Kuliah Maghrib 16 April 2012
Kehidupan dunia kena cari:
1. Rahmat Allah swt
2. Keberkatan dari Allah swt
3. Keredhaan Allah swt
Sifat sifat yang harus dalam memilih sahabat.
Kata saiyyidina Ali ra "sesungguhnya saudaramu yang sebenar ialah:
1. Orang yang sentiasa disamping mu, susah senang bersama.
2. Sentiasa mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. .
3. Ia sanggup membahayakan dirinya untuk menjaga keselamatan mu.
4. Orang yang sentiasa memperuntukkan masa bekerja untuk membantu keperluan mu.
5. Sanggup mengorbankan segala gala untuk kepentingan diri mu."
Oleh itu semasa hidup ini kita hendaklah sentiasa fokus kepada akhirat dan tidak hanya kepada dunia.
Kata Seorang cendikiawan Islam
"Jangan sekali engkau bersahabat kecuali salah seorang dari dua yang berikut:
1. Orang yang sentiasa merasa senang dalam segala urusan dunianya.
2. Orang yang dapat menambah faedah dan munafaat dalam hal ehwal di akhirat kelak.
Sebaik baik manusia ialah orang yang dapat memberi munafaat kepada orang lain.
Mengelakkan diri dari bersahabat dengan antara dua orang ini akan menyebabkan kerugian yang besar di dunia dan di akhirat.
Adapun berkawan dengan orang yang mementingkan keduniaan semata mata adalah semacam meminum racun yang membinasakan kerana tabuat manusia itu adalah sentiasa mudah terpengaruh dengan sikap kawannya. Ia juga akan menarik hati kepada sifat tamak dan sayangkan dunia.
Berkawan dengan orang yang banyak memikirkan akhirat dan tidak meninggalkan urusan dunianya dengan mementingkan hal hal keakhiratan akan menarik hati untuk cintakan kebaikannya.
Di makruh kan persahabatan dengan pencinta dunia atau penagih dunia
Anjurkan persahabatan dengan para ulamak dan orang yang berilmu ugama serta para bijaksana dan cendikiawan.
Semoga kita akan mendapat ilmu yg baik daripada mereka.
Lukman beri nasihat kpd puteranya
Wahai anakku Jgn syirik kan Allah,
Dampingi lah para ulamak dan hubungi lah kedua lutut mu dengan mereka. Kelebihannya boleh beri syafaat kepada kita. Kerana hati itu akan hidup apabila diresapi dengan hikmat sebagaimana bumi yg mati itu akan hidup semula apabila diresapi dengan air hujan.
Wallahualam
* Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Related Posts
Kuliah Maghrib 28 Mac 2012Iman shaakbi berkata antara intelek dari kalangan orang Arab adalah Muawiyah bin Abu Sufian, Amru Bin Aus, Mughirah bin Syukbah.
Mughirah bin Syuk ... readmore
Kuliah Maghrib: Hak hak Seorang AnakAdalah menjadi hak ke atas anaknya untuk memperelokkan budi pekertinya agar menjadi anak yang soleh.
Hak anak untuk mendapat nama nama yang baik.
H ... readmore
Kuliah Maghrib 6 Feb 2012
Orang yg menunggu org sakit tenat pahalanya sama besar dgn 2 bukit Uhud.
pesakit meninggal dunia pada malamnya berkatalah org yg menunggu td, suruh ... readmore
Intisari Ceramah Israq Mikraj 2012Maha suci Allah yang memperjalankan hambanya Nabi Muhammad saw pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekitarnya unt ... readmore
Kuliah maghribManusia paling utama disisi Allah
1. Orang yang paling banyak takwa kepada Allah swt dan beriman dengan Hari Akhirat.
2. Orang yang paling erat hub ... readmore
0 comments:
Post a Comment