Tafsir surah as Sajadah: Ayat 21, 22

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat. As-Sajdah 32:21

Azab di bumi sebelum azab yang lebih besar di akhirat kelak

Ini adalah salah satu tanda rahmat Allah terhadap hambanya, dimana Allah swt akan mengenakan azab di muka bumi terlebih dahulu, dengan harapan mereka akan sedar akan kelemahan mereka yang tak mampu nak melarikan diri atau menolak dari azab tersebut. Manusia yang sedar akan segera bertaubat dan memohon keampunan dari Allah swt.

Sekiranya mereka masih engkar dan berterusan melakukan kemungkaran, nescaya azam yang lebih besar akan menimpa mereka di akhirat kelak.

Sebagai makhluk, kita kena berharap hanya kepada Allah swt.


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas. As-Sajdah 32:22



Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diberi peringatan dengan tanda tanda kekuasaan Allah dan kemurahan Allah swt, kemudian mereka berpaling daripada peringatan tersebut. Sesungguhnya Allah swt akan membalas balik ke atas segala perbuatan mereka

Kisah Nabi Soleh yang memberi peringatan kepada kaum Samud
- dialah yang telah memberikan dan memperkembangkan kehidupan kamu (bangunan yang mereka bina beribu tahun dahulu masih kekal hingga kini ) bahawa teknologi yang sentiasa berkembang maju dikurniakan oleh Allah melalui daya akal fikiran dan hasil bumi yang disediakan oleh Allah swt.

Mereka dapat menikmati kehidupan yang bahagia hasil dari perkembangan ilmu. Menyebabkan mereka lara dan lalai kepada Allah swt.

Maka hendaklah kamu sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt.

Golongan mujrimin ( tidak insaf dan berpaling dari menerima peringatan Allah swt)
1. Istiharkan diri pegang panji panji yang bukan dari kebenaran. Ajaran yang bukan dari Allah swt. Ia adalah ajaran yang sesat.
2. Derhaka kepada kedua ibu bapa.
3. Bersekongkol bersama dengan orang yang melakukan kezaliman.

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week