Hadis 5: Larangan Mengada-adakan Dalam Urusan Agama


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:

Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.
Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

          a) Dalam Ibadat : 
  • (Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.) (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)
  •  Ibadah yang langsung tidak syar'ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya
  •  Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu' empat empat)
  •  Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat)

    b) Dalam Muamalat :
     i)  'Aqad yang dilarang oleh Syara' : Barang yang hendak di'aqad tidak halal.
         (nikah dengan mahram).
     ii)  'Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
     iii)  'Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.
          (nikah anak perempuan tanpa izinnya).

Pengajaran hadis:

 - lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
 - Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
 - Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
 - Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
 - Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week