Musafir Dalam Keadaan Berilmu
Apabila bermusafir, kita dibolehkan untuk memendekkan dan menghimpunkan solat
Qasar bererti memendekkan solat. Solat solat yang boleh dipendekkan adalah solat Zohor, Asar dan Isyak
Jamak pula bererti menghimpunkan solat. Menghimpunkan solat ini boleh dibuat dalam waktu yang awal dan dalam waktu yang akhir. Antara solet yang boleh dihimpunkan adalah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak.
Qasar dan Jamak boleh dilakukan dengan serentak
Bagi solat pertama kena azan dan iqamah, manakala untuk solat kedua memadai dengan iqamah sahaja
Kemudahan jamak dan qasar ini dibenarkan dalam perjalanan yang jauh dan dengan tujuan yang diharuskan
Bagi Perjalanan yang dekat, ada pendapat yang membolehkan dan ada yang melarang.
Solat wajib atau sunat juga boleh dikerjakan semasa musafir walaupun di atas binatang tunggangan tanpa perlu rukuk dan sujud, memadai dengan menundukkan kepala sahaja. Menghadap kiblat juga tidak diberatkan, memadai dengan niat mengadap kiblat sahaja.
Masa musafir dikira selepas kita meninggalkan kampung kediaman.
Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan x boleh dijadikan rujukan
Related Posts
Harta Dan FaedahnyaHarta sesudah mati akan dibahagikan kepada waris waris, namun ia tetap disoal kepada si mati akan dimana ianya diperolehi dan kemana ianya dibelanjak ... readmore
Berdusta - sambunganApabila orang yang paling dibenci datang mencari di rumah, maka di suruh khadamnya supaya memberitahu orang itu mencarinya di masjid dan bukan mengat ... readmore
Surah al Khujurat - ayat ke 9Sekiranya 2 golongan daripada kalangan orang yang beriman bermusuhan, maka cari lah jalan agar mereka berbaik semula. Perangi lah puak puak yang mela ... readmore
Bencana Lisan - SambunganMelibatkan diri dalam kebatilan
- berbual bual dalam hal hal berkaitan dengan maksiat seperti menceritakan Hal kaum wanita, duduk bersama orang fasi ... readmore
Sifat belas kasihanSifat belas kasihan perlu ada pada setiap manusia. Jangan ada sifat kekerasan Sifat orang Muslim adalah sangat lembut hati dan mudah untuk ... readmore
0 comments:
Post a Comment