Minggu Cemerlang Sukan Malaysia
Minggu ini adalah minggu yang paling cemerlang untuk sukan di Malaysia. Bermula dengan perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan perlawanan yang bermutu tinggi lagi mendebarkan antara Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan Kelantan. Kesudahannya Pasukan Wira Merah telah memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-3 selepas tambahan masa.
Kemudian di susuli pada keesokan harinya dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin menaiki podium buat kali pertama bagi kategori Moto3 setalah berjaya menduduki tempat ke 2 pada perlumbaan yang berlangsung di Litar F1 Sepang.
Hafizh Syahrin Abdullah juga mencuri tumpuan sebagai pelumba wild card negara pada kategori Moto2 telah memberi cabaran hebat dalam perlumbaan yang terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan telah turun dengan lebat. Beliau telah berjaya menduduki tempat ke 4
Sukan badminton juga menyinar pada terbuka Denmark dengan Datuk Lee Chong Wei telah menjuarainya dengan mengalahkan pemain China, Du Pengyu 15-21,21-12, 21-19.
Kejayaan Malaysia di lengkapi dengan kejayaan pasukan Harimau Muda menjuarai Piala Newspaper yang pertama kali diadakan di Vietnam. Pasukan bawah 21 tahun Malaysia ini mengalahkan pasukan bawah 21 Vietnam 1-0.
Wassalam
Related Posts
Nyamuk Dan Demam Denggi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahu ... readmore
Kelantan Juara Liga SuperKemenangan 3-1 ke atas Serawak melengkap status Juara Liga Super edisi 2012.
Tahniah kepada pemain dan pengurusan pasukan Kelantan. Tak lupa juga ke ... readmore
Purple Rain, Purple RainAksi Si baju purple yang beruniform dan bukan uniform HUSMJabatan Radiologi dah bertukar ke warna purple selaras dengan warna rasmi USMKebanyakan yan ... readmore
Prestasi 2 Raja Memalukan Harimau MalayaKekalahan 0 -3 Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Singapura amat memalukan. Kekalahan ini amat jelas menunjukkan kepincangan pada pengurusan ... readmore
HUSM Guna Mesin Tercanggih
Itulah tajuk di akhbar Berita Harian 10 September 2012 yang memuatkan berita berkenaan dengan perasmian mesin Angiografi yang b ... readmore
0 comments:
Post a Comment