Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 21-10-11: Hasutan Syaitan Dan Pengikut Pengikutnya

Gambar hiasan: Masjid Tok Guru di Pulau Melaka

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya menyeru kepada saudara saudara sidang Jumaat sekelian dan juga kepada diri saya sendiri, marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt, dengan ertikata yang sebenar. semoga kita tidak mudah untuk digoda dan di fitnahkan oleh sebarang bentuk dakyah karut dan pengaruh yang semakin merbahaya kepada umat Islam kita sekarang ini.

Saudara kaum muslimin
Merperkatakan ketahanan iman dan akidah untuk menghadapi cabaran dan dakyah ini semua maka setiap muslim perlukan kepada taqwa dengan ertikata yang sebenarnya.sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa apabila mereka disentuh oleh sati godaan dari Syaitan, mereka ingat kepada ajaran Allah, Maka dengan itu mereka nampak jalan yang benar. Sedangkan pengikut pengikut Syaitan dibantu oleh Syaitan pada ketika itu berada dalam kesesatan kemudian mereka tidak berhenti henti melakukan perbuatan yang menjuruskan kepada kesesatan itu.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Bagi mentaksirkan ayat ini, para ulamak taksir terutama dengan ayat Al Quran juzuk ke 3 menjelaskan bahawa sentuhan Syaitan itu adalah merupakan sesuatu yang sungguh indah dalam struktur bahasan dengan memberi erti hasutan Syaitan sebenarnya ialah membuatkan hati dan penglihatan daripada bersetuju kepada kebenaran Allah swt' Hati dan penglihatan mereka tidak berpijak kepada kebenaran Allah swt dengan itu menyebabkan mereka lalai dan khayal dalam hidup yang berliku ini. Oleh yang demikian sifat yang membutakan hati itu akan akan beroleh kesembuhan apabila diubati dengan taqwa. Kerana sesungguhnya Syaitan itu tidak akan berpeluang lagi untuk mendapatkan tempat dalam hati orang yang bertaqwa. Yang dimaksudkan dengan pengikut pengikut Syaitan dalam ayat tadi termasuklah manusia biasa yang memainkan peranan untuk menyesatkan kehidupan manusia lain dengan berbagai dakyah dan tipu helah.

Saudara kaum muslimin
Langkah yang paling berkesan adalah hendaklah kita bertindak untuk mengembalikan akidah mereka agar lebih cemerlang, kerana dengan ketahanan akidah yang kukuh sahajalah seseorang itu akan mempunyai disiplin dalam hidupnya dan keyakinan kepada dirinya maka usaha usaha ini hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dan bersungguh sungguh dari semua peringkat di dalam masyarakat Islam. Tugas ini bukan sahaja diserahkan kepada penguasa penguasa agama dan para ulamak semata mata, dengan itu sebarang kegiatan sosial yang boleh melalaikan masyarat kepada ajaran Islam hendaklah dicegah dan dihentikan, samada ianya melalui media massa, hiburan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu juga sikap para penganjur hendaklah lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dianjurkan itu. Dimestikan supaya ianya tidak mengancam keamanan dan juga tidak mengancam ketahanan iman umat Islam di negara ini. lebih lebih lagi kepada penganjur yang mengaku dirinya sebagai muslim supaya jangan hanya memandang kepada keuntungan wang ringgit semata mata.

Saudara kaum muslimin
Untuk membawa manusia agar sentiasa selamat dan terpelihara tindakan yang harus dilakukan adalah hendaklah takut kepada perkara perkara yang dibenci dan dimurkai oleh Allah swt. takut agar tidak membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.  Sebabitulah sebarang kegiatan sosial yang mempunyai unsur unsur liar, tidak malu nan mengkhayalkan atau sebagainya hendaklah turut dihentikan kerana tidak ada hasil dari kegiatan itu yang disukai oleh Allah swt. Di samping itu pula membahayakan diri sendiri dan juga kepada orang lain. Percayalah tidak semua yang dilakukan di Barat itu boleh di anggap maju dan boleh pula memajukan diri kita. Kalau pun hendak cari makan, masih banyak cara yang boleh dilakukan di negara ini. Kalaupun tidak lumayan tetapi kita didak menderita dalam masyarakat yang te;lah hilang kewarasan, yang meruntuhkan nilai nilai manusiadan nilai nilai sejagat.

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week