Amal Makruf Nahi Mungkar - III
Cara cara mencegah dan menghalang seseorang dari melakukan perkara mungkar:1. Beri peringatan dan nasihat - mungkin perbuatan mungkar yang dilakukan itu adalah diluar pengatahuannya.
2. Beri kuliah - secara terus atau mengajaknya belajar dengan guru. Insyaallah akan terima hidayat dari Allah swt
3. Menggunakan kekerasan dalam mencegah perbuatan mungkar dengan mengucapkan kata kata lantang dan tegas yang berkesan
- ini dilakukan apabila cara halus dan lembut tidak diterima.
Firman Allah: mengapa kamu menyembah sesuatu selain dari Allah. Apakah kamu tidak berakal?
- Walaubagaimanapun teguran itu janganlah sampai keterlaluan.
- menyatakan sesuatu perkara yang benar dengan ringkas dan mudah difahami. Membuat teguran pada perkara perkara yang perlu sahaja dan tidak meleret kepada hal hal yang lain hingga terkeluar dari permasalahan yang hendak ditangani.
4. Mengubah kemungkaran itu dengan tangan sendiri.
- kewajipan ini hanya terletak ditangan penguasa dan pemerintah sahaja dan tidak tertakluk kepada orang awam.
Tiga adat/perkara yang perlu ada pada orang orang yang menyuruh Makruf dan melarang mungkar
1. Berilmu
- mengetahui dengan nyata perkara yang hendak disuruh atau dilarang itu.
2. Warak
Mencegah perkara yang mungkar itu sahaja dan tidak melampaui batas. Kata kata dituturkan itu mestilah masuk akal dan dapat diterima oleh seseorang itu.
3. Berbudi pekerti yang baik
Bersikap lemah lembut dan belas kasihan kepada sesiapa pun. Menyebabkan seseorang itu malu dan hormat kepadanya dan tidak akan sesekali akan menentangnya. Sikap ini akan melenyapkan perasaan marah dan tidak sabar pada setiap orang yang berilmu dan warak itu.
* mereka yang mempunyai 3 sikap ini akan sentiasa dekat dengan Allah swt.
Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment