Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 20-4-12:

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi sekelian
Marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya semoga kita semua mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa hidup bermasyarakat sudah menjadi satu fitrah semulajadi dan keperluan bagi manusia. Ia tidak akan merasa puas sekiranya hidup berasingan dari masyarakat. Oleh itu timbullah keinginan naluri untuk bergaul bagi mencapai kepuasan, kegemilangan serta kegembiraan dalam kehidupan.

Saudara kaum muslimin
Pergaulan yang sihat itu adalah percampuran manusia dan perhubungan mesra di antara ahli sesuatu masyarakat dalam kehidupan mereka mengikut lunas lunas dan hukum hukum agama yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Sistem pergaulan dan kemasyarakatan dalam Islam terbahagi kepada 3 bahagian:

  1. Taaruf, yakni berkenalan
  2. Taffarun, yakni bersefahaman dan yang ke
  3. Takafur yakni berseimbangan.
Saudara kaum muslimin
Dengan asas asas di atas sahajalah segala unsur unsur dan anasir anasir negatif yang tidak sihat dapat dihindarkan daripada berakar umbi dalam masyarakat Islam dan juga masyarakat Islam akan menjadi kuat dan mempunyai maruah yang disegani dan akan dihormati oleh semua pihak

Firman Allah swt dalam surah Al Imran yang bermaksud Dan janganlah kamu merasa lemah dalam perjuangan mempertahankan Islam dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang akan menimpa kamu padahal kamu adalah orang orang yang terpuji mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan, jika kamu orang yang sungguh sungguh beriman.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Yang dimaksudkan dengan Taaruf atau pun berkenalan, disisi Allah ialah berkenalan serta berkasih sayang, belas kasihan, simpati dengan dorongan cinta kepada Allah swt. Bagi menghayati perkenalan Taaruf ini maka Islam menganjurkan beberapa ciri sebagai pedoman iaitu memberi salam semasa bertemu dan berpisah, menjalin ikatan silaturrahim, tolong menolong dan bantu membantu, serta menjadikan Al Quran dan Al Hadis dan pengajarannya sebagai perkara perkara yang wajib diutamakan daripada perkara perkara yang lain.

Firman Allah swt yang bermaksud Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya bamu berkenal kenalan dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain, sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah amat mengatahui lagi amat mendalam pengatahuannya akan keadaan dan amalan kamu

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Perbandingan orang mukmin dalam ertikata kasih sayang dan belas kasihan mereka dan dalam simpati mereka adalah seperti badan dan tubuh yang satu, maka turut tidak tidak tidur malam dan menerima sakit sekiranya salah satu dari anggota tubuh badannya sakit.

Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita menghayati sebagaimana firman Allah swt dan juga hadis Rasulullah saw, semoga hidup kita di dunia ini akan mendapat kebahagian, jaminan dan keselamatan, mendapat keagongan daripada pihak pihak lain dan mendapat keredhaan daripada Allah swt semasa hidup kita di dunia ini dan hidup kita di akhirat kelak

Wassalam 

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week