Showing posts with label Surah As Sajadah. Show all posts
Showing posts with label Surah As Sajadah. Show all posts

Tafsir Surah As Sajadah: Ayat 26 Dan 27


Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?
(As-Sajdah 32:26)

Allah telah turunkan ayat ini khususnya kepada org kafir musyirikin dan umumnya kepada umat akhir zaman ini.
- berhampiran dengan kota mekah ada peninggalan kesan sejarah umat yang telah ditimpa azam oleh Allah swt.
- kesan kesan masih ada hingga ke hari ini. Sebagai contoh di Jordan 
- kesan kesan peninggalan sejarah Nabi Soleh dan kaum Samud. Selepas mereka sembelih unta pemberian Allah kepada Nabi Soleh, Allah memberi tempoh selama 3 hari sebelum bala diturunkan. Allah memberi masa untuk mereka bertaubat. Namun mereka mempermainkan Nabi Soleh pula, Dalam tempoh 7 hari  selepas itu Allah swt telah datangkan kemusnahan kepada mereka.

- Mesir kesan peninggalan firaun

Ayat ini diturunkan supaya kita berfikir dan menjauhi dari menderhakai perintah Allah swt.

Tsunami telah diceritakan di dalam Al Quran, dari kisah Nabi Nuh. Ombak besar itu adalah sebagai peringatan daripada Allah kepada manusia. 

Allah menggunakan perkataan,  "tidakkah mereka mendengar"  kerana berdasarkan kepada peniaga yang berulang alik dari Syam yang telah menceritakan kepada saudara mara dan sahabat handai mereka apa yang mereka lihat akibat dari kesan kemusnahan yang telah berlaku kepada umat terdahulu.


Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
(As-Sajdah 32:27)

Pada akhir ayat ini, Allah menggunakan perkataan "adakah mereka tidak melihat" pula.
Allah telah turunkan air ke tanah yang kering kontang dan menumbuhkan tumbuh tumbuhan yang seterusnya memberi munafaat manusia.

Allah suruh kita berfikir setelah melihat segala nikmat ini adalah datangnya dari Allah swt. 

Semua manusia melihat perkara ini dan tidak sama sekali boleh dinafikan nikmat nikmat dan kehebatan kejadian Allah swt ini. Namun oleh kerana hati manusia buta  menyebabkan mereka kufur kepada Allah swt.

Nikmat sebagai tetamu Allah semasa datang ke Masjid adalah nikmat terbesar anugerah Allah swt.

Hendaklah sentiasa ingat kepada Allah swt walaupun di mana sahaja kita berada atau dalam keadaan manakah yang kita lalui



Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan


Tafsir Surah As Sajadah: Ayat 25 dan 26

A025 
(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan kamu. Allah menggunakan kalimah Rab untuk menyedarkan manusia hakikat kejadian kita dan seluruh alam semesta ini yang dijadikan oleh Allah swt. Allah swt jualah yang memberikan kamu rezeki dan segala macam nikmat di dunia ini dan Dialah juga yang akan memisahkan kamu pada hari kiamat nanti.

Tujuan diturunkan ayat ini adalah supaya timbul keyakinan pada makhluk tentang hari akhirat. Allah berkuasa untuk membuat alam lain dan juga selain dari alam dunia ini. Manusia tak mampu mencipta alam sepertimana yang dibuat oleh Allah swt.

Ayat ini juga menunjukkan tanda tanda kekuasaan Allah yang maha pencipta.

Sesungguhnya alam dunia ini akan hancur lebur suatu masa nanti.

Dunia ini tiada nilai bagi Allah swt. Sekiranya alam ini bernilai bagi Allah swt nescaya orang yang engkar kepada perintah Allah swt yakni orang kafir tidak akan mendapat minum walaupun setitik air pun

Alam akhirat adalah alam yang di sayangi oleh Allah kerana ia tidak akan dimusnahkan dan hanya dikhaskan untuk orang orang yang beriman.

Orang orang kafir tidak akan mendapat apa apa nikmat walau sedikit pun dari Allah di hari akhirat kelak.

Dua rekaat Solat sunat subuh adalah lebih bernilai di sisi Allah dari apa yang ada di antara langit dan bumi dan juga seluruh isi kandungan dunia ini.

Syarat untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan melakukan amalan soleh dan jangan sekali sekali menyengutukan Allah

Allah swt memisahkan antara golongan golongan manusia, mereka diasingkan mengikut golongan tertentu.

Tiga golongan besar manusia ialah
1. Golongan Manusia yang benar benar beriman
2. Golongan kafir
3. Golongan yang diluar beriman tetapi hakikatnya tidak beriman ( munafik )

Pada perkara yang mereka selisihkan ketika mereka berada di dunia.

Ia berdasarkan kepada perselisihan fahaman fahaman mereka

Dua perkara yang Nabi tinggalkan untuk dijadikan panduan semasa hudup di dunia ini ialah kitab Allah dan sunnah Rasul, ia menjauhkan manusia dari kesesatan.

Ayat 26

A026 
Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

Allah swt memberi ingatan tentang umat terdahulu yang telah di timpa bala oleh Allah swt. Ia adalah untuk memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup. Kesan kesan tinggalan masih ada pada hari ini.
Tinggalan itu merupakan tanda tanda kekuasaan Allah untuk dijadikan pengajaran kepada kita.

 


Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Tafsir Surah As Sajadah Ayat 23 dan Ayat 24

A023 

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
(As-Sajdah 32:23)..

Allah menceritakan tentang Nabi Musa as diturunkan al kitab yakni kitab Taurat dan janganlah kamu ragu ragu bahawa suatu masa nanti kamu ( Nabi Muhammad saw ) akan berjumpa dengan Nabi Musa as

Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan persamaan antara perjuangan Nabi Muhammad dan Nabi Musa dari segi tentangan samada dari pengikut sendiri dan juga dari orang kafir, semasa menyebarkan Agama Allah swt. Allah swt menceritakan kisah Nabi Musa ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada Nabi Muhammad. 

Nabi muhammad berjumpa dengan Nabi Musa semasa Israk Mikraj. Solat 5 dari 50 Waktu adalah pengurangan yang dicadangkan oleh Nabi Musa untuk diminta dari Allah swt. Pengalaman dari pengikut Nabi Musa yang tak mampu (ingkar) untuk melaksanakan perintah Allah swt.

Kelebihan solat 5 Waktu pahalanya bersamaan dengan 50 waktu

Kitab Taurat ada syariat Nabi Musa seperti apabila bertaubat dari melakukan dosa besar kena bunuh diri.
Manakala bagi syariat Nabi Muhammad melalui Al Quran apabila melakukan dosa besar kita dikendaki bertaubat, menyesal dan berazam tidak akan melakukannya lagi.Insyaallah Allah akan menerima taubat kita.


A024 
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
(As-Sajdah 32:24)

Dijadikan pemimpin dari puak bani Israel yang memimpin rakyat mereka berdasarkan petunjuk yang diperintahkan oleh Allah swt.

Begitu juga dikalangan umat Nabi muhammad dikurniakan pemimpin pemimpin dikalangan sahabat sahabat Nabi dan seterusnya.

Cara memimpin mengikut petunjuk Allah swt dan dengan penuh kesabaran dan adalah mereka benar benar yakin dengan Ayat ayat Allah swt.

Pemimpin adalah memegang amanah yang sangat berat. Perlu pimpin mengikut amanat Allah swt.

Ajaran Islam tidak melantik orang yang memohon untuk dijadikan pemimpin.

Pemimpin dilantik mengikut kelayakan dan diputuskan dalam mesyuarat 

Islam tidak melantik orang yang berusaha untuk menjadi pemimpin.

Walaubagaimanapun di dalam Al Quran diceritakan nabi nabi terdahulu yang memohon daripada Allah swt untuk menjadi pemimpin. Di antaranya adalah:

1. Nabi Yusuf memohon dengan Allah agar raja yang memerintah mesir semasa itu memberinya tugas untuk menjaga sistem kewangan negara. 

2. Nabi Sulaiman juga memohon dari Allah sebuah kerajaan untuk diperintahnya dan tiada kerajaan lagi di dunia ini yang dapat menandingi kerajaannya itu.




Wallahualam 
* tulisan ini adalah mengikut kefahaman say dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Tafsir surah as Sajadah: Ayat 21, 22

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat. As-Sajdah 32:21

Azab di bumi sebelum azab yang lebih besar di akhirat kelak

Ini adalah salah satu tanda rahmat Allah terhadap hambanya, dimana Allah swt akan mengenakan azab di muka bumi terlebih dahulu, dengan harapan mereka akan sedar akan kelemahan mereka yang tak mampu nak melarikan diri atau menolak dari azab tersebut. Manusia yang sedar akan segera bertaubat dan memohon keampunan dari Allah swt.

Sekiranya mereka masih engkar dan berterusan melakukan kemungkaran, nescaya azam yang lebih besar akan menimpa mereka di akhirat kelak.

Sebagai makhluk, kita kena berharap hanya kepada Allah swt.


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas. As-Sajdah 32:22



Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diberi peringatan dengan tanda tanda kekuasaan Allah dan kemurahan Allah swt, kemudian mereka berpaling daripada peringatan tersebut. Sesungguhnya Allah swt akan membalas balik ke atas segala perbuatan mereka

Kisah Nabi Soleh yang memberi peringatan kepada kaum Samud
- dialah yang telah memberikan dan memperkembangkan kehidupan kamu (bangunan yang mereka bina beribu tahun dahulu masih kekal hingga kini ) bahawa teknologi yang sentiasa berkembang maju dikurniakan oleh Allah melalui daya akal fikiran dan hasil bumi yang disediakan oleh Allah swt.

Mereka dapat menikmati kehidupan yang bahagia hasil dari perkembangan ilmu. Menyebabkan mereka lara dan lalai kepada Allah swt.

Maka hendaklah kamu sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt.

Golongan mujrimin ( tidak insaf dan berpaling dari menerima peringatan Allah swt)
1. Istiharkan diri pegang panji panji yang bukan dari kebenaran. Ajaran yang bukan dari Allah swt. Ia adalah ajaran yang sesat.
2. Derhaka kepada kedua ibu bapa.
3. Bersekongkol bersama dengan orang yang melakukan kezaliman.

Wallahualam

Surah As Sajadah: Ayat 20



Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
(As-Sajdah 32:20

Manakala bagi orang orang yg fasik, tempat kembali mereka adalah api neraka. Ayat ke 20 ini adalah kesinambungan dari ayat 18 dan 19. Ini adalah cara Allah swt mengajar kita supaya kita mudah faham, mudah ingat dan mengambil perhatian dengan bersungguh sungguh.

Orang orang fasik ini terbahagi dalam 2 golongan,
1. Golongan yang tidak beriman kepada Allah. Tidak mengucap dua kalimah syahadat.
2. Golongan yang mengaku beriman tetapi berterusan melakukan dosa.

Mereka yang beriman dengan sebahagian dari Al Quran dan menolak sebahagian dari Al Quran melainkan mereka akan mendapat kehinaan di dunia ini dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan untuk menerima seteruk teruk azab.

Amal adalah kerja yang dibuat sepanjang masa ketika kita berada di dunia ini.
Setiap kerja buat yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Sebagai contoh setiap langkah ke masjid akan diberi satu pahala, diampunkan satu dosa serta diangkat satu darjat. Begitu juga dengan perjalanan pulang dari masjid. Setiap senyuman dan salam yang dibuat kerana Allah swt juga akan diberi pembalasan oleh Allah swt.

Apa yang ada disisi Allah swt sahaja yang kekal buat selama lamanya

Keyakinan kepada hari akhirat dari sudut:
1. Ilmu dari Allah dan Rasulullah semasa hidup di dunia. Oleh itu perbanyakkan amalan dan memperhambakan diri kepada Allah swt sehingga timbul keyakinan dalam diri.
2. Penglihatan - selepas kita mati

Musibah, seperti penyakit yakni azab di atas dunia sebenarnya adalah rahmat Allah swt, mudahan kita sedar dan kembali semula kepada Allah. Mengingatkan bahawa kita adalah lemah. Buang sifat ego dan angkuh dalam diri kita.

Kalau masih takbur walaupun diterima musibah akan mendapat siksa di dunia dan juga di akhirat .

Wallahualam

Kuliah Maghrib: Tafsir Surah As Sajadah Ayat 18

Ayat 18
(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

Persoalan dari Allah swt adalah satu kaedah menuntut ilmu yang berkesan.
Perasaan ingin tahu akan ada dikalangan manusia. Ilmu akan mudah diingati oleh manusia
Adakah persamaan diantara orang yang beriman dengan orang yang fasik. Jawapannya tidak akan sama, sama sekali.
Dari sudut kehidupan di dunia tiada perbezaan yang nyata pada zahirnya. Namun perbezaannya ada di sisi Allah.

1. Bagi orang yang beriman kekayaan itu adalah sebagai ujian dari Allah
2. Bagi orang fasik mereka menganggap yang Allah swt sayangkannya

Kisah Nabi Sulaiman yang paling berkuasa dan kaya di dunia ini. Dengan rakyatnya yang hebat. Bila dipuji jawapannya segala apa yang dimilikinya adalah semuanya adalah hak Allah swt dengan bertujuan untuknya samada aku bersyukur atau aku kufur.

Firaun pula yang berkuasa tetapi kufur kepada Allah swt pula berkata akulah tuhan mu yang paling tinggi.

Orang Israel yang menzalimi orang Israel tapi masih belum lagi dibalas dengan azab oleh Allah swt. Firman Allah swt janganlah mereka ingat kamu akan terlepas dari azab Allah swt Sesungguhnya kami menangguhkan azab kepada mereka adalah bertujuan supaya bertambah tambah dosa mereka. Satu masa nanti Allah akan timpakan ke atas mereka azab yang akan menghinakan mereka.

Ujian Allah kepada orang yang beriman adalah lebih banyak dari ujian terhadap orang kafir dan fasik.
Keadaan ini menyebabkan mereka (orang yang fasik) akan lara dan hanyut dengan kehidupan dunia. Mereka tidak ambil peringatan untuk bertaubat setelah diuji oleh Allah swt.

Dengan keimanan yang mereka ada Allah swt gantikan dengan kesabaran.

Orang yang mengutamakan akhirat akan memberikan kesan kepada kehidupannya di dunia dan begitulah sebaliknya.

Wassalam



Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week