Showing posts with label 5S. Show all posts
Showing posts with label 5S. Show all posts

Gotong Royong 5S 6-10-2012

Suasana semasa aktiviti gotong royong kakitangan Jabatan Radiologi yang telah diadakan pada hari Sabtu 6 Oktober 2012

Barang barang yang telah disisih dibawa keluar dari lorong belakang Jabatan Radiologi.

Tahniah kepada semua yang terlibat, pujian patut diberikan kepada semua yang telah hadir

Wassalam

Audit 5S

Pada petang 17 Julai 2012 audit 5S telah dibuat ke atas Jabatan Radiologi.

Pengauditan dibuat berdasarkan kepada 5 perinsip asas 5S iaitu susun, sisih, sapu, seragam dan sentiasa amal.

Dua orang juru audit telah datang pada petang itu.

Jabatan Radiologi pula di wakili oleh Pn Rohani, Pn Nor Fataha, En Azahadi, Pn Aslinda, Cik Tasnim dan En Zakaria.

Tahniah kepada PIC tandas pesakit kerana kawasan jagaannya telah mendapat anugerah bintang.

Walaupun di kawasan lain ada mendapat teguran namun secara keseluruhannya Jabatan Radiologi telah mengalami perubahan yang sangat baik.

Perubahan dari sikap cakna, kesungguhan, semangat setiakawan telah mengubah suasana di Jabatan Radiologi.

Saya sangat berbangga dan teruja dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh AJK 5S ini.
Kesungguhan yang telah anda tunjukkan telah dapat meningkatkan prestasi Jabatan Radiologi secara keseluruhannya.

Wassalam

Lagi Lagi 5S

Aktiviti 5S yang berterusan adalah bersesuaian dengan perinsip sentiasa amal.

Kagum!!! Itulah yang dapat saya katakan pada diri saya tentang kakitangan Jabatan Radiologi yang melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti 5S ini.

Tanpa mengira masa dan keadaan mereka berusaha dengan penuh semangat, walaupun penat dari segi mental dan fizikal namun mereka masih mampu tersenyum. Itulah tanda yang kerja yang mereka lakukan adalah ibadat.

Apa yang pihak pengurusan boleh lakukan untuk mereka semua ini? Memadaikah dengan ucapan tahniah dan terima kasih? Atau ini adalah aktiviti jabatan yang wajib dibuat oleh semua.

Bagaimana dengan bilik bilik pihak pengurusan? Dah kemas?

Wallahualam

Aktiviti 5S Sentiasa Amal

Walaupun dua aktiviti gotong 5S telah diadakan namun aktiviti memantapkan lagi 5S tetap berterusan di Jabatan Radiologi.

Penglibatan kakitangan dalam aktiviti susun dan seragam sentiasa diamalkan sepanjang minggu ini.

Aktiviti ini juga berterusan walaupun selepas waktu pejabat.

Sebahagian Dari Hasil Aktiviti 5S

Setelah bertungkus lumus selama beberapa minggu, ditunjukkan sebahagian dari hasil program 5S di Jabatan Radiologi.

Walaupun nampak agak mudah dan simple namun ianya adalah hasil usaha dari kakitangan jabatan secara berpasukan.

Insyaallah Jabatan kami akan sentiasa mengamalkan program 5S ini.

Wassalam

Gotong Royong Hari Sabtu

Aktiviti gotong royong sekali lagi telah diadakan pada hari Sabtu 7 Julai 2012 untuk memantapkan lagi program 5 S di Jabatan Radiologi HUSM.

Kakitangan dari semua kategori telah datang dan bertungkus lumus mengemas, menyusun, menyapu dan menyisih mengikut tempat yang telah dijadualkan.

Sekalung tahniah untuk semua staf yang telah sudi datang dan menjayakan aktiviti ini

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week