Amal Makruf Nahi Mungkar IV


Sifat yang sempurna akan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Sebagai seorang pemimin dan dan seorang yang berilmu kita kena membimbing dengan berlemah lembut dan mengcapkan kata kata yang lunak.

Kemungkaran terjadi di mana mana sahaja dan ianya berlaku sepanjang hari.

Kemungkaran yang berlaku di dalam masjid 

Dua jenis kemungkaran yang biasa berlaku iaitu yang makruh dan haram
Makruh - sunat untuk mencegahnya, jika berdiam diri hukumnya makruh.

Haram- adalah dicegah oleh Allah swt maka adalah haram untuk berdiam diri.
Antaranya adalah:
- solat tak sempurna seperti tiada takmakninah semasa rukuk, sujud dll.
- bacaan Al Fatihah tidak sempurna

Kemungkaran yang dilakukan ini boleh membatalkan solat. Oleh itu adalah wajib untuk dicegah.
Jika melihat seseorang solat tapi tidak sempurna tetapi dia hanya mendiamkan diri tanpa menegurnya maka dia akan berkongsi dalam kemungkaran itu.

- membaca al Quran dalam masjid dengan banyak kesalahan pada tajwidnya sedangkan dia mampu belajar. hendaklah dia berhenti dan seterusnya mencari guru untuk mengajarnya. Perbuatan ini wajib ditegah oleh orang yang mengerti.

- muazim yang melenggang lenggok dan terlalu memanjangkan pada kalimah azan. Hukumnya adalah makruh

- ucapan oleh para pencerita / penceramah yang mencampur aduk antara perkara yang betul dan dusta, khayalan dan khurafat. Wajib di engkari

- menjual ubat dan makanan di dalam masjid

- menjual azimat dan berpura pura membaca al Quran dengan tujuan meminta minta di dalam masjid.

- jadi tempat keluar masuk orang gila dan kanak kanak yang tidak suci.

- bercerita perkara dunia di dalam masjid


Wallahualam 


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week