Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

Nyamuk Dan Demam Denggi



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, berbanding lapan kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, bagi tempoh itu sebanyak 18,047 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 4,250 kes bagi tempoh sama tahun lepas dan peningkatan itu antara lain berpunca kurang kerjasama dalam memastikan kawasan bersih dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Mac - Sebanyak 764 kes denggi, dua daripadanya membabitkan kematian, dilaporkan di Kelantan sejak awal Januari lalu sehingga semalam, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher. - Utusan Malaysia

Gangguan nyamuk ini juga menjadi masalah di Jabatan dan ianya juga menyebabkan ketidak selesaan kepada suasana kerja di Jabatan

Semoga pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar segera untuk mengatasi masalah nyamuk yang semakin serius di Jabatan

Keadaan ini telah menyebabkan suasana yang tidak selesa kepada staf, pesakit dan juga peneman pesakit terutama pada waktu lewat petang, malam dan awal pagi.



Suasana di Mesir, Ikhwanul Muslimin dan As Syahid Hassan Al Banna


Doa untuk diri sendiri dan juga kepada muslimin muslimat terutama yang sedang menghadapi ujian di Syiria dan di Mesir. 

Doa agar di satukan hati hati kaum muslimin.

Doa supaya didamaikan persengketaan antara kaum muslimin

Secara umumnya kebebasan untuk mengamalkan Islam secara syumul di Mesir adalah adalah tidak bebas.

Yakinlah sesiapa yang berada dipihak yang benar, pertolongan dari Allah pasti datang.

Ujian kepada mereka yang disayangi oleh Allah adalah amat berat dan mereka ini boleh menanggungnya.

Keganasan dari mereka yang berkuasa tanpa memikirkan golongan wanita dan kanak kanak.

Pertelingkahan ini adalah dari kalangan sesama Islam dan kita perlu berdoa agar negara kita dijauhi oleh Allah dari dugaan dan ujian sebagaimana yang berlaku di negara negara Islam sekarang ini.

Panduan umat Islam adalah kitab Allah dan sunnah Rasul.

Perjuangan ikwalnul muslimin

Diasaskan oleh imam Hassan al Bana

Beliau adalah seorang Mujaddid Islam 

Wasiat beliau sebelum syahid adalah:
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. 
Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.
Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.
Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah 
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.
Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.
Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.
Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,
Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

1948 - 54 ramai rakyat dibunuh dan pemimpin digantung.
Syed kuttub juga digantung pada tahun 1958.
Yang salah jadi betul dan yang betul jadi salah.
Keadaan di Mesir bukanlah pertelingkahan diantara Islam dan kristian kerana rakyat kristian adalah amat sedikit.

Di zaman husni mubarrak, kuasa mutlak adalah askar. Gerakan yang membawa Islam yang syumul adalah dikawal dan tidak diberi ruang langsung oleh pemerintah.

Wallahualam

Al Fatiha

Markah LPP 2012

Markah LPP bagi tahun 2012 telah boleh dilayari di laman web campus online.

Markah yang dipaparkan ada yang menggembirakan dan ada juga yang mendukacitakan.

Setiap staf mempunyai jangkaan tersendiri tentang markah yang sepatutnya mereka perolehi.

Bagi staf yang menjangkakan markah LPP mereka tinggi setelah berusaha keras pada tahun yang dinilai, namun markah yang diperolehi adalah tidak seperti yang diharapkan, akan merasa kecewa.

Mereka akan tertanya tanya dimanakah silapnya? Mereka akan cuba mencari jawapannya.

Sesetengah dari mereka telah mengambil langkah yang berani iaitu dengan berjumpa terus dengan pegawai yang menilai untuk mendapatkan penjelasan.

Mereka akan membandingkan markah sesama mereka. Mereka juga cuba menilai prestasi pada tahun yang dinilai itu sesama mereka.

Mengapa engkau dapat markah lebih dari aku? Sedangkan aku rasa aku lebih banyak memberikan sumbangan kepada jabatan, dari segi prestasi kerja aku tak ada kekurangan pun.

Sebagai penyelia yang dipertanggungjawabkan untuk menilai prestasi staf juga berada dalam keadaan yang sukar. Banyak faktor faktor dalaman dan luaran yang perlu dipertimbangkan . Semuanya perlu diteliti dan dinilai.

Sesungguhnya manusia yang lemah ini hanya dapat menilai dan memberi markah mengikut panduan yang diberikan dan mengikut pemerhatiannya sahaja.

Tiada yang lebih sempurna selain dari timbangan dan penilaian Allah swt di padang mahsyar kelak

Wassalam

Gambar gambar di bawah hanya untuk hiasan





Reporting

Walaupun kemudahan dual gray scale barco monitor banyak disediakan di jabatan Radiologi, namun single color monitor juga menjadi pilihan sebahagian dari pakar. Sedangkan ruang tersebut adalah disediakan untuk juru x ray yang bertugas di bilik CT scan.

Pada pandangan saya apabila seseorang itu telah menpunyai pengalaman yang luas penggunaan kemudahan yang canggih tidak lagi menjadi keutamaan.

Tiada lagi keistimewaan monitor yang berresolusi tinggi kerana penggunaan monitor berresolusi standard juga berupaya memberi munafaat



Minggu Cemerlang Sukan Malaysia

Minggu ini adalah minggu yang paling cemerlang untuk sukan di Malaysia. Bermula dengan perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan perlawanan yang bermutu tinggi lagi mendebarkan antara Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan Kelantan. Kesudahannya Pasukan Wira Merah telah memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-3 selepas tambahan masa.



Kemudian di susuli pada keesokan harinya dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin menaiki podium buat kali pertama bagi kategori Moto3 setalah berjaya menduduki tempat ke 2 pada perlumbaan yang berlangsung di Litar F1 Sepang.




Hafizh Syahrin Abdullah juga mencuri tumpuan sebagai pelumba wild card negara pada kategori Moto2 telah memberi cabaran hebat dalam perlumbaan yang terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan telah turun dengan lebat. Beliau telah berjaya menduduki tempat ke 4



Sukan badminton juga menyinar pada terbuka Denmark dengan Datuk Lee Chong Wei telah menjuarainya dengan mengalahkan pemain China, Du Pengyu 15-21,21-12, 21-19.



Kejayaan Malaysia di lengkapi dengan kejayaan pasukan Harimau Muda menjuarai Piala Newspaper yang pertama kali diadakan di Vietnam. Pasukan bawah 21 tahun Malaysia ini mengalahkan pasukan bawah 21 Vietnam 1-0.


Wassalam

BR1M Duit Untuk Rakyat , SR1M Kaut Duit Rakyat



Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Sesuatu sistem biasanya diujudkan untuk memberi keselesaan, ketenangan dan kebaikan kepada rakyat, tetapi apabila ianya mempunyai banyak unsur yang menyusahkan rakyat pada saya sistem ini tidak sesuai untuk laksanakan.

Tidak ada lagi unsur unsur tolak ansur atau budi bicara yang menjadi teras kepada budaya rakyat Malaysia, semuanya akan menjadi apabila anda buat salah walau dalam apa keadaan sekali pun anda akan didenda.

Baca seterusnys di rbfonline


Juga baca maklum balas selanjutnya di tahniah-mp

Perbahasan dalam Parlimen di sini

AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).

Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.

Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor. 

Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia. 

Hari Mengundi Untuk KKAUSM 2012/14

KKAUSM mengundi lagi. Pengundian kali ini tertumpu kepada 3 jawatan utama iaitu presiden, naib presiden dan setiausaha agung.

Pada hari pertama pengundian saya telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih.

Kepada calon calon yang menang diharap dapat membawa aspirasi dan suara kakitangan ke pertingkat yang lebih tinggi.

Malu

Kadang kadang kita malu dengan perbuatan yang dilakukan oleh kita sendiri. Walaupun perbuatan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak. Namun impak kepada perbuatan yang dilakukan itu amatlah besar, sekiranya kita menelitinya.

Adakah tulisan pada huruf T ini disengajakan?

"The Innocence Of Muslim": Apa Tindakan Kita Sebagai Umat Islam

Nabi Muhammad diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekelian alam. Walaubagaimanapun masih ramai lagi dikalangan umat manusia dari kalangan yang bukan Islam dan segelintir dari kalangan orang Islam yang mencemburui kerasulan Nabi Muhammad saw.

Adakah mereka itu terutamanya ahli kitab merasa dengki kepada umat manusia ( Umat Nabi Muhammad)  kerana nikmat yang Allah swt kurniakan kepada mereka.

Mereka tidak putus putus membuat perancangan sejak Nabi Muhammad saw masih ada di muka bumi ini sehinggalah sekarang dan mereka tidak henti henti menyusahkan Nabi Muhammad saw dan juga menyakitkan hati umat Islam.

Dan sama sekali mereka orang Yahudi dan Nasrani tidak berpuas hati dengan Engkau wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikut ajaran dan didikan mereka. 

Kalau dulu umat Islam digemparkan oleh karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw, sekarang ini kita di kejutkan dengan ringkasan filem yang disebarkan di internet yang menghina Nabi Muhammad saw. 

Filem yang semata mata untuk membuat fitnah yang mana ini di tayangkan bersamaan dengan tarikh 11 september dengan niat untuk membangkitkan kemarahan umat Islam kononnya umat Islam ini amat suka untuk menumpahkan darah dan membunuh umat manusia.

Sememangnya kita sebagai umat Islam amat marah dengan penayangan filem yang memburukkan Nabi Muhammad saw ini.

Sekuat kuat tali pemegang iman ialah kamu kasih kepada seseorang itu kerana Allah dan kamu benci seseorang manusia itu kerana Allah. 

Kita benci kepada sebarang perbuatan jahat.
Kita benci kepada segala bentuk penghinaan
Kita benci  kepada segala bentuk penyalah gunaan
Kita benci kepada orang yang tidak berakhlak
Kita benci kepad segala permusuhan
Kita benci kepada segala benda dan peralatan elektronik yang disalahgunakan semata mata untuk menyakiti hati umat Islam

Marahnya kita, bencinya kita itu adalah sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad saw

Janganlah kamu terdorong dengan kebencian kamu ke atas satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana itulah yang paling dekat dengan taqwa.

Wasiat Nabi Muhammad saw kepada para sahabat
Jangan kamu marah, Jangan kamu marah, Jangan kamu marah,
Walaupun ada seseorang yang sengaja mencetuskan kemarahan, lebih lebih lagi atas perkara perkara yang berkait dengan Nabi Muhammad saw dan patut lah untuk kita marah. 

Namun Nabi muhammad saw berkata Janganlah kamu marah,
Maksudnya Janganlah kamu marah itu secara membabi buta kerana cara itu bukanlah cara ajaran Rasulullah saw. Kita boleh marah tapi hendaklah kerana Allah swt. 

Bagaimanakah caranya kita nak luahkan kemarahan ini?
Adakah dengan cara menerbalikkan kereta?
Adakah dengan berbunuh bunuhan antara manusia?
Marah yang perlu kita tunjukkan adalah dengan berbuat lain dari apa yang dikehendaki oleh musuh musuh Islam.
Kita patut belajar tambahkan lagi ilmu pengatahuan
Kita patut kenal lagi Nabi Muhammad saw 
Kita mempelajari ajaran Nabi Muhammmad saw
Kita mempelajari akhlak Nabi Muhammad saw
Kita mempelajari sirah Nabi Muhammad saw supaya musuh musuh Islam tidak ada lagi jalan untuk menipu kita.
Kita memperisaikan diri kita dan anak anak kita lebih daripada yang sebelumnya

Kita amat marah, kita tidak senang dan kita cukup cukup benci kepada golongan yang cuba menghina kesucian Nabi Muhammad saw. 

Kita hendaklah memperkukuhkan akidah kita

Wallahualam



Sedarlah Melayu


Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

 
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.

 Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. 

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

- Tun Mahathir

Pandangan saya
"Mungkin bagi sesetengah orang tulisan ini adalah sampah, tulisan yang menagih simpati, tulisan oleh orang yang hampir mati. Tapi cubalah kita fikirkan dari lubuk hati sanubari yang amat kecil, kita sebagai umat Islam yang berbangsa melayu pasti akan sedar bahawa perpecahan dalam sesuatu bangsa itulah berpunca dari sifat tamak haloba, dengki, kianat, fitnah memfitnah dan yang paling utama sekali ialah hilangnya sifat kesyukuran kepada nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt'

Wassalam

Akibat Dari Filem “The Innocence of Muslims”


Kebanyakan dialog yang berkaitan dengan agama Islam treler di you tube kelihatan seperti ia telah overdubbed dengan banyaknya yang menunjukkan bahawa dialog itu telah diterjemahkan dengan sesuatu perkataan yang benar-benar berbeza dari yang sebelumnya.

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pembikin filem anti-Islam “The Innocence of Muslims” mungkin telah menggunakan nama samaran dan menghabiskan masa di penjara persekutuan. Sementara itu beberapa pelakon dalam filem itu mengatakan bahawa mereka telah ditipu, dan kini menjauhkan diri dari filem yang telah dinamakan sebagai percikan kepada keganasan di Libya yang mengakibatkan pembunuhan duta Amerika Syarikat ke negara itu.

Laporan awal menyatakan pengeluar filem kelahiran Israel yang dikenali sebagai Sam Bacile telah  bersembunyi berikutan keganasan di Libya. Penyelidikan pada pangkalan data awam dan swasta, pemfailan perniagaan, berkaitan dengan nama itu telah dipadamkan. Pihak berkuasa Israel juga mendakwa tidak mempunyai rekod beliau sebagai warganegara.

The Associated Press mula dilaporkan bahawa mereka bercakap dengan Bacile melalui telefon kerana beliau tinggal menyamar di lokasi yang tidak didedahkan berikutan keganasan di Libya. "Bacile" berkata bahawa dia memohon maaf atas kematian Duta AS ke Libya, Chris Stevens, dan menyalahkan kematiannya pada sistem keselamatan  yang tidak sempurna di kedutaan itu.

LA Times melaporkan  "versi awal" filem itu kurang daripada sepuluh kerusi dalam teater telah dipenuhi.





SHAH ALAM – Umno menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Pas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW itu menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia sehingga berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya.

“Insiden tersebut amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat supaya melakukan perhimpunan tanpa melibatkan keganasan.

“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Ini lah ujian bagi umat Islam yg kasihkan Rasullulah.
Ini lah pembuka mata agar umat Islam tidak mengira parti politik harus bersatu.
Haruskah sampai Allah izinkan tersiarnya filem keji ini baru kita hendak bersatu.
Tidakkah kita sedar mesej yang Allah ingin sampaikan.

ISLAM HARUS BERSATU.. Allahhuakbar!! 
Janganlah kita berpecah belah 

Wallahualam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week