Surah As Sajadah: Ayat 20



Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
(As-Sajdah 32:20

Manakala bagi orang orang yg fasik, tempat kembali mereka adalah api neraka. Ayat ke 20 ini adalah kesinambungan dari ayat 18 dan 19. Ini adalah cara Allah swt mengajar kita supaya kita mudah faham, mudah ingat dan mengambil perhatian dengan bersungguh sungguh.

Orang orang fasik ini terbahagi dalam 2 golongan,
1. Golongan yang tidak beriman kepada Allah. Tidak mengucap dua kalimah syahadat.
2. Golongan yang mengaku beriman tetapi berterusan melakukan dosa.

Mereka yang beriman dengan sebahagian dari Al Quran dan menolak sebahagian dari Al Quran melainkan mereka akan mendapat kehinaan di dunia ini dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan untuk menerima seteruk teruk azab.

Amal adalah kerja yang dibuat sepanjang masa ketika kita berada di dunia ini.
Setiap kerja buat yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Sebagai contoh setiap langkah ke masjid akan diberi satu pahala, diampunkan satu dosa serta diangkat satu darjat. Begitu juga dengan perjalanan pulang dari masjid. Setiap senyuman dan salam yang dibuat kerana Allah swt juga akan diberi pembalasan oleh Allah swt.

Apa yang ada disisi Allah swt sahaja yang kekal buat selama lamanya

Keyakinan kepada hari akhirat dari sudut:
1. Ilmu dari Allah dan Rasulullah semasa hidup di dunia. Oleh itu perbanyakkan amalan dan memperhambakan diri kepada Allah swt sehingga timbul keyakinan dalam diri.
2. Penglihatan - selepas kita mati

Musibah, seperti penyakit yakni azab di atas dunia sebenarnya adalah rahmat Allah swt, mudahan kita sedar dan kembali semula kepada Allah. Mengingatkan bahawa kita adalah lemah. Buang sifat ego dan angkuh dalam diri kita.

Kalau masih takbur walaupun diterima musibah akan mendapat siksa di dunia dan juga di akhirat .

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week