Nisfu Syaaban Di Masjid Al Qasimi




Pesanan Imam sebelum memulakan majlis membaca Surah Yaasin.

Pada bacaan kali pertama hendaklah memohon doa kepada Allah swt agar dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt. Pada bacaan kali kedua mendaklah memohon doa agar dimurahkan rezeki untuk memudahkan urusan beribadat kepada Allah swt. Dan pada bacaan kali ketiga hendaklah berdoa agar ditetapkan imam supaya  hidup dan mati kita di dalam agama Islam.

Wassalam


Majlis Solat Hajat Dan Jamuan Laksa SK Long Gafar

Pada 22 Jun 2013 PIBG SK Long Gafar telah mengadakan majlis jamuan laksa dan solat hajat.

Majlis ini telah diadakan selepas solat zohor di dewan sekolah SK Long Gafar.

Solat Zohor dan solat hajat telah diimamkan oleh iman muda masjid Al Qasimi Mukim Parit.










Wassalam

National Women Seminar 2013



Seminar yang bertemakan "future direction" telah di adakan pada 19-20 Jun 2013 di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelanan.

Seminar ini di anjurkan bersama oleh Pusat Kanser Payudara (PS1) Hospital USM dan Jabatan Radiologi Hospital USM.

Seminar selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr Omar Osman Naib Canselor USM.









Etika Pengisian Ramadhan

Etika dalam pengisian Ramadhan
Rahsia puasa sangat jelas iaitu agar kita bertaqwa.

Nafsu dalam diri mendorong diri ke arah melakukan maksiat. Ikut nafsu akan binasalah ibadat kita

Berpuasa agar ibadat diterima pelihara dari perkara yang merosakkan pahala puasa.

Jaga adab adab berpuasa. Perbanyakkan melakukan perkara sunat

Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa apa ganjaran selain dari lapar dan dahaga

Adab adab berpuasa
1. Tutup pandangan pada perkara yang diharamkan oleh syarak. Pelihara pandangan dan kemaluan
2. Menutup aurat dan menjaga telinga dari perkara perkara fitnah
3. Menjaga lidah dari kata kata yang tidak berfaedah, seperti mengumpat dll
4. Pelihara anggota lain dari melakukan perkara yang tidak berfaedah dan diharamkan oleh Allah swt
5. Tidak berlebihan dalam menyediakan juadah semasa berbuka sehingga membazir
6. Jangan makan berlebihan
7. Wujud perasaan takut akan ibadat puasa ini diterima atau tidak oleh Allah swt. Sentiasa berdoa agar tidak tergolong dikalangan mereka yang rugi.

Perkara sunat
1. Bangun bersahur dan lewatkannya, kerana dengan bersahur itu ada keberkatan. Ketahanan diri untuk berpuasa esoknya. Penuhi masa untuk bertahajjut. 
2. Menyegerakan berbuka puasa. Sunnah Rasulullah berbuka dengan tamar atau air sejuk. Buah tamar mudah dihadam dan memberi tenaga segera. Air kosong boleh mencuci perut dan membasahi hati. Solat maghrib dan selepas itu baru menikmati juadah yang lain.
3. Berdoa sepanjang siang hari dan semasa berbuka puasa. Doa sewaktu berbuka tidak akan ditolak oleh Allah swt.



Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Amal Makruf Nahi Mungkar VI

Kemungkaran semasa mandi di tempat awam
- mandi bertelanjang seorang diri dan lihat auratnya sendiri maka hukumnya makruh.
- buka aurat dan melihatnya
- upah menggosok badan atau mengurut.
- apabila menyentuh aurat atau kemaluan orang lain adalah haram tak kita lelaki atau perempuan.
- dilarang juga memasang jubin lantai yang licin kerana dikhuatiri akan tergelincir.

Kemungkaran semasa menjamu tetamu
- hamparan sutera,
- bakar wangian dalam bekas Perak atau emas.
- ada nyanyian dan tarian dari wanita
- memakan makanan haram atau meminum minuman keras
- hidangan yang berlebihan

Wassalam

Hadis 28: Berpegang Teguh Dengan Sunnah Dan Menjauhi Perkara Bidaah

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ).
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '


Kepentingan hadis
Pesanan Nabi 
1. Bertaqwa kepada Allah 
2. Patuh kepada pemimpin 
3. Jangan berpecah belah
4. Jauhi perkara bidaah

Hukum hakam 

1. Nasihat yang memberi kesan yang mendalam seterusnya mempengaruhi kehidupan kita. Syarat syarat dalam memberi nasihat:

a) Perlu ada tema yang tepat dan bermunajat kepada umat manusia dan negara. contoh dalam hadis tadi adalah "Bertaqwa kepada Allah dan taat kepada pemimpin". Bermuzakarah, berbincang dan berdebat dengan cara yang bermunafaat dalam menentukan sesuatu tema.

b) Guna bahasa yang mudah difahami dan fasih.

c) Perlu ada penghayatan pada ilmu itu

d) Nasihat yang tidak terlalu panjang

e) Memilih keadaan dan waktu yang tepat.


2. Sifat yang perlu ada pada pemberi nasihat

a) Yakin dengan apa yang diperkatakan

b) Hati yang bersih dan ikhlas serta gigih.

c) Ucapan sesuai dengan perbuatan. Cakap serupa bikin.


3. Kebersihan hati sahabat
- ketakutan dan kegusaran dalam diri sahabat bila mendengar nasihat dari sahabat sehingga membuatkan mereka menangis dan sedih.


4. Taqwa bermaksud melakukan semua perintah dan meninggalkan segala larangan. Ia adalah perintah syarie yang di tuntut oleh syarak


5. Pesan menyuruh supaya taat kepada Allah, rasul dan ulul Amri. 
a] Kejadian yang diceritakan itu berlaku di zaman ini dan bukan di zaman semasa ianya diceritakan.
b] beriltizam untuk sentiasa mengamalkan sunnah Nabi saw


6. Peringatan tentang bidaah
Bidaah adalah perkara yang direka reka, tiada asas dan tiada sandaran langsung.
- jangan cepat menghukum atas sesuatu perkara.



Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Mencari yang halal dalam proses Perawatan

Dari segi Akidah
1. Penyemuh utama adalah Allah swt dan bukannya ubat ubatan

2. Asbab, sebab penyebab
Sakit dan sembuh adalah ada pemyebabnya.

3. Qada dan qadar, ajal maut dan rezeki ditangan tuhan. Ubat yang dibekalkan ada qadar nya.

Perinsip asas, Asal berubat dan ubat ubatan adalah halal dan harus, melainkan terdapat nas nas yang melibatkan pengharamannya.

Segala yang disediakan di mukabumi adalah untuk kebaikan dan kemudahan kita. Melainkan ada kenyataan melarangnya.

Jangan kamu berubat dengan sesuatu yang haram.

Pengecualiannya,
1. Dinyatakan oleh hadis tentang haramnya.
- berubat dengan tangkal, azimat
- jampi yang ada berhubung dengan jin
- berubat dengan arak
- ubat yang dimasukkan gelatin babi
- menghirup darah 




Gotong Royong Mini

Sempena dengan audit 5S dan juga penyediaan untuk tapak peralatan DEXA yang akan diperolehi tidak lama lagi, sebahagian dari staf Jabatan Radiologi telah mengadakan satu gotong royong mini.
Antara program yang dibuat adalah memindah locker staf ke lokasi yang baru, di mana  lokasi baru ini adalah lebih dekat dengan persekitaran staf dan agak lebih selamat.

Lokasi lain yang terlibat adalah bilik ultrasound yang lama yang akan menjadi lokasi baru peralatan DEXA juga dibersihkan.

Terima kasih kepada semua staf yang terlibat.










Hadis 27: Mengenal Antara Kebaikan Dan Dosa

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. 
~ Riwayat Muslim 


Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Kebaikan itu adalah baiknya akhlak, dosa pula adalah apa yang terasa mengganggu atau debaran dalam diri dan hati kecil kita tidak suka akan perkara itu.

Mintalah fatwa pada hati sendiri, kebaikan itu adalah menenangkan diri dan hati, dosa pula adalah berdebar dalam diri dan dalam dada ada ragu ragu. 

Kepentingan hadis
- ucapan Rasulullah mengenai kebajikan dan dosa yang merangkumi semua perbuatan baik dan jahat.

Pengajaran 
1. Definisi kebajikan - berbuat amal, menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang baik dalam bentuk percakapan dan perbuatan. 
Kebajikan adalah perkara yang ringan dan mudah seperti menunjukkan wajah berseri dan wajah yang lembut serta mudah memberi senyuman.

Firman Allah , kebajikan dikepilkan dengan taqwa. 

2. Definisi kebajikan - ketaatan kepada Allah. Tak terlepas dengan hubungan dengan Allah dan juga makhluk.

Firman Allah, bukanlah boleh dinyatakan kebajikan itu dengan menghadap muka ke timur dan barat, tapi ia adalah seseorang yang beriman kepada Allah swt, 
- yakin dengan hari akhirat yang menyebabkan kita beramal bersungguh sungguh di dunia, 
- Beriman dengan malaikat dan yakin dengan tugas tugas malaikat, yakin dengan mata hati kita di mana Allah swt akan membalas segala perbuatan baik dan buruk kita. 
- Beriman dengan al Quran yang amat penting dalam kehidupan kita
- beriman dengan para Nabi 
- memberi harta yang dicintai kepada kaum kerabat, sahabat handai, anak anak yatim, dan lain lain

Kebenaran tentang kebaikan dan keburukan itu boleh di ketahui oleh fitrah manusia.

Apabila berzikir hati akan tenang dan akan terpancar kepada anggota lain, jika hati resah gelisah maka perkara yang kita lakukan adalah berdosa.

Peringkat peringkat berbuat dosa
1. Mula mula buat dosa, hati rasa tak tenang
2. Menjadi biasa
3. Membela dosa itu
4. Bermusuh dengan kebenaran.

Tanda tanda melakukan kesalahan
Berdebar debar dalam hati
Tidak suka dilihat oleh manusia

Apabila ada keraguan pada fatwa kita kena terima apa yang seadanya kerana hati itu tak selari dengan keputusan tersebut.

Apabila menghadapi manusia untuk memberi keputusan dan teguran hendaklah dengan kemampuan seseorang itu.

Al Quran adalah Akhlak Rasulullah.

Islam itu sangat menghargai hati, nilaian Islam adalah pada akhlak seseorang dan bukannya pada moral semata mata.




Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Ceramah Israq mikraj 2013


Ceramah Israq Mikraj pada kali ini telah di adakan  di bilik Konferen Jabatan Radiologi pada 9 hb Jun 2013. Majlis anjuran KKMI ini juga di adakan serentak dengan majlis kesyukuran bagi MMed Radiologi yang telah lulus dalam peperiksaan.

















Antara intisari ceramah Israk Mikraj ialah:
Perjalanan Israq mikraj seperti yang diceritakan di dalam Al Quran

Doa
Ya Allah berkatilah kami pada bulan rejab dan Syaaban dan sampailah kami ke bulan Ramadhan.

Nabi di belah dada untuk dibersihkan hati semasa nak berjumpa dengan Allah swt dalam peristiwa Israq mikraj.

Sebelum solat perlu bersihkan diri dan hati.

Israq - perjalanan darat
2500KM. Dari masjidil haram ke masjidil aqsa.
Singgah di masjid nabawi, bukit tursina

Mikraj - perjalanan ke sidratul muntaha
Menaiki buraq yang bersayap
Pada langit pertama Nabi Muhammad saw bertemu dengan Nabi Adam, pada langit kedua bertemu dengan Nabi Isa & Yahya, pada langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf, pada langit keempat bertemu dengan Nabi Idris, pada langit kelima bertemu dengan Nabi Harun, pada langit keenam bertemu dengan Nabi Musa, dan pada langit yang ketujih Nabi Muhammad saw berjumpa dengan Nabi Ibrahim.

Pesanan Nabi Ibrahim 
Syurga luas, subur, jernih. Dan tanamlah dengan tumbuhan semasa di dunia dengan mengucap Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar, walahaulawala kuwwatailla billa hilali yul azim.

Wassalam




Taklimat Pelajar Pasca Siswazah Pengambilan 2013

Satu taklimat kepada pelajar pelajar pasca siswazah sesi 2013 telah diadakan pada hari Selasa 4 Jun 2013. Seramai 13 orang pelajar baru telah melapurkan diri dengan seorang daripadanya adalah calon PJJ. Taklimat ini telah diadakan di bilik konferen Jabatan Radiologi.

Ketua Jabatan, Pensyarah pensyarah Jabatan Radiologi Hospital USM, Dr Zaihan dari HRPZ2 dan juga Penyelia penyelia staf sokongan juga turut hadir dalam sesi taklimat ini.













Wassalam


Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week