"The Innocence Of Muslim": Apa Tindakan Kita Sebagai Umat Islam
Nabi Muhammad diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekelian alam. Walaubagaimanapun masih ramai lagi dikalangan umat manusia dari kalangan yang bukan Islam dan segelintir dari kalangan orang Islam yang mencemburui kerasulan Nabi Muhammad saw.
Adakah mereka itu terutamanya ahli kitab merasa dengki kepada umat manusia ( Umat Nabi Muhammad) kerana nikmat yang Allah swt kurniakan kepada mereka.
Mereka tidak putus putus membuat perancangan sejak Nabi Muhammad saw masih ada di muka bumi ini sehinggalah sekarang dan mereka tidak henti henti menyusahkan Nabi Muhammad saw dan juga menyakitkan hati umat Islam.
Dan sama sekali mereka orang Yahudi dan Nasrani tidak berpuas hati dengan Engkau wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikut ajaran dan didikan mereka.
Kalau dulu umat Islam digemparkan oleh karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw, sekarang ini kita di kejutkan dengan ringkasan filem yang disebarkan di internet yang menghina Nabi Muhammad saw.
Filem yang semata mata untuk membuat fitnah yang mana ini di tayangkan bersamaan dengan tarikh 11 september dengan niat untuk membangkitkan kemarahan umat Islam kononnya umat Islam ini amat suka untuk menumpahkan darah dan membunuh umat manusia.
Sememangnya kita sebagai umat Islam amat marah dengan penayangan filem yang memburukkan Nabi Muhammad saw ini.
Sekuat kuat tali pemegang iman ialah kamu kasih kepada seseorang itu kerana Allah dan kamu benci seseorang manusia itu kerana Allah.
Kita benci kepada sebarang perbuatan jahat.
Kita benci kepada segala bentuk penghinaan
Kita benci kepada segala bentuk penyalah gunaan
Kita benci kepada orang yang tidak berakhlak
Kita benci kepad segala permusuhan
Kita benci kepada segala benda dan peralatan elektronik yang disalahgunakan semata mata untuk menyakiti hati umat Islam
Marahnya kita, bencinya kita itu adalah sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad saw
Janganlah kamu terdorong dengan kebencian kamu ke atas satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana itulah yang paling dekat dengan taqwa.
Wasiat Nabi Muhammad saw kepada para sahabat
Jangan kamu marah, Jangan kamu marah, Jangan kamu marah,
Walaupun ada seseorang yang sengaja mencetuskan kemarahan, lebih lebih lagi atas perkara perkara yang berkait dengan Nabi Muhammad saw dan patut lah untuk kita marah.
Namun Nabi muhammad saw berkata Janganlah kamu marah,
Maksudnya Janganlah kamu marah itu secara membabi buta kerana cara itu bukanlah cara ajaran Rasulullah saw. Kita boleh marah tapi hendaklah kerana Allah swt.
Bagaimanakah caranya kita nak luahkan kemarahan ini?
Adakah dengan cara menerbalikkan kereta?
Adakah dengan berbunuh bunuhan antara manusia?
Marah yang perlu kita tunjukkan adalah dengan berbuat lain dari apa yang dikehendaki oleh musuh musuh Islam.
Kita patut belajar tambahkan lagi ilmu pengatahuan
Kita patut kenal lagi Nabi Muhammad saw
Kita mempelajari ajaran Nabi Muhammmad saw
Kita mempelajari akhlak Nabi Muhammad saw
Kita mempelajari sirah Nabi Muhammad saw supaya musuh musuh Islam tidak ada lagi jalan untuk menipu kita.
Kita memperisaikan diri kita dan anak anak kita lebih daripada yang sebelumnya
Kita amat marah, kita tidak senang dan kita cukup cukup benci kepada golongan yang cuba menghina kesucian Nabi Muhammad saw.
Kita hendaklah memperkukuhkan akidah kita
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment