Showing posts with label Kenangan Silam. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Silam. Show all posts

Tinggal Kenangan: Bilik Gelap / Film Processor

Apabila bermula tsunami digital iaitu dengan adanya CR, DR dan PACS di Jabatan Radiologi telah menyebabkan cara kerja dan peralatan dahulu seperti film processor, filem, kaset dan skrin pengamat telah di lupakan untuk selama lamanya.

Proses kerja yang memerlukan kemahiran dalam menentukan faktor dedahan, pemilihan kombinasi antara skrin dan filem, penggunaan kimia pemprosesan seperti developer dan fixer dan penggunaan identification printer, juga telah tiada seperti mana juru proses filem yang telah dijumudkan

Di sini disertakan beberapa foto yang boleh membuat kita mengimbas kembali kepada penggunaan teknologi lang lampau.

 Daylight film processor

Daylight cassettes yang telah dicuci skrinnya

 Auto mixer

 Lampu cahaya selamat

Film processor 

 develop, fix and wash

Film feeder 


Wassalam

Tinggal Sejarah: Ex-Juru X-Ray Hospital USM

Di antara bekas bekas Juru x-ray yang pernah berkhidmat di Hospital USM yang mana gambar gambar mereka ada di dalam simpanan saya. Sesungguhnya khidmat bakti yang pernah anda curahkan selama berkhidmat di Jabaran Radiologi Hospital USM tetap disanjung tinggi.

Cik Asmawati yang kini bertugas di Ipoh Perak

Puan Ain yang kini bertugas di Johor

Puan Nabilah yang bertugas di Johor


En Talib yang bertugas di Melaka


En Samsuddin berbaju kotak, kini bertugas di IPPT

En Shahrul kini bertugas di Kampus Sejahtera USM

En Che Nazri berada di PPSK USM

En Hasni Pegawai sains di PPSK USM

En Zaki juga bertugas di PPSK USM

Puan Zuraidah kini bertugas di Johor

Ada beberapa orang lagi yang gambarnya akan saya upload kemudian nanti

Wassalam

Tinggal Sejarah: Otai Otai Jabatan Radiologi Hospital USM

 Tuan Haji Muhammad ( Ketua Juru X-Ray) telah bersara wajib

 Tuan Haji Tarmizi (Juru Proses Kanan) telah bersara wajib


Apabila usia telah melewati masa, manusia tidak dapat memberhentikan atau mengundurkannya. Masa itu akan sentiasa terus bergerak tanpa menunggu samada kita bersedia atau tidak dalam menghadapi perubahan yang berlaku.

Setiap dari perubahan itu akan meninggalkan pengalaman pahit manis yang tidak mungkin dapat kita lupakan buat selama lamanya.

Apabila yang lama telah tiada maka yang baru pula akan memikul tanggung jawap yang diamanahkan. Corak pengurusan, penyeliaan dan tatacara kerja pasti akan berubah mengikut acuan yang baru.

Samada kita suka atau tidak dengan sesuatu perubahan, kita haruslah menghadapinya dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran positif.

Salah satu cara ialah dengan menganggap setiap perubahan itu adalah satu hikmat untuk membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Wallahhualam

Tinggal Sejarah: Kaunter Pergerakan Filem

 Kaunter Pergerakan Filem

 Sebahagian dari petugas yang terdiri dari PAR dan Juruproses filem

Puan Norhayati yang masih lagi bertugas di Jabatan Radiologi dan 
En Yahya yang telah berpindah ka Jabatan Pembangunan

Rak Penyimpanan filem

Perisian Sistem Pergerakan Filem yang pertama digunakan

Antara petugas terawal di Kaunter Pergerakan Filem

Apabila PACS digunakan sepenuhnya di Hospital USM, penyimpanan, pergerakan dan penggunaan filem telah menjadi satu paparan sejarah di Jabatan Radiologi HUSM. Ruang penyimpanan filem telah diambil untuk menjadi sebahagian dari Pusat AMIEN dan sebahagian lagi telah dijadikan makmal komputer Endeavor.

Kakitangan yang bertugas juga telah ditukar ke bahagian lain, sebahagian daripadanya telah ditempatkan di kaunter temujanji dan juga pendaftaran. Manakala semua Juru proses filem telah dinaik taraf kepada kerani dan telah dipindahkan ke unit unit dan jabatan jabatan lain di Hospital USM.

Wassalam


Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week