Hadis Ke 25: Jalur Lebar Kebaikan

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "



Ganjaran dari Allah swt kepada orang orang yang berbuat baik, begitu juga apabila mereka berbuat jahat.

Pengajaran
Rasulullah swt memberi galakan, rangsangan dan motivasi  untuk berbuat baik sebagai simpanan di hari akhirat kelak. 

Amal soleh adalah sebagai satu bentuk perintah yang perlu dibuat dengan bersungguh sungguh.

Mengikut sejarah sahabat sahabat yang miskin merasa sangat kerdil akan kelemahan dan kekurangan diri. Rasulullah memberi rangsangan dalam menangani masalah sahabat sahabat tersebut dengan mengambil pendekatan yang bijaksana supaya dikalangan sahabat merasa Allah swt menyayangi mereka.

Rahmat dan kurniaan  Allah swt itu adalah amat luas. 

Tujuan utama nasihat Rasulullah adalah supaya para sahabat meningkatkan amalan mereka dan sentiasa berlumba lumba mengerjakan kebajikan.

Bagi mereka yang tidak mampu bersedekah maka mengingati Allah dengan berzikir kepadaNya adalah satu sedekah yang tinggi nilainya disisi Allah swt. Ia adalah simpanan yang kekal dan tidak dikongsi keuntungan kepada pihak lain

Zikir yang baik disebut oleh Rasulullah saw di dalam hadis ini.

Setiap makhluk adalah berhajat kepada Allah swt.

Berbuat Maaruf dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah swt juga adalah sedekah kerana itulah umat Nabi saw adalah sebaik baik umat. 

Semua perbuatan itu mesti bergantung dengan niat dan ikhlas 

Syarat syarat ikhlas
1. Jangan menunjuk nunjuk
2. Jangan meninggi diri
3. Jangan mengharap balasan dari makhluk. - harap hanya kepada Allah swt.


Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.
















0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week