Kuliah Maghrib 7-10-12, Hadis 7: Agama Itu Adalah Nasihat
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."
Kepentingan hadis ini mempunyai makna yang besar dan padat, Secara lahir dan batinnya yang dikehendaki oleh Rasulullah saw ialah supaya kita berjalan di atas nasihat Allah swt, nasihat kitab, nasihat Rasul, nasihat daripada pemimpin dan juga nasihat daripada masyarakat sesama kita.
Nasihat daripada hawa nafsu dan syaitan tidak disebut dalam hadis ini kerana ianya tidak boleh diikuti atau dijadikan panduan. Kalau kita ikuti juga maka kita akan mendapat dosa dan kemurkaan daripada Allah swt.
Nasihat berkaitan dengan Allah
- Sabda Nabi saw "Hendaklah kamu beriman kepada Allah". Hendaklah kita semua yakin bahawa Allah swt itu adalah Tuhan bagi seluruh alam.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
2. Tidak boleh menyengutukan Allah kerana syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar. Apabila syirik kepada Allah maka gugurlah segala amalan amalan kebajikan yang kita lakukan. Walaupun syirik itu melalui perbuatan, perkataan atau pun pegangan.
3. Tidak menyamakan sifat sifat Allah dengan makhluk
4. Kita kena sentiasa menyucikan diri daripada syak wasangka ke atas ciri ciri ketuhanan. Sebagai contohnya apabila kita ditimpa musibah, kita tidak boleh buruk sangka ke atas Allah swt. Jangan kita mengeluh seolah olah kita ini tidak ada dosa ( Maksom). Apabila ditimpa musibah hendaklah kita berkata Innalillah hi wa inna ilai hirra jiuun. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
5. Kita kena sentiasa taat kepada Allah swt dan tidak boleh sekali kali mendurhakainya.
6. Kita hendaklah mencintai Allah itu lebih dari segala galanya walaupun satu ketika nanti kita ditimpa musibah yang amat sangat.
Nasihat Berkaitan Kitab Allah iaitu Al Quran
Kitab Al Quran diturunkan oleh Allah swt melalui perantaraan Malaikat Jibrail as kepada Nabi Muhammad saw untuk disebarkan kepada sekelian makhluk Allah swt. Mukjizat Al Quran ini diakui oleh semua makhluk dari segi ayat dan susunan ayatnya di mana ianya tidak jemu jemu untuk dibaca.
Segala peringatan dan hukum hukum di dalam Al Quran perlu dituruti dan tidak boleh disanggah atau berasa was was atau tidak yakin dengannya, walaupun Al Quran itu telah diturunkan lebih dari 1400 tahun dahulu kerana ianya sesuai hingga ke akhir zaman.
Tanggung jawab kita terhadap Al Quran bukan setakat kena baca tetapi kena hafal, fahami dan amalkan penjaran yang terkandung di dalamnya.
Al Quran juga akan memberi syafaat kepada kita semasa di Akhirat nanti.
Kita disarankan untuk membaca Al Quran dengan tertib mengikut tajuwid yang betul.
Membaca Al Quran secara bertajuwid adalah fardhu ain.
Nasihat yang berkaitan dengan Rasulullah saw
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah secara sedar ataupun dalam mimpi, kita hendaklah sentiasa beriman dan mencintainya.
Sabda Nabi saw yang bermaksud
Sekiranya kamu kasihkan Allah kamu kena ikut aku, kalau kamu cintakan Allah kamu kena tengok aku dahulu, seterusnya Allah akan kasihkan kita.
Rasulullah dilahirkan untuk umat manusia bukan untuk kepentingan peribadi.
Orang yang paling lembut di atas dunia ini adalah Nabi saw
Orang yang paling kaya adalah Nabi saw bukan dari segi material
Nabi saw adalah ketua kepada nabi nabi yang lain
Nabi saw adalah ketua kepada seluruh umat
Taat kepada Rasul itu adalah jawapan kepada taat kepada Allah
Firman Allah swt yang bermaksud
Sesiapa yang taat kepada Rasul maka dia juga taat kepada Allah
Oleh itu sunnah Nabi saw kita tidak boleh memperlekehkannya. kerana dengan sebab memperlekehkan sesuatu sunnah, kita telah memperlekehkan Nabi saw.
Nasihat yang berkaitan dengan pemimpin
Yang dimaksudkan dengan pemimpin adalah semua pemimpin di peringkat atasan dan juga bawahan yang mengepalai sesuatu pertubuhan. Kita kena ikut mereka selagi mereka itu beriman dan memimpin secara adil dan tidak zalim kepada orang bawahannya / rakyat.
Peranan pemimpin ini adalah amat besar untuk memajukan negara ke arah mendaulatkan Islam.
Imam dan penghulu yang di lantik dalam sesebuah mukim adalah pemimpin yang paling dekat dengan rakyat perlu sentiasa mendampingi rakyat dengan memberi nasihat yang seterusnya dapat memakmurkan masyarakat di mukim mereka.
Peranan masyarakat pula perlulah membantu pemimpin tadi dalam memakmurkan mukim
Pemimpin itu adalah menjadi cermin kepada masyarakat, mereka sentiasa diperhati dan dijadikan ikutan oleh masyarakat pimpinannya.
Sedekah senyuman dari pemimpin adalah penawar yang dapat menyenangkan hati masyarakat pimpinannya.
Dakwah dalam Islam ada 2
Pertama Dakwah Islamiah dan yang kedua adalah Dahwah Islahiah
Dahwah Islamiah adalah difokuskan kepada orang yang bukan Islam dengan tujuan untuk membuka hati mereka kepada Islam
Dahwah Islahiah pula adalah untuk membaiki diri dan kefahaman dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti sesama umat Islam
Nasihat yang berkaitan dengan kaum muslimin
Kita perlulah saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira apa fahaman politik yang kita ikuti.
Kita hendaklah sentiasa berpesan dan menasihati dengan bersungguh sungguh, ikhlas tanpa kepentingan tertentu sesama kita dengan kebenaran dengan sabar
Kita hendaklah menolong saudara kita samada yang zalim atau yang dizalimi
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment