Etika Pengisian Ramadhan
Etika dalam pengisian Ramadhan
Rahsia puasa sangat jelas iaitu agar kita bertaqwa.
Nafsu dalam diri mendorong diri ke arah melakukan maksiat. Ikut nafsu akan binasalah ibadat kita
Berpuasa agar ibadat diterima pelihara dari perkara yang merosakkan pahala puasa.
Jaga adab adab berpuasa. Perbanyakkan melakukan perkara sunat
Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa apa ganjaran selain dari lapar dan dahaga
Adab adab berpuasa
1. Tutup pandangan pada perkara yang diharamkan oleh syarak. Pelihara pandangan dan kemaluan
2. Menutup aurat dan menjaga telinga dari perkara perkara fitnah
3. Menjaga lidah dari kata kata yang tidak berfaedah, seperti mengumpat dll
4. Pelihara anggota lain dari melakukan perkara yang tidak berfaedah dan diharamkan oleh Allah swt
5. Tidak berlebihan dalam menyediakan juadah semasa berbuka sehingga membazir
6. Jangan makan berlebihan
7. Wujud perasaan takut akan ibadat puasa ini diterima atau tidak oleh Allah swt. Sentiasa berdoa agar tidak tergolong dikalangan mereka yang rugi.
Perkara sunat
1. Bangun bersahur dan lewatkannya, kerana dengan bersahur itu ada keberkatan. Ketahanan diri untuk berpuasa esoknya. Penuhi masa untuk bertahajjut.
2. Menyegerakan berbuka puasa. Sunnah Rasulullah berbuka dengan tamar atau air sejuk. Buah tamar mudah dihadam dan memberi tenaga segera. Air kosong boleh mencuci perut dan membasahi hati. Solat maghrib dan selepas itu baru menikmati juadah yang lain.
3. Berdoa sepanjang siang hari dan semasa berbuka puasa. Doa sewaktu berbuka tidak akan ditolak oleh Allah swt.
Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
Related Posts
Bahana Harta DuniaKamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swtTelah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mere ... readmore
LalaiManusia sentiasa lalai, Allah swt utuskan rasul untuk memberi peringatan kepada kita.
Kita hendaklah sentiasa berfikir dan merenung ke atas sesuat ... readmore
Berdusta - sambunganApabila orang yang paling dibenci datang mencari di rumah, maka di suruh khadamnya supaya memberitahu orang itu mencarinya di masjid dan bukan mengat ... readmore
Bencana LisanBahaya lisan- adalah amat besar didalam tubuh manusia.- semua manusia tidak akan terselamat kecuali mereka menjaga lidah mereka dengan bertutur denga ... readmore
Bencana Lisan (sambungan)Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul.- Sifat yang dilarang oleh agama- sifat yang tercela bersumber dari kejahatan dan kedurjanaan- jauhilah da ... readmore
0 comments:
Post a Comment