Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Sistem Saraan Transformatif (SST)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion; [sinar]

Majlis Perasmian Bilik Angiografi Secara Telesidang


Majlis perasmian angiografi suite dijadualkan akan diadakan pada 4 September 2012 jam 2:00 petang. Majlis ini akan dirasmikan oleh Dato' Omar Osman VC USM.
Majlis ini akan dibuat serentak antara 4 lokasi yang berasingan secara telesidang, iaitu antara Bilik Angiografi, ruang perasmian, IPPT dan HUKM.
Pada 3 september 2012 sesi percubaan akan dibuat untuk menguji kelancaran sistem telesidang ini.

Update Status Pembinaan Masjid Al Qasimi Pada 13-4-2012

Pembinaan Masjid Al Qasimi di jangka siap pada penghujung tahun ini. Peratus siap setakat ini dianggarkan adalah sebanyak 45 %.

Jumlah sumbangan yang kita terima setakat ini ialah RM512 200 dan perbelanjaan yang dikeluarkan setakat ini ialah RM436 588 atau 85% dari derma yang diterima daripada orang ramai.

Perbelanjaan secara terperinci setakat ini sebagaimana berikut:

  • Pembayaran kepada kontraktor yang dilantik RM238 017.00
  • Harga bahan pembinaan yang telah di beli  RM219 155.00
  • Pembayaran kepada konsultan yang dilantik RM23 000.00
Keperluan perbelanjaan yang dianggarkan untuk menyiapkan masjid yang dibina 2 tingkat dengan kapasiti jemaah sebanyak 800 hingga 900 ialah sebanyak RM500 000.00.

Sumbangan derma dari tuan puan adalah amat diperlukan, begitu juga dengan keperluan bahan bahan binaan


Kempen Penjimatan Kemudahan Asas 2012 Peringkat HUSM

Engku Nazli Engku Ariffin Setiausaha J/K Penjimatan Kemudahan Asas Hospital USM.


Objektif kempen adalah untuk menggalakkan semua staf agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan menggunakan serta menjaga segala kemudahan asas dengan sebaik mungkin.

Antara langkah-langkah yang disarankan bagi memastikan kempen ini berjaya adalah:
 
 a) PERALATAN ELEKTRIK 
1) Pastikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan di'OFF'kan sebelum pulang. 
2) Pastikan lampu Koridor di 'OFF' pada waktu siang 
3) 'OFF'kan lampu atau alatan lain apabila waktu rehat atau tidak digunakan
 
 b) PENYAMAN UDARA 
1) Pastikan suhu dalam keadaan selesa (24 C) 
2) Pastikan pintu dan tingkap tidak dibiarkan terbuka. 
3) Gunakan ekzos di ruang berhawa  dingin ketika perlu sahaja. 
4) Elakkan penggunaan 'central a/c', 'split unit' dan kipas secara serentak. 
5) Pastikan penyaman udara di'OFF' sebelum pulang.
 
 c) TELEFON/FAX 
1) Gunakan Telefon pejabat untuk tujuan rasmi sahaja. 
2) Perluaskan penggunaan e-mail. 
3) Ringkaskan percakapan. 
4) Gunakan telefon/fax secara berhemah. 

 d) AIR 
1) Buka paip dengan kadar pengaliran yang perlahan. 
2) Tutup paip dengan sempurna selepaskan digunakan. 
3) Lapor segera ke UKP jika berlaku kerosakan/kebocoran di talian 3113.
 
 e) SISA KLINIKAL 
1) Pastikan hanya sisa klinikal sahaja dimasukkan ke dalam plastik/tong kuning    dengan merujuk kepada panduan bergambar yang disediakan.
 
"PENJIMATAN MEMASTIKAN KELESTRIAN HARI ESOK"
 

Pengurangan 90% Tunggakkan Denda Hasil Tanah

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengurangkan tunggakkan denda hasil tanah sebanyak 90% kepada semua pemilih tanah yang mempunyai tunggakkan denda mengikut kaedah peruntukan 17A kaedah kaedah tanah Negeri Kelantan 1966.

Tawaran ini terbuka kepada semua pemilik tanah yang mempunyai tunggakkan denda cukai tanah.

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan perkara perkara berikut:

  1. Resit bayaran fail pemohon bernilai RM20
  2. Cabutan hak milik terkini
  3. Bil cukai tanah
Tempoh tawaran ini akan berakhir sehingga akhir tahun 2012 sahaja.

Sekian Terima kasih
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week