Kuliah maghrib 2-4-2012
Kecintaan dan kebencian kerana Allah
Bila cinta kerana Allah maka bila benci mestilah kerana Allah juga kerana punca sayangi seseorang mestilah kerana ketaatannya kepada Allah
atau kerana amalannya yang baik.
Tetapi bila dia berbuat maksiat, derhaka kepada Allah dan terkutuk disisi Allah, maka hendaklah kita membencinya, benci kerana Allah.
Jika mencintai seseorang kerana sesuatu sebab maka kita akan membencinya kerana sesuatu sebab yang berlawanan.
Tanda tanda apabila membenci seseorang:
1. Tidak bercakap
2. Membisu lidah
3. Kehadiran tidak diendahkan
4. Menjauhkan diri daripadanya
5. Bersikap acuh tak acuh
6. keraskan bicara
Apabila kesalahan telah diakuinya dan merasa dukacita dan berjanji tidak akan berbuat lagi, hendaklah kita memaafkannya.
Semua manusia patut dijadikan sahabat. Sabda Nabi sifat dan kelakuan seseorang itu dilihat pada kawan kawannya, oleh itu hendaklah kita pilih dan kena perhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.
Semoleknya rakan itu mestilah mempunyai sifat dan kelakuan yang istimewa untuk di jadikan sahabat.
Sifat sifat yang perlu di perhati apabila memilih sahabat.
1. Waras fikiran
2. Baik budi pekerti
3. Tidak fasik
4. Tidak terlampau mementingkan hal hal keduniaan.
Sifat waras pemikiran menjadi modal dan pokok kepada kehidupan. Tiada gunanya bersahabat dengan orang yang kurang akalnya. Kerana ia akan membawa kepada perasaan yang tidak tenteram dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya perselisihan. Walau pun telah berkawan agak lama.
Memutuskan persahabatan dengan orang yang mementingkan ke duniaan adalah suatu pengorbanan dan ia adalah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Perihal budi pekerti yang luhur itu dengan percakapan yg sopan santun adalah sebaik baik sifat seorang sahabat.
Tiada guna berkawan dengan orang yang panas baran, dipengaruhi oleh nafsu, kedekut dan pengecut.
Orang yang fasik, kekal dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat orang maka tidak ada faedah untuk berkawan dengannya juga. Malah melihat kelakuannya atau apabila bersamanya akan mendorong diri kita untuk melakukan maksiat.
Biasanya orang yg tidak takut kepada Allah akan sentiasa berubah ubah pendiriannya.
Firman Allah janganlah engkau menurut orang yang telah lalai dan orang yang mengikut hawa nafsunya.
Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.
0 comments:
Post a Comment