Kuliah Maghrib 4-4-2012

Peristiwa yang sedih telah berlaku sewaktu solat maghrib di Masjid Al Qasimi Pasir Tumbuh. Ustaz yang sepatutnya menyampaikan kuliah pada malam ini telah diserang penyakit strok ketika solat maghrib.

Walau bagaimanapun beliau masih berupaya untuk menyelesaikan Solat maghrib. Sebaik sahaja selesai solat beliau telah rebah ke pangkuan makmun.

Saya yang juga berada di situ telah berusaha untuk melancarkan pernafasannya sementara menunggu ambulan sampai. Para jemaah yang ada telah mencuba sedaya upaya untuk memberi pertolongan seberapa yang mampu.

Foto kejadian tersebut tidak sesuai untuk disiarkan. Walaubagaimanapun foto dibawah adalah detik ketika pesakit dibawa ke ambulan.

Moga Ustaz Shariman yang sebelum ini memberi kuliah pada setiap malam Khamis segera sembuh dan beroleh rahmat dan hidayah dari Allah swt.

Wassalam

1 comments:

  • Nik Fauriza says:
    5 April 2012 at 21:14

    Ustaz Shariman telah selamat kembali ke rahmatullah pada pukul 12 tengahari 5 April 2012 di Hospital Universiti Sains Malaysia. Beliau telah selamat di kebumikan selepas solat Asar di Pondok Pasir Tumbuh. Alfatihah

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week