Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Majlis Perkahwinan Staf Radiologi

Pada Hari Raya ke 3, saya berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinan Che Munirah di Pengkalan Chepa.

Tahniah kepada pasangan ini. Semoga berbahagia sepanjang masa.

Wassalam

Kuliah Maghrib 4-4-2012

Peristiwa yang sedih telah berlaku sewaktu solat maghrib di Masjid Al Qasimi Pasir Tumbuh. Ustaz yang sepatutnya menyampaikan kuliah pada malam ini telah diserang penyakit strok ketika solat maghrib.

Walau bagaimanapun beliau masih berupaya untuk menyelesaikan Solat maghrib. Sebaik sahaja selesai solat beliau telah rebah ke pangkuan makmun.

Saya yang juga berada di situ telah berusaha untuk melancarkan pernafasannya sementara menunggu ambulan sampai. Para jemaah yang ada telah mencuba sedaya upaya untuk memberi pertolongan seberapa yang mampu.

Foto kejadian tersebut tidak sesuai untuk disiarkan. Walaubagaimanapun foto dibawah adalah detik ketika pesakit dibawa ke ambulan.

Moga Ustaz Shariman yang sebelum ini memberi kuliah pada setiap malam Khamis segera sembuh dan beroleh rahmat dan hidayah dari Allah swt.

Wassalam

Peminat Pertandingan Burung Candik

Wah! Sambutan yang begitu hangat sekali. Kenderaan memenuhi jalan hingga tiada ruang untuk melaluinya. Bila dah minat, tak kira hujan, panas atau di mana sekalipun mereka akan datang untuk menyertainya.

Kalah menang adalah adat pertandingan yang penting kepuasan bila burung yang disayangi dipertandingkan untuk dinilai oleh para juri.

Bila burung yang dipertandingkan mendapat nombor maka nilainya akan naik berlipat kali ganda hingga ada pembeli yang berani menawarkan harga sampai beribu ribu ringgit.

Angio Site Preparation

Suasana bising dan berhabuk di Jabatan Radiologi kebelakangan ini adalah disebabkan oleh kerja kerja menaik taraf bilik untuk menempatkan peralatan angiografi.

Kawasan koridor bersebelahan dengan tempat ini adalah berhabuk akibat debu yang berterbangan.

Untuk keselamatan kebanyakan staf di jabatan Radiology memakai mask

Perubahan Cuaca: Panas, Mendung dan Hujan

 Dari panas bertukar ke mendung

 Awan hitam (biru gelap dalam foto) telah menyelubungi Kampus Kesihatan


 Parking dah hampir kosong, ramai staf dah pulang

 Hujan renyai-renyai mula turun


 Hujan turun bertambah lebat, lampu kenderaan terpaksa dinyalakan



Wassalam

Musim Bah Mula Melanda

  1. Hujan telah mula turun dengan lebatnya sejak 2 hari lepas. 
  2. Hujan renyai renyai dan kadang kala menjadi lebat telah menyebabkan jalan depan rumah saya di penuhi dengan air. 
  3. Keadaan diburukkan lagi dengan sistem perparitan di kawasan ini yang teruk tersumbat.
  4. Longkang yang tidak diselenggarakan telah di penuhi dengan sampah sarap dan ia menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke sungai yang berdekatan.

Penyelenggaraan Jalan Simpang Empat Pasir Tumbuh

  1. Penyelenggaraan jalan di lampu isyarat Pasir tumbuh sedang giat dijalankan. Kerja kerja ini telah menyebabkan aliran traffic yang melalui simpang ini amat perlahan.
  2. Mujurlah minggu ni saya cuti, jadi dapat lah saya menghindarkan diri dari kesesakan ini.
Wassalam

Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidil Adha Peringkat HUSM

  1. Bertempat di  Ruang Legar Pintu Masuk Pelawat, jamuan makan sempena Hari Raya Korban petingkat HUSM telah di adakan pada jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.
  2. Jamuan ini terbuka kepada kakitangan, pelatih dan juga pelawat.
  3. Pengarah dan Timbalan Pengarah Klinikal berkesempatan untuk hadir pada jamuan kali ini.
  4. Hidangan yang disediakan bersama sama dengan nasi putih adalah, daging bakar, daging bakar pedas, nyicah perut, daging singgam, acar timun dan tak lupa juga sambal belacan.
  5. Bagi yang datang awal boleh merasai kesemua masakan tersebut. 
  6. Bagi yang datang lewat dapat daging singgam pun Alhamdulillah.
  7. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.
Tambah lagi Abe Mie

 En Amri, Pengarah Hospital dan Ustaz Pusat Islam















Wassalam

Ala Pasar Malam Wakaf Che Yeh

  1. Bertempat di laluan pintu masuk pelawat ke wad HUSM, Warga HUSM dan pelawat boleh berbelanja di kala habis waktu bertugas dan semasa melawat pesakit di wad.
  2. Berbagai barangan keperluan dijual dari makanan, minuman, alat solek, pakaian dan bermacam macam lagi.
  3. Gerai jualan dibuka dari awaj jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang.
  4. Suasana seperti pasar malam Wakaf Che Yeh dapat dirasai menjelang  tengahari di waktu kakitangan HUSM berehat dan juga di kala pelawat mula datang.





 Unit Tabung Darah juga beroperasi









Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week