Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Menunggu Waktu Berbuka

Hebatnya dugaan di bulan Puasa ni, ini dapat dirasakan oleh kanak kanak yang baru belajar berpuasa.

Si Abang yang sedang bersabar menahan kelaparan dan kehausan sedang diduga dengan gelagat Si Adik yang tidak berpuasa.

Suasana ini dirakam semasa menunggu waktu berbuka puasa pada hari ke dua Ramadhan.

Wassalam

Gaya Si Kecil

Gaya Si Cilik semasa nak ke sekolah. Bukan betul betul nak ke sekolah pun, eksyen aje tu.

Majlis Sambutan Hari Jadi Cucu Saudara

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran cucu saudara yang pertama diadakan 2 hari lebih awal daripada tarikh hari lahirnya yang sebenar.

Selamat hari lahir Ellisya Edriana

Bahang Master Chef Malaysia

Master chef Malaysia baru sahaja berakhir dengan Ezani seorang doktor gigi telah dinobatkan sebagai master chef Malaysia yang pertama.

Gara gara menyaksikan rancangan itu setiap malam di Astro Ria membuatkan anak saya menyediakan hidangan dan membawanya kepada saya untuk dirasa dan dinilai.

Majlis Tahlil

1. Tempat di rumah kakak sulong saya.
2. Hampir semua adik beradik dan saudara rapat dapat berkumpul dan beramah mesra.
3. Yang paling saya suka adalah dapat bertemu dengan kawan kawan almarhum ayah saya yang dapat datang pada majlis tersebut.
4. Jemputan yang datang adalah dari dua mukim iaitu mukim Pulau Belanga dan Telaga Bata.
5. Kedua dua Imam dari dua dua mukim tersebut juga dijemput.






Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week