Tafsir Surah As Sajadah: Ayat 26 Dan 27
Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?
(As-Sajdah 32:26)
Allah telah turunkan ayat ini khususnya kepada org kafir musyirikin dan umumnya kepada umat akhir zaman ini.
- berhampiran dengan kota mekah ada peninggalan kesan sejarah umat yang telah ditimpa azam oleh Allah swt.
- kesan kesan masih ada hingga ke hari ini. Sebagai contoh di Jordan
- kesan kesan peninggalan sejarah Nabi Soleh dan kaum Samud. Selepas mereka sembelih unta pemberian Allah kepada Nabi Soleh, Allah memberi tempoh selama 3 hari sebelum bala diturunkan. Allah memberi masa untuk mereka bertaubat. Namun mereka mempermainkan Nabi Soleh pula, Dalam tempoh 7 hari selepas itu Allah swt telah datangkan kemusnahan kepada mereka.
- Mesir kesan peninggalan firaun
Ayat ini diturunkan supaya kita berfikir dan menjauhi dari menderhakai perintah Allah swt.
Tsunami telah diceritakan di dalam Al Quran, dari kisah Nabi Nuh. Ombak besar itu adalah sebagai peringatan daripada Allah kepada manusia.
Allah menggunakan perkataan, "tidakkah mereka mendengar" kerana berdasarkan kepada peniaga yang berulang alik dari Syam yang telah menceritakan kepada saudara mara dan sahabat handai mereka apa yang mereka lihat akibat dari kesan kemusnahan yang telah berlaku kepada umat terdahulu.
Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
(As-Sajdah 32:27)
Pada akhir ayat ini, Allah menggunakan perkataan "adakah mereka tidak melihat" pula.
Allah telah turunkan air ke tanah yang kering kontang dan menumbuhkan tumbuh tumbuhan yang seterusnya memberi munafaat manusia.
Allah suruh kita berfikir setelah melihat segala nikmat ini adalah datangnya dari Allah swt.
Semua manusia melihat perkara ini dan tidak sama sekali boleh dinafikan nikmat nikmat dan kehebatan kejadian Allah swt ini. Namun oleh kerana hati manusia buta menyebabkan mereka kufur kepada Allah swt.
Nikmat sebagai tetamu Allah semasa datang ke Masjid adalah nikmat terbesar anugerah Allah swt.
Hendaklah sentiasa ingat kepada Allah swt walaupun di mana sahaja kita berada atau dalam keadaan manakah yang kita lalui
Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment