Showing posts with label Aktiviti USM. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti USM. Show all posts

Hospital USM IT Training: Network, Connectivity, Switches and Router

Kursus selama sebulan ini dikendalikan oleh pihak CISCO dan di buat di makmal Endeavour Jabatan Radiologi Hospital USM. Kursus ini telah dihadiri oleh staf Jabatan Radiologi, Staf dari Unit Sistem Maklumat dan juga dari PPKT.






Wassalam

Audit Dalaman ISO Tahun 2013

Pada 10-04-2013 Jabatan Radiologi telah menerima kunjungan dari auditor dalaman ISO. Kunjungan ini adalah kunjungan yang rutin setiap tahun. Ia dilakukan sebelum audit yang sebenar dari pihak luar.



Million Ladies Purple Walk


Million ladies purple walk peringkat negeri Kelantan yang telah diadakan di Lembah Sirih Kota Bharu Pada 17 Mac 2013.

Staf jabatan Radiologi juga telah dihantar untuk menyertai acara ini

Wassalam























CME Pekerja Sinaran

Kursus ini telah diadakan pada 19 Mac 2013 di Auditorium PPSG USM

Antara topik yang dipersembahkan semasa kursus ini adalah
1. Kejururawatan dalam terapi radio iodin-131
2. Radiation issues in interventional radiography
3. Kecemasan Radiologi / nuklear
4. Advanced Radiotherapy: The tomotherapy
5. Akta 304: Peruntukan perundangan untuk perkhidmatan radioterapi & perubatan nuklear
6. Radiotherapy technology: VMAT

Wassalam





Bagaimana Untuk Meraih Pahala dalam masa satu minit


Umat akhir zaman hidup dalam masa yang singkat berbanding dengan umat yang terdahulu.

Umat yang terakhir datang tapi terawal keluar di hari kiamat adalah umat Nabi Muhammad saw.

Bulan Ramadhan digandakan pahalanya lebih baik dari 1000 bulan - malam Lailatul qadar

Solat di masjid haram 100 000 lebih baik dari solat si masjid masjid lain

Gandaan yg Allah berikan kepada kita

Apabila membaca Alfatihah sebanyak 6 kali dalam masa 1 minit. Setiap 1 huruf akan dapat 10 kebajikan. Oleh itu dalam masa seminit kita akan mendapat 7720 kebajikan

Apabila membaca surah Al ikhlas 12 kali dalam masa seminit kita akan mendapat pahala seperti 4 kali khatam al Quran .

Setiap kali membaca Subhanallah walhamdulillah hiwala ila haillah huwallah huakhbar kita akan mendapat 12 kelebihan

Kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad saw, setiap sekali kita berselawat ke atas Nabi saw, Allah akan berselawat ke atas kita sebanyak 10 kali.

Amalkan membaca Lailahaillah wahdahu la syarikalah, lahulmulkul walahul hamduyuhyi wayumitu waala kullisyaiin qadir. Sebaiknya kita membacanya sebanyak 10 xkali sebelum gerak kaki selepas solat.

Solat 2 rekaat dalam waktu dhuha adalah seumpama melakukan 360 sedekah.

Zikir selepas solat setiap hari akan diampunkan dosa walaupun sebanyak buih dilaut.

tanda sayang kepada Nabi saw adalah dengan mencontohi dan mengamalkan sunnah seperti
- solat sunat yang sunnah
- 12 rekaat sunat rawatib
- dhuha 2 rekaat
.- witir waktu malam

Selalu Ingati dan sebut Nabi saw sepanjang masa
- baca buku sirah Nabi saw

Wallahualam










USM Sedia Jadi Rakan Strategik Bantu Rakyat Palestin



Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia menjadi rakan strategik kepada mana-mana pihak yang mahu menggunakan kepakaran terutama dalam bidang perubatan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Omar Osman berkata universiti itu sentiasa bersedia untuk menghantar pelajar dan pegawai perubatannya untuk membantu rakyat negara itu termasuk mencari dana pendidikan dan memberikan kursus perubatan.
“USM mempunyai pelbagai kepakaran untuk membantu pihak yang memerlukan termasuk di Palestin ini. Kita ada 400 pensyarah perubatan dan sains kesihatan yang bersedia untuk itu.
Di Palestin banyak anak-anak yang cacat dan tidak boleh pergi ke sekolah dan USM juga mengumpul dana untuk membantu bagaimana pelajar ini boleh meneruskan pembelajaran di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kerusi Roda USM Kepada Yayasan Amal Malaysia Untuk Rakyat Palestin di sini hari ini.
Program itu sempena tamat latihan pembuatan anggota palsu oleh enam pelatih Palestin selama enam bulan di kampus kesihatan universiti itu, di sini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Baca seterusnya di sini

Wassalam

Perutusan VC USM Tahun 2013

Sekitar majlis perutusan VC USM di Dewan Utama USM Kampus Cawangan Kelantan







Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week