak semua yang dilakukan di Barat itu boleh di anggap maju dan boleh pula memajukan diri kita. Kalau pun hendak cari makan, masih banyak cara yang boleh dilakukan di negara ini. Kalaupun tidak lumayan tetapi kita didak menderita dalam masyarakat yang te;lah hilang kewarasan, yang meruntuhkan nilai nilai manusiadan nilai nilai sejagat.

10 Deklarasi HIMPUN 2011


Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin". Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gekala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di Negara ini.


Bahawa kami, pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.



Kelima: Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Kesembilan:Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh: Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.


wassalam 

Al Fatihah : Muammar Gaddafi


  1. Akhirnya Muammar Gaddafi syahid apabila dibunuh oleh pemberontak yang ditaja oleh British dan Amerika.
  2. Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah buatnya.
  3. Ulasan selanjutnya sila klik di sini dan di sini
  4. Juga baca ulasan ini Tiada ucapan takziah atas kematian Gaddafi, apakah kerajaan Malaysia takut kepada Obama?
Wassalam



Musim Hujan Telah Tiba

  1. Hujan sekejap sekejap kadang kala menjadi lebat telah bermula awal subuh pagi tadi hingga kini di Kota Bharu.
  2. Musim tengkujuh berkemungkinan besar bermula awal pada tahun ini.
  3. Keadaan ini menjadi masalah kepada penunggang motosikal untuk ke tempat kerja.
  4. Jadi untuk mengelakkan kasut dari basah, kasut alternatif digunakan semasa menunggang motosikal.
 Suasana di lampu isyarat Kubang Kerian pada awal pagi





 Ini dia kasut alternatif

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week