Showing posts with label Surah Yaasin. Show all posts
Showing posts with label Surah Yaasin. Show all posts

Ayat 38,39,40,41

Dan matahari bergerak ditempat peredaran yang tetap seperti yang telah ditetapkan oleh Alllah yang Maha Perkasa dan yang Maha Mengetahui.
- perlu berfikir untuk mengetahui kekuasaan Alllah supaya kita bertambah yakin 
- Allah swt mencipta dan mentadbir alam ini.
- ia adalah ketetapan dengan sifat Allah yang Maha Perkasa

Mengikut tafsir Al Azhar
- 93 juta kilometer jarak bumi dengan matahari 
- berat matahari adalah 100 juta kali ganda berat bumi 

Banyak manafaat yang kita dapat dari matahari yang diciptakan oleh Allah swt.

Allah swt lah yang menjadikan siang hari untuk kehidupan kita mencari rezeki.

Allah jadikan malam hari sebagai penutup untuk kita beristirehat.

Allah swt telah muliakan anak anak Adam kerana semua kejadiaan alam ini adalah untuk menafaatkan anak anak Adam.

Satu ilmu dari ayat ini, matahari bergerak hanya di tempatnya sahaja. Ia hanya berpusing dan tidak beredar.

Dan bulan pula Allah swt tetapkan baginya berputar dan bergerak di atas satu garisan yang telah ditetapkan dan tidak pernah terkeluar dari garisan itu.

Buktinya:
Berlakunya perubahan pada rupabentuk bulan menunjukkan bulan bergerak ikut satu garisan

Perjalanannya akan kembali ke bentuk asal selepas satu bulan

Matahari tidak dapat mengatasi perjalanan bulan dalam tempoh setahun
Perjalanan matahari 365
Perjalanan bulan 355

Malam tidak boleh mendahului siang

Semua peredaran planet planet yang diciptakan adalah mengikut ketetapan Allah swt. Dan semuanya terapung apung di awang awangan 

Ayat 41
Dan tanda bagi mereka, sesungguhnya Allah telah membawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan.
- kapal Nabi Nuh
Manusia 80 orang beserta binatang binatang setiap pasang.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 












Ayat 31,32, 33,34,35

Tidakkah mereka menyaksikan berapa ramai telah kami musnahkan selama berkurun kurun kerana telah mendustakan rasul rasul terdahulu 
Khas dirujukan kepada kaum quraish.
Adakah Mereka melihat dwngan ilmu, yang umat tersahulu dibinasakan oleh Allah swt.
Dalam dua  musim orang quraish melakukan perjalanan dalam keadaan gembira tanpa rasa rungsing untuk berniaga keluar negara  kerana bangsa quraish dihormati oleh orang orang luar walaupun oleh perompak perompak dijalanan. Perjalanan mereka adalah selamat. 

Mereka telah melalui dan melihat perkampungan atau negeri yang telah dihancurkan oleh Allah swt seperti kaum Aad dan samud juga firaun di negeri mesir. 

Dan mereka semuanya pasti alan dihimpunkan disisi Allah swt dan tanda bagi mereka supaya kita berfikir dan insaf serta beriman dan teguh akidah.

Tanda tanda kekuasaan Allah adalah ada bumi  yang telah mati tetapi kemudiannya hidup kembali seperti tumbuh tumbuhan setelah datangnya hujan. Keran Allah berkuasa mengeluarkan biji benih dan daripadanya mereka makan.

Dijadikan padanya itu dijadikan taman taman dengan buah buah seperti kurma dan anggur serta banyaknya mata air. yang digunakan untuk mengairi tanam tanaman.
Ini lah kurnian Allah  untuk dijadikan mekanan dan minuman yang mana ianya tidak pernah difikirkan oleh manusia












Ayat 28 Dan 29

Dan tidaklah kami akan menurunkan ke atas  kaum yang telah membunuh salah seorang dari penduduk kampung Attakhiyyah yang telah beriman dengan 3 orang utusan  nabi Isa. Dia telah cuba membawa penduduk kampung tersebut kepada ajaran Allah, namun orang itu telah dibunuh. 
Allah tak perlu menghantar bala tentera dari langit, untuk mengazabkan kaum itu adalah amat mudah bagi Allah swt memandailah dengan satu pekikan yang amat dahsyat.
Pekikan ini bukanlah dari malaikat, tetapi adalah gempa bumi dan di ikuti dengan letusan gunung berapi yang seterusnya akan menyebabkan mereka tidak dapat bernafas.

Allah maha berkuasa atas segala galanya untuk mendatangkan bala dan ujian terhadap makhluk ciptaannya.
Pahala sabar adalah paling tinggi sekali dari pemberian Allah swt yang tidak terhitung banyaknya.

Allah tidak akan mengazabkan sesuatu kaum itu sehinggalah Allah swt mendatangkan utusan kepada kaum tersebut.


Tentera Abrahah telah dihancurkan dengan kalangan burung yang dihantar oleh Allah swt. Apabila melihat kehancuran tenteranya, Abrahah telah sempat lari balik ke Yaman dan mati di negaranya sendiri. Kematiannya di negaranya sendiri adalah untuk dijadikan peringatan kepada sekelian rakyatnya.

Sentiasa lah kita berdoa kepada Allah swt untuk dijauhkan dari segala bala bencana.

Sedar dan insaflah akan kelemahan dan kekurangan diri kita.

Besarlah penyesalan yang telah dirasai oleh hamba hambanya kerana telah memperolok olokkan Rasul yang telah dihantar kepada mereka. Oleh itu segala bala yang menimpa tadi tidak dapat dilawan  dan apabila mereka mati mereka akan menyesalinya. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.










Ayat 12

Sesungguhnya kami menghidupkan orang telah mati dan kami menulis semua yang telah kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata.

Sambungan dari ayat yang ke 11, golongan mereka yang takut dan bimbang akan Allah akan sentiasa mengerjakan amalan soleh,  Allah swt memberi panduan dengan keampunan dan pahala untuk menyakinkan mereka yang bersusah payah ini

Allah menghidupkan orang yang telah mati dengan tujuan untuk menghargai semua usaha yang mereka telah usahakan sebelum mereka mati.

Raqib dan Atib akan sentiasa menulis segala sesuatu yang telah kita lakukan samasa hidup di dunia ini.

Amalan yang dilakukan oleh kerana taat dan patuh kepada Allah swt.

Kita tak rasa rugi keatas apa yang telah lakukan kerana yakin dengan balasan pahala dari Allah swt di akhirat kelak.


Bagi mereka segala pahala ke atas apa yang telah kerjakan, walaupun pekerjaan mereka itu tidak mencapai kejayaan. Ini kerana mereka telah berusaha dengan sedaya upaya ke arah itu. Allah swt memberi pahala ke atas apa yang telah usahakan dan bukannya keatas kejayaan yang telah kita capai.

Niat untuk nak mencari keredhaan Allah swt sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

Amalan Nabi Muhammad saw adalah Puasa sunat isnin kerana hari lahirnya dan khamis dimana amalan di angkat kepada Allah swt. Amalan ini akan diletakkan kedalam Luh Mahfuz. 

Kesan kesan dari usaha kita
1. Ganjaran kejayaan kerja yang dibuat
2. Ganjaran pahala atas usaha kita

Asal usul ayat ini diturunkan 
Bani Salamah yang ditempatkan jauh dari masjid nabawi. Mereka cari tanah kosong dekat masjid nabi. Nabi menasihati mereka, mereka bertuah kerana rumah mereka jauh dari masjid Dan datang ke masjid. Kerana setiap langkah mereka ke masjid ada kesan yang akan ditulis oleh malaikat. Setiap langkah mereka ada pahala dan kesan tapak kaki mereka juga diberi pahala.

Setiap satu amalan ini akan diletakkan di dalam kitab iman iaitu di Luh Mahfuz 

Perbanyakkan tempat sujud semasa berada di masjid. Kesan dari tempat tempat sujud ini akan ditulis oleh malaikat. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 


Ayat ke 7,8,9,10

Ayat ke 7
Leher mereka ada ikatan di leher mereka hingga ke dagu, pandangan mereka hanya ke satu tempat sahaja. 
Mereka tolak ajaran nabi Muhammad kerana bertentangan dengan apa yang mereka ikuti selama ini. Iaitu tidak sama dengan apa yang diajar oleh datok nenek mereka dahulu. Walaupun ajaran nabi Muhammad ini adalah yang baik dan boleh diterima oleh akal fikiran.
Apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad tadi pada tanggapan mereka akan mengancam kedudukan mereka.
Perlu fikir secara mendalam untuk mendapat dan mencapai sesuatu perkara yang kita cari dalam kehidupan ini.

Ayat ke 8
Kami jadikan diantara dua tangan mereka di depan Dan dibelakang mereka ada dinding  lalu ditutup pandangan sehingga mereka tidak dapat melihat akan kebenaran.
Mereka tolak apa yang telah dibawa oleh nabi Muhammad. Mereka tidak dapat menerima kebenaran ini


Ayat 9
Walaupun diberi peringatan pun mereka tetap juga tidak melihat kebenaran dan mereka tetap tidak beriman.
Tugas nabi Muhammad sebagai pendakwah tetap juga diteruskan. Dia cekal dan tabah untuk menghadapi segala rintangan.

Ayat 10
Sesungguhnya kamu hanya akan memberi peringatan kepada orang yang menerima peringatan dari kamu itu dan takut kepada Allah yang maha pemurah walau pun dia tidak melihatnya. Maka berilah khabar gembira dengan keampunan dan pahala.

"Peringatan" digunakan adalah bermaksud perkara yang dibawa oleh Rasulullah ini telah mereka ketahui sebelum ini. 
Oleh kerana mereka tidak mengetahui, Allah mengutus rasul kepada mereka untuk memberi peringatan kepada mereka kepada jalan kebenaran.

Keampunan disebutkan dahulu daripada pahala kerana manusia ini tidak boleh lari dari membuat kesalahan dan dosa. Pahala hanya Allah berikan setelah diri kita mendapat keampunan dari Allah swt 

Tulisan adalah ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 






Surah Yaasin: Ayat 7-8

Al Quran diturunkan kapada kita, hendaklah kita menunaikan tanggungjawap kita terhadapnya dengan bertilawahkannya secara bersungguh sungguh- baca, fahami dan amalkan 


Ayat ke 7
Pasti Sesungguhnya telah ditunjukkan kerbenaran keatas kebanyakan mereka ( orang orang musyrikin)  namun mereka tetap tidak beriman kepada Allah swt, Walaupun di dalam hati kecil mereka membenarkan.

Islam adalah satu agama yang menitik beratkan akal fikiran.

Perumpamaan untuk kaum musyrikin ini adalah seumpama Sejenis makhluk yang tidak dapat berbuat apa apa walaupun telah mendengar seruan. 

Diturunkan ayat ayat Al quran ini adalah untuk menyelamatkan diri manusia.

Di dalam hati mereka ini ada penyakit iaitu takabbur, hasad dengki.

Penyakit hati ini perlu di buang dari diri setiap orang Islam.

Allah lihat hati dulu, kemudian barulah dikira pada amalan kita.

Kerana sifat takabbur inilah Iblis dihalau dari syurga. Hujah iblis ini tidak berdasarkan ilmu yang diberi oleh Allah swt tapi menggunakan akal fikiran dan kesombongannya. Dia membandingkan  penciptaan dari api dengan tanah. 

Kebenaran telah banyak terbukti dari ayat ayat di dalam Al Quran. 

"Demi langit yang sifat nya yang berulang ulang" adalah ayat Quran yang menceritakan tentang kitaran hujan. 

Perkataan didalam al Quran ini dijamin kebenarannya oleh Allah swt namun demikian masih ramai yang tidak beriman.

Ayat 8
Dalam hati kecil mereka percaya namun oleh kerana penyakit hati ada dalam diri mereka, mereka tolak dengan mulut mereka. Oleh itu Allah  menambahkan lagi penyakit didalam hati mereka itu

Allah membahagi bahagikan di antara mereka akan berbagai bagai tahap kehidupan di dunia ini, oleh itu hendaklah kita sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Walaupun apa jua keadaan kita di dunia ini, kita hendaklah sentiasa mengambil peluang untuk mencari kekayaan di akhirat. Samada kaya atau miskin semuanya akan menuju kepada Allah swt.

Mereka yang tolak kebenaran ini dihukum oleh Allah swt. Walaupun mereka melihat kebenaran disekeliling mereka tapi mereka menolaknya.

Untuk mencari kebenaran hendaklah kita sentiasa berusaha dengan mengamalkan segala ilmu yang telah kita pelajari walaupun ianya sangat sedikit, InsyaAllah Allah swt akan mencurahkan rahmatnya yang seterusnya kita akan berjumpa dengan kebenaran itu.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 








Tafsir Surah Yaasin ayat 1 - 2

Fadhilat
1. Baca surah Yaasin pada satu satu malam (tak kira malam apa, sebaiknya setiap malam) maka Allah swt akan ampunkan dosanya pada hari yang berikutnya.
2. Ia merupakan hati kepada Al Quran 

Ayat pertama
Huruf muqaataah, setengah Ulamak menafsirkannya sebagai gelaran kepada Nabi Muhammad saw.
Ada Ulamak menafsirkan sebagai "Wahai insan"


Ayat kedua
Demi Al Quran yang penuh dengan ke bijaksanaan iaitu maha hebat/bijak.
- Allah swt bersumpah dengan Al Quran yang didalamnya terkandung berbagai ilmu dan maklumat yang menjadi panduan kepada seluruh umat manusia.
- Kita perlu ikut Al Quran dalam kehidupan ini.


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.







Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week