Amal Makruf Nahi Mungkar

Syarat- syarat perlu cegah perkara mungkar
1. Perkara yang dilarang oleh syarak dan bercanggah dengan syariat Islam.
- sebagai contoh jika terlihat anak kecil atau orang gila meminum arak maka hendaklah kita tuangkan arak itu ke tanah. Walaupun perbuatan ini tidak dikira maksiat kepada pelakunya. 

Jauhilah kamu daripada 7 dosa besar terutamanya syirik kepada Allah swt

Jauhilah juga dari dosa dosa kecil dan jangan mengulangi perbuatan itu secara berturut turut.

2. Perkara mungkar itu dilakukan secara terang terangan dan bukan secara tersembunyi. Perbuatan mengintip sesuatu perbuatan mungkar oleh seseorang adalah dilarang oleh Allah swt.

Darjah berbuat kemungkaran 
1. Memberi peringatan kerana dikhuatiri orang yang melakukan perbuatan mungkar itu tidak mengetahui bahawa perkara yang dilakukannya adalah dilarang oleh syarak. - pemberitahuan itu hendaklah dengan sikap lemah lembut dengan harapan hati sipelaku itu tersentuh dan menyesal akan perbuatannya tanpa merasa tersinggung atau sakit hati.

2. Memberi kuliah, nasihat dan amaran dengan menggambarkan ancaman dan kemurkaan Allah swt ke atas perkara perkara mungkar yang telah dilakukan. Jadikan al Quran dan hadis serta perjalanan hidup para sahabat sebagai panduan di dalam kuliah tersebut. Penyampaian itu hendaklah dengan cara lemah lembut, kasih sayang dan belas kasihan.





Wallahualam 
* Tulisan ini adalah mengikut kafahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week