Bencana Lisan

Bahaya lisan
- adalah amat besar didalam tubuh manusia.
- semua manusia tidak akan terselamat kecuali mereka menjaga lidah mereka dengan bertutur dengan perkataan yang baik.
- keimaman akan lurus apabila hatinya lurus, hati tidak akan lurus sehingga lidahnya lurus.
- setiap apa yang kita ucapkan akan dihisabkan di akhirat kelak.
- ajar lidah untuk sebut perkara yang baik baik sekiranya ingin dilimpahi dengan pahala, tegahlah dari berkata buruk agar terselamat dari siksaan Allah swt
- sesiapa yang pelihara atau menjaga lidahnya maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.

Bencana lisan
1. Banyak masa dihabiskan dengan menuturkan perkara yang tidak berfaedah, maka dia telah mensia siakan umurnya. Islam yang elok dalam diri seseorang itu ialah dengan meninggalkan segala perkara yang tidak berfaedah terutama yang dituturkan oleh lidah.
Ubat dan penawar untuk penyakit ini adalah dengan mengatahui dan sedar bahawa setiap nafas yang dihembuskan adalah modalnya yang akan dibawa ke akhirat kelak. Mensia siakan lidah itu akan melibatkan kerugian yang besar.


Wassalam

Sejarah Masjid Nabawi

Masjid Nabawi yang asal telah dibina oleh Nabi Muhammad ( saw) , bersebelahan dengan rumah di mana dia menetap selepas perjalanannya ke al -Madinah pada tahun 622 Masihi. 
Masjid asal adalah sebuah bangunan terbuka dengan satu platform yang dibina untuk membaca Al-Quran. Ia adalah satu kepungan segi empat tepat 30 m × 35 m (98 kaki × 110 kaki) , yang dibina dengan batang kelapa dan dinding lumpur, dan diakses melalui tiga pintu: Bab Rahmah ke selatan, Bab Jibril ke barat dan Bab al- Nisa ' ke timur. 
Kawasan teduh arah selatan dipanggil suffah dan sejajar ruang solat menghadap ke utara iaitu Yerusalem. Apabila arah kiblat diubah untuk menghadap Kaabah di Mekah , masjid ini diorientasikan semula ke arah selatan. Masjid ini juga menjadi pusat komuniti, mahkamah, dan sebuah sekolah agama .
 Tujuh tahun kemudian ( 629 AD / 7 Hijrah), masjid ini telah diperbesarkan dua kali ganda  untuk menampung jumlah umat Islam yang semakin bertambah.
Pemerintah Islam berikutnya telah membesarkan dan memperindahkan masjid ini. Dalam tahun 707, Khalifah Al -Walid ibn Abd al- Malik dari bani Umayyah telah menggantikan struktur lama dengan membina binaan yang lebih besar di tempatnya dengan menggabungkan makam Muhammad (saw). 
Masjid ini berukuran  84 m × 100 m ( 280 kaki × 330 kaki ), dengan asas-asas batu dan bumbung jati yang disokong pada tiang-tiang batu. Dinding masjid dihiasi dengan mozek  sama seperti yang dilihat dalam Masjid Umayyah di Damsyik dan Kubah Batu di Jerusalem. Halamannya pula dikelilingi dengan empat menara di setiap sudutnya. 
Khalifah al- Mahdi ( 775-785 ) dari bani Abbasiyyah telah menggantikan bahagian utara masjid untuk membesarkannya lagi . Beliau juga menambah 20 pintu ke masjid ; lapan pada setiap dinding bahagian timur dan barat, serta empat di dinding sebelah utara.
Semasa pemerintahan Sultan Qalawun , kubah telah dibina di atas makam Nabi Muhammad (saw ) dan mata air wuduk dibina di luar Bab al -Salam . 
Sultan Al -Nasir Muhammad membina semula menara keempat yang telah musnah. 
Sultan Qaitbay telah membina semula menara pada sebelah timur , barat dan dinding kiblat 
Sultan Suleiman  (1520-1566) telah membina semula dinding barat dan timur masjid dan membina menara timur laut dikenali sebagai al- Suleymaniyya . 
Semasa pemerintahan  Sultan Abdulmejid (1839-1861) , masjid ini diubahsuai sepenuhnya kecuali  Makam Nabi Muhammad saw. Saiz Masjid diperbesarkan dengan membina tempat mengambil wuduk di  sebelah utara. 
Dewan solat di sebelah selatan telah diperbesarkan dua kali ganda  dan ditutup dengan kubah kecil  yang meliputi kawasan Bab al -Salam dan makam Nabi Muhammad (saw) . Kubah ini dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran. 
Dinding kiblat telah ditutup dengan jubin kaca memaparkan kaligrafi al-Quran. Lantai dewan solat dan halaman yang telah diturap dengan marmar dan batu merah.
Pada tahun 1951 Raja Ibn Saud ( 1932-1953 ) telah merobohkan seluruh masjid untuk membina sayap baru di bahagian timur dan barat dewan solat. Ruangan yang lebih lama telah diperkukuhkan dengan konkrit dan dipasang dengan gelang tembaga pada bahagian atasnya. Menara Suleymaniyya dan Majidiyya telah digantikan oleh dua menara masjid mengikut gaya kebangkitan  Mamluk. 
Dua menara tambahan telah didirikan di timur laut dan barat laut masjid. Sebuah perpustakaan telah dibina di sepanjang dinding barat untuk menempatkan Al-Qur'an bersejarah dan teks agama lain.
Pada tahun 1973 Raja Faisal bin Abdul Aziz mengarahkan pembinaan ruang tambahan sementara di sebelah barat masjid untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. Pada tahun 1981, masjid lama telah dikelilingi oleh ruang solat yang baru  lima kali ganda saiz asalnya.
Pengubahsuaian terbaru berlaku di bawah Raja Fahd membesarkan saiz masjid , untuk menampung sejumlah besar  jemaah dan memasang penyaman udara. Dua puluh tujuh kubah bergerak telah dipasang pada bumbung Masjid Nabawi .





Ruang masjid pada hari ini adalah 100 kali lebih besar daripada masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad (saw​​) dan boleh menampung lebih daripada setengah juta Jemaah.



Wassalam





Ziarah Nabi Muhammad SAW




Hukum Ziarah dan Kelebihannya

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. 

Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).



Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah.

Di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a

Kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.

Wassalam

Taman Syurga Bernama Raudhah


inilah taman syurga yang disebut oleh Rasulullah, Raudhah
Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah.
Kawasan Raudhah ditanda dengan karpet berwarna hijau.
Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa. Raudhah  dinamakan oleh Rasulullah sendiri

karpet hijau menandakan kawasan Raudhah

dikatakan doa yang dipohon di Raudhah akan dimakbulkan Allah


Pengalaman untuk memasuki Raudhah adalah memerlukan kesabaran dan ketabahan, tetapi apabila sudah berada di dalamnya dan dapat menunaikan solat 2 rekaat, anda akan dapat merasai sesuatu yang tidak pernah anda rasai sebelum ini. 

Wassalam.

Fadhilat Hari Jumaat

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
- tarikh dan masa kematian tak tahu bila.

Apabila kematian telah ditakdirkan ia tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat pun. 

Sambungan Fadhilat Hari Jumaat
- Sunat mandi hari Jumaat untuk pergi solat Jumaat.
- Pada hari jumaat dan malammya setiap satu jam Allah swt akan memerdekakan hambanya 600 orang dari api neraka.
- Barang siapa meninggalkan 3 solat Jumaat berturut turut dengan sengaja maka Allah swt akan tutup pintu hatinya. Ia akan ditulis sebagai orang munafik. 
- Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malammya akan dibebaskannya dari siksa kubur. Allah swt akan menuliskan pahala syahid padanya.
- Setiap makhluk akan merasai kesempitan kubur walaupun kanak kanak yang belum melakukan maksiat.
- Bagi ahli maksiat, kubur yang sempit akan menyebabkan tulang rusuknya berselisih.
- Baca surah al ikhlas 100 kali semasa sakit atau sihat maka akan sentosa dia dari kesempitan dalam kubur dan fitnah kubur apabila dia mati. Malaikat akan mengusung kita semasa di akhirat.
- Baca surah tabarakalazi dan sajadah dan surah yasin  setiap malam.
- Berdoa meminta keberkatan dari Allah semasa mati dan selepas mati sebanyak 25 kali sehari.


Wallahualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Kelebihan Hari Jumaat dan Solat Jumaat

Firman Allah swt : Wahai orang beriman, apabila diseru solat pada hari jumaat, maka hendaklah kamu pergi mendengar khutbah dan solat jumaat, tinggalkanlah berjual beli pada ketika itu.

Bagi Musafir yang bermusafir sebelum subuh, hukum solat Jumaat adalah sunat. Bermusafir selepas subuh hukum solat Jumaat adalah wajib.

Hari jumaat
- Nabi Adam diturunkan ke muka bumi
- dipertemukan Adam dan Hawa di atas mukabumi ini.
- jasad Adam dan rohnya bercantum
- nabi Adam wafat

- hari berlakunya kiamat

Tiga kesukaan yang diberitahu oleh Jibrail kepada Rasulullah saw
1. Pada Tiap tiap malam jumaat, Allah memerdekakan 70 000 hambanya dari api meraka.
2. Allah akan menilik 99 orang hambanya untuk dibebaskan dari api neraka
3. Amalan pada malam jumaat akan digandakan 70 kali ganda.

Mereka yang mandi sunat Jumaat pada hari jumaat maka akan gugur segala dosanya seperti baru dilahirkan.

Mereka berjalan ke masjid, setiap batu dan pasir dan pokok akan menjadi saksi ke atas mereka di akhirat dan juga beristighfar ke atas mereka.

Allah akan menilik rahmat dan menunaikan segala hajat dunia dan akhirat hambanya.

Banyakkan berdoa dan jangan putus asa.

Allah akan mengabulkan doa kita dan akan seterusnya memberi pahala ke atas setiap doa kita.

Allah akan menurunkan malaikat ke atas dunia sehingga azan. Malaikat menunggu di pintu masjid dan seterusnya berdoa ke atas setiap mereka yang bersolat. Malaikat bersalaman dengan kita.
Beristighfar terhadap kita semasa khatib membaca khutbah.
Malaikat bersolat sekali dengan manusia.
Malaikat mengaminkan doa kita. 
Malaikat membawa amalan manusia hingga ke bawah arash. Allah perintahkan supaya membawa kertas amalan itu kepada Jibrail untuk disimpan di dalam khazanah yang akan dibuka pada hari kiamat

Jumaat adalah penghulu segala hari

Satu saat pada hari jumaat, Allah akan memakbulkan doa kita.
Ulamak berpendapat saat itu adalah di antara dua khutbah


Wallahualam

Tulisan ini adalah mengikut pemahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week