Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Pesanan Habib Umar

Pesan Habib Umar Dalam Menghadapi Kemelut Politik

"Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah, biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing masing. Jangan mencaci sesiapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok.

Janganlah ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing masing. Ketahuilah dakwah Nabi Muhammad saw sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi Muhammad saw akan terus ada hingga seluruh kepimpinan ini sirna, maka janganlah larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.

Tenanglah dengan keputusan Allah swt, teguhlah dengan niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntutan kedamaian bagi masyarakatmu".


Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz


Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya

Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain. 




Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka

2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak

3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.



Sumber : Pondok Pasir Tumboh
Dikirim dalam Kalam Habib Umar bin Hafiz



Kuliah Maghrib 25-2-2013: Uzlah (4)

Tujuan ber-uzlah
Tawadduk, merendah diri adalah sifat dan darjat yang paling utama bagi seseorang manusia.
Orang yang paling bertuah ialah yang panjang umur dan banyak beribadat kepada Allah swt.
Orang yang pendek umur tetapi taat juga kepada Allah swt juga bertuah.

Jangan berbuat sesuatu perkara kebaikan atau menonjolkan diri dalam sesuatu majlis semata mata untuk mendapat pujian dari orang ramai.

Hanya Allah swt sahaja yang berkuasa untuk memberi menafaat kepada makhluknya semasa di dunia dan di akhirat.

Semua bahaya dan menafaat adalah dalam kekuasaan dan takdir Allah swt.

Keredhaan Allah swt itu hendaklah kita cari semasa di dunia ini

Tiada jalan untuk mendapat keselamatan dari manusia atau makhluk lain selain dari keredhaan Allah swt sahaja.

Jika seseorang itu memencilkan diri di dalam rumahnya dan tidak keluar bergaul dengan orang ramai semata mata untuk mendapat pujian dari orang ramai akan mendapat kecelakaan di akhirat kelak.

Pengalaman hidup amat berfaedah bagi setiap orang dan ianya hanya dapat apabila seseorang itu bercampur gaul dengan manusia yang lain.

Wassalam



Kuliah Maghrib 18-2-2013 Uzlah (3)

Sambungan faedah bercampur gaul berbanding dengan ber-uzlah
1. Belajar dan mengajar
2. Mendidik dengan berbagai nasihat
3. nasihat menasihati antara satu sama lain
4. sabar dengan kerenah orang lain
5. menyelamatkan diri dari sifat angkuh dan sombong.
6. Menghiburkan diri dan orang ramai dalam urusan agama demi untuk memupuk kasih sayang terhadap Allah swt.
7. Mencari pahala dengan cara menghadiri upacara pengkebumian, menziarahi orang sakit atau hadir bersolat jemaah setiap waktu. Tiada pengecualian bagi meninggalkan solat secara berjemaah kecuali khuatir akan sesuatu bahaya yang akan menimpa di jalanan.
8. Menghadiri perjumpaan yang baik, undangan undangan yang boleh menggembirakan hati seseorang muslim yang lain.
9. Membolehkan orang lain juga mendapat pahala untuk sesuatu pekerjaan kebaikan yang dilakukan bersama sama atau membenarkan orang lain melawat kita apabila kita sakit.
10. Mengucapkan takziah apabila berlaku kematian di dalam keluarganya atau mengucapkan tahniah atas kejayaan dan nikmat nikmat yang baru diperolehi oleh nya.

Ber-uzlah
1. Biasanya orang tua suka menyendiri
2. Rasa lebih dihormati apabila menyendiri
3. Berasa ibadatnya akan lebih sempurna
4. Suka dikunjungi tetapi tak suka mengunjungi.
5. Sikapnya aneh
6. Sangat merendah diri kepada manusia lain

Wallahualam


Tazkirah Maghrib 17-2-2013

Tazkirah ini disampaikan oleh Imam Tua Masjid Al Qasimi.


Surah Buah Tin - 95

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Tin

Terdiri daripada 8 ayat ( Makkiyyah)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.*
* Sebahagian mufassir menafsirkan: Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh 'Alaihissalam iaitu Damsyik yang banyak tumbuh pohon tin; dan Zaitun iaitu Baitul Maqdis yang banyak buah Zaitun.

2. Dan demi Tur Sina (Bukit Sinai)*
* Bukit Sinai (Tur Sina) iaitu tempat Nabi Musa 'Alaihissalam menerima wahyu daripada Allah Subhanahu wa Taa'la.

3. Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini.

4. Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

5. Kemudian kami kenbalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.

6. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.

7. Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?

8. Bukankah Allah hakim yang paling adil?


Ulasan

Demi buah tin dan buah zaitun, bukit tursina, negeri yang aman damai.

Kejadian pokok yang berbuah adalah kejadian Allah swt yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.

Bukit Tursina yang besar dan gagah perkasa adalah tempat Nabi Musa as menerima wahyu dari Allah swt

Negeri Mekah yang kering kontang dan tiada tumbuhan, namun dengan kebesaran dan jaminan Allah swt, negeri Mekah menjadi aman damai dan makmur

Sesungguhnya manusia dijadikan oleh Allah swt dengan sebaik baik kejadian.
Allah swt kurniakan akal kepada manusia yang membolehkan manusia belajar dan dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk.

Apabila memerlukan pertolongan hendaklah kita meminta terus kepada Allah swt dan bukannya kepada makhluk makhluk yang lain.

Al Quran diturunkan kepada Rasulullah saw untuk dijadikan pedoman kepada umat manusia supaya kita kenal kepada yang Maha Pencipta yakni Allah swt.

Kemudian kami jatuhkan mereka ke tingkat yang paling rendah yang lebih teruk dari haiwan kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh mengikut apa yang di ajar oleh Rasulullah saw.

Hendaklah kita yakin dengan perintah Allah swt kerana apabila kita buat perkara yang Allah swt suruh, kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Maka bagi mereka itu akan dikurniakan pahala yang berterusan.

Bagi mereka yang mendustakan agama dan melakukan apa yang dilarang oleh Allah swt kita akan mendapat kemurkaan dan kecelakaan di dunia dan di akhirat.

Agama yang diturunkan Allah yakni Islam yang kita sanggup untuk menerimanya maka wajib kita yakin dan beramal dengannya.




Tema dan Ikhtisar Surah

Tema surah ini ialah “Manusia: Meningkat dan menjunam”. Di dalam surah ini mengandungi beberapa topik utama dalam akidah Islam.

Pertama: Allah swt bersumpah dengan buah tin, buah zaitun, Tur Sina dan negeri Makkah bagi mengukuhkan beberapa perkara dalam akidah Islam. Keistimewaan nama buah dan tempat ini dan hubungan antara satu dengan lain akan perkatakan dalam tafsiran ayat nanti In-Sya-Allah.

Kedua: Allah swt menyatakan bahawa manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, kaki tangannya cantik dan bentuk badannya juga tegak tidak seperti haiwan.

Ketiga: Allah swt mmenyatakan manusia ini ada yang martabatnya rendah dan berada pada tahap yang mendukacitakan. Mereka ialah ahli, iaitu manusia yang kufur kepada Allah dan menolak akidah Islam, sekalipun banyak dalil yang boleh disaksikan bagi membuktikan kebenarannya.

Keempat: Menyatakan keadilan Allah pada pemberian pahala kepada orang mukmin dan penyeksaan terhadap orang kafir.



Wallahualam





Bacaan Yasin


Surah Yasin adalah sinonim dengan malam Jumaat, sehingga dengannya diadakan majlis-majlis bacaan berjemaah di masjid masjid.


Surah Yasin sering dikaitkan dengan pelbagai misteri seperti untuk mencari barang yang hilang, untuk mengiringi orang mati, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Syaaban dan seumpamanya yang selainnya.

Sebenarnya surah Yasin adalah sama pentingnya sebagaimana surah-surah yang lainnya. Ia mengandungi ayat-ayat ALLAH sebagaimana surah-surah lain. Membacanya termasuk ke dalam keumuman dalil-dalil anjuran membaca al-Quran sebagaimana membaca surah-surah yang lain juga.

Tiada dalil yang sahih menetapkan fadilat surah Yasin secara khusus.

Di antara hadis yang popular tentang surah Yasin ini ialah hadis Qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran). Riwayat hadis tersebut adalah sebagaimana berikut, “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka ALLAH akan memberi pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan ad-Darimi.


Wallahhualam







Kuliah Maghrib 16-2-2013

3 kemuliaan kepada orang yang benar benar solat, benci maksiat, ujud kan silaturahim. Hati sentiasa mengingati Allah swt, suka berbuat kebajikan.
1. Bertaburan kebajikan di atas kepalanya daripada ke dua kakinya hingga ke langit dengan malaikat berkelingan padanya. Terpelihara daripada maksiat. Dosa yang lalu berguguran ke bumi. Dan malaikat menyerunya dengan katanya, jikalau orang yang bermunajat kepadaNya melalui solat itu mengetahuinya, nescaya mereka tidak akan berpaling daripada sentiasa menunaikan solat.

Sunat haiah - apabila dikerjakan menambahkan lagi pahala dalam solat

Sunat Aba'a - sunat yang sangat dituntut, jika terlupa kena sujud sahwi. Ada 8 keaadan Seperti was was bilangan rekaat solat, tahiyyat awal, qunut subuh dan qunut solat sunat witir di 15 malam terakhir bulan Ramadhan.

Wallahualam

Kuliah Maghrib 11-2-2013: Uzlah (2)

Antara menyendiri dan bergaul dengan orang ramai.

Faedah bergaul dengan orang ramai

Dapat memberi pengajaran dan menerima pelajaran yang baik. Itu adalah sebesar besar ibadat yang boleh dilakukan di atas dunia ini.

Berbuat sesuatu perkaya yang boleh memberi manafaat dan mengambil menafaat sesama manusia.

Membuat sesuatu perkara yang boleh memberi kesenangan, kemudahan atau keselamatan kepada orang lain samada dengan membelanja wang ringgit ataupun memeras tenaga sendiri umpamanya menolong orang lain dalam segala keperluan semata mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt.

Kita hendaklah sentiasa menyediakan diri dalam menunaikan hajat hajat dan keperluan kaum muslimin yang lain.

Boleh bawa bersama sama ke alam kubur nanti.

Setiap amalan yang baik dan selari dengan mentaati Allah swt adalah ibadat.

Keadaan ini boleh dicapai apabila kita bercampur gaul dengan orang ramai.

Menuntut pelajaran ilmu agama yang wajib adalah berdosa kiranya dibuat secara menyendiri yakni dengan cara beruzlah.

Lengkaplah diri dengan ilmu agama yang penuh di dada terlebih dahulu kemudian barulah boleh beruzlah.

Kalau menyendiri sebelum mempunyai ilmu agama adalah perbuatan yang yang sia sia. Situasi ini amat memudahkan syaitan untuk menguasai dirinya.

Selingan.
Apabila menghadapi mati ada 99 kesakitan. Salah satu kesakitan itu adalah bersamaan dengan orang perempuan yang sedang bersalin.

Hendaklah kita sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan mengucap dua kalimah syahadat dan dalam keadaan bertaubat.

Wallahualam

Kuliah maghrib 4-2-2013: Uzlah

Uzlah - menyendiri

Sesetengah ulamak shalaf ada yg suka beruzlah dengan mengasingkan diri dari org ramai.
- senang beribadat tanpa gangguan
- berfikir kebesaran dan keagungan Allah
- tujuannya adalah untuk mencari keredhaan Allah.
- dapat menjauhkan diri dari larangan Allah swt yang biasanya dilakukan oleh orang ramai.
- jauh dari riak, mengumpat, akhlak yg buruk.

Ulamak Shalaf yang lain menggalakkan pergaulan dengan orang ramai dan mencari seberapa banyak kenalan dan kawan untuk mewujudkan kasih sayang antara saudara sesama Islam.
- bertolong tolongan antara satu sama lain dalam urusan urusan agama.
- juga untuk melengkapkan ketakwaan kepada Allah swt.

Manusia yg paling utama disisi Allah
1. Banyak taqwa
2. Mencegah dari melakukan perkara mungkar

Faedah bercampur gaul sesama manusia
1. Beri pengajaran kepada orang lain
2. Mengambil pengajaran dari orang lain
3. Melakukan perkara yang memberi munafaat kepada orang lain.
4. Membolehkan orang lain mendapat pahala kerana menunaikan sesuatu perkara yang wajib
5. Pertingkatkan diri supaya bersifat tawadhuk
6. Boleh ambil iktibar dan contoh teladan dari orang lain

Faedah bercampur gaul
- beri atau terima pelajaran adalah sebesar besar ibadat yang boleh dilakukan di dunia ini. Menuntut ilmu agama yang wajib memerlukan pengajar yang berilmu.

Wassalam

Bacaan Talkin

Petang semalam saya berkesempatan menghadiri majlis pengkebumian seorang jiran saya yang telah kembali kerahmatullah. Beliau telah menjalani rawatan selama 2 bulan di Hospital USM. Namun ketetapan Allah swt telah menjemputnya pada jam 11 pagi 30 Januari 2013.

Al fatihah

Saya juga berkesempatan untuk mendengar bacaan Talkin yang begitu menyentuh perasaan kita yang satu hari nanti akan juga kembali, kembali menemui Allah yang Maha Hidup.


Bismillah hir rah man nir  rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.


Setiap yang bernafas, Pasti akan  Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi  masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya  mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr  ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,  Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu  ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat,  bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya  berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan  TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK  BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw  : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka  jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh  WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat  datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI  pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat  yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu  ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka  melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang  melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan  hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang  mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan  bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli  Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin  yang Adil
7. Tukang  Azan
8 . Wanita yang mati  kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau  dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari  atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang  beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari  Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila  datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka  Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya  Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka  di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala  makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka  Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang  belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan  berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan  minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di  bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa  mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman  yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan  minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang  telah LALU itu."


Teks rujukan dari mforum

Wassalam

Kuliah Maghrib: Hak hak Seorang Anak

Adalah menjadi hak ke atas anaknya untuk memperelokkan budi pekertinya agar menjadi anak yang soleh.

Hak anak untuk mendapat nama nama yang baik.

Hak anak untuk Mendapat belas kasihan, kasih sayang dan didikan dan kesamarataan.

Rasulullah saw sentiasa mencium cucunya Hassan seraya bersabda sesungguhnya orang yang tiada sifat belas kasihan terhadap anak anak kecil tidak akan dikasihani oleh Allah swt.

Wallahualam


Ceramah Maulidul Rasul

Keajaiban Nabi saw lahir dengan tiada darah dan tidak sakit pada ibunya yang melahirkan nya. Cahaya yang terpancar semasa kelahirannya mengatasi cahaya yang ada di muka bumi ini.

Kelahirannya dengan keadaan bersunat

Nabi saw kemudian disusui oleh Halimatul Saadiah yang berada jauh di kampung. Dijauhi oleh Allah dari kawasan Kaabah yang ketika itu dipenuhi dengan sarang maksiat.

Seorang manusia yang paling agong. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Nabi saw dengan harapan untuk mendapat syafaat dari Nabi saw semasa di akhirat kelak.

Peninggalan Nabi saw adalah Al Quran dan Hadis serta akhlaknya yang mulia.

Beliau adalah contoh manusia yang penuh dengan kesabaran dan tidak mudah melatah. Beliau adalah contoh dan ikutan yang terbaik kepada umat manusia.

Maulidul Rasul
Sambutan di segenap tempat seluruh negeri Kelantan.

Sayang sahabat terhadap Nabi saw adalah sangat kuat dan tiada tolok bandingnya dengan umat akhir zaman ini.

Tujuan maulidul rasul saw ini dibuat adalah untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada Rasullah saw.

Sayang kepada Nabi saw adalah puncak kesempurnaan iman

Rabiul Awal adalah bulan kelahiran Nabi saw.

Tidak sempurna iman seseorang sekiranya kasih terhadap perkara lain melebihi dari kasih kepada Nabi saw

Wallahualam







Kuliah maghrib

Manusia paling utama disisi Allah

1. Orang yang paling banyak takwa kepada Allah swt dan beriman dengan Hari Akhirat.

2. Orang yang paling erat hubungannya dengan keluarga, kaum kerabat dan jiran jirannya

3. Orang yang paling suka membuat kebajikan dan menjauhi dari larangan Allah swt.


Hak kedua ibubapa dan anak.

Hak yang paling terutama sekali adalah yang ada hubungan dengan keturunannya.
Ayah - datuk - saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa ....

Sabda Rasulullah saw berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuan, lelaki mu ...

Setinggi darjat kebaktian kita kepada ibubapa tadi ialah suka menghubungkan silaturrahim dengan kenalan dan kerabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia

Allah merahmati seseorang ayah yang mendorong anaknya untuk berbakti kepada nya.

Adalah menjadi hak anak ke atas ayahnya untuk memperelokkan budi pekertinya, mendapat nama yang baik dan menjaga nama baik keluarganya.


Wallahualam



Kuliah Maghrib 7-1-2013

Definasi Jiran ialah 40 buah rumah di sekeling rumah kita dari kiri, kanan, depan dan belakang.
3 kelas jiran
1. Jiran muslim dan keluarga
2. Jiran muslim
3. Jiran bukan muslim

Seseorang perempuan itu yang berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari, tetapi dia suka menyakiti jirannya, sabda Rasulullah saw beliau akan masuk neraka

Bermakna solat dan puasanya tidak diterima oleh Allah swt.

Hak tetangga kena cegah diri dari menyakiti hati jiran dan kena tanggung dengan sabar kelakuan jiran yang kita tidak sukai.

Kita wajib tunjukkan sifat belas kasihan terhadap jiran kita dan membalasnya dengan kebaikan dan kebajikan.

Hak hak kejiranan
1. Mulakan dengan memberi salam kepadanya
2. Jangan terlampau banyak menanyakan hal ehwal peribadinya
3. Menziarahinya bila dia sakit
4. Melawatinya bila dia mati
5. Sama sama merasakan kesusahan bila ada kesusahan di rumahnya
6. Menunjukkan rasa kegembiraan bila ada kegembiraan di rumahnya
7. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya
8. Jangan menumpukan pandangan/ mencuri curi pandang ke dalam rumahnya
9. Jangan menyempitkan perjalanan ke rumahnya

Wallahualam




Kuliah Subuh 11.8.2012: Malam Lailatul Qadar



Antara intisari kuliah yang disampaikan,
Kita semua ini adalah dari keturunan nabi, yakni Nabi Adam, keturunan yang berasal dari Syurga dan insyaallah kita akan dikembalikan ke dalam Syurga.

Berpuasa dengan penuh pengabdian dan keimanan kerana patuh kepada perintah Allah swt

Pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar. 

Kitab karangan Imam Zainuddin yang menceritakan malam Lailatul Qadar ada 27 pendapat ulamak ulamak berkenaan dengan malam Lailatul Qadar. 

Antara pendapat pendapat ulamak yang diceritakannya adalah malam Lailatul Qadar boleh berlaku:-

  • Pada malam pertama di bulan Ramadhan
  • Ada satu sahaja pendapat yang mengatakan malam Lailatul Qadar berlaku di luar dari bulan Ramadhan kerana ibadat seseorang itu telah mencapai satu kemuncak yang tertinggi lantas Allah swt menganugerahkan kepada orang itu malam Lailatul Qadar kepadanya.
  • Pada 10 malam pertama di bulan Ramadhan
  • Pada 10 malam kedua di bulan Ramadhan
  • Pada 10 malam ketiga di bulan Ramadhan dan ini adalah pendapat paling ramai ulamak
  • Malam Nuzul Al Qulan adalah malam Lailatul Qadar ( Ada 3 pendapat ulamak: antaranya malam 17 Ramadhan, malam 21 Ramadhan dan malam 24 Ramadhan  ) 
  • Malam yang genap pun boleh berlaku malam Lailatul Qadar
Nabi Muhammad saw sempat berpuasa Ramadhan selama 9 kali, yakni tahun ke 2 Hijrah. 

Pada zaman Nabi saw, Lalailatul Qadar pernah berlaku pada malam 21, 23, 24 (di Madinah ), 25, 27, 29.

Ada sesetengah pendapat ulamak ahli sufi mengatakan sekiranya hari permulaan puasa adalah pada hari Sabtu maka malam Lailatul Qadar adalah pada malam 21.
 
Pada malam Lailatul Qadar sekelian malaikat yang berada di Arash akan turun ke bumi dan dikatakan adalah lebih banyak/ramai dari bilangan butir butir pasir yang berada di bumi. Malaikat akan pergi ke rumah orang Islam yang sedang beribadat. 

Tanda tanda kehadiran Malaikat itu semasa beribadat kita akan merasa tenang, tenteram, khusuk, lazat, jiwa menjadi sayu hingga mengalir air mata. Malaikat akan menggosok gosok kita dan berdoa bersama sama dengan kita.

Sesetengah orang yang dibuka hijab oleh Allah pada malam Lailatul Qadar akan dapat merasakan/melihat air laut menjadi manis, pokok pokok sujud kepada Allah, cahaya terang benderang di langit.

Tanda tanda yang paling jelas adalah pada keesokan harinya di mana cahaya matahari akan samar samar seperti bulan purnama hingga ke waktu tengahari kerana malaikat yang turun ke bumi pada malamnya akan berpusu pusu naik ke langit selepas terbit fajar hingga ke waktu tengahari. Keadaan ini telah menyebabkan cahaya matahari menjadi samar samar dan bahang panasnya tidak terasa.

Yang paling banyak berlaku Malam Lailatul Qadar adalah pada malam yang ke 27.

Apakan yang patut kita buat pada malam Lailatul Qadar ini?
Sekiranya pada malam Lailatul Qadar kita melakukan solat Isyak berjemaah dan seterusnya solat Terawih dan seterusnya Witir , solat Tahajjut, Taubat, Hajat, membaca Quran, wirid  hinggalah ke waktu subuh kita akan mendapat pahala beribadat seperti 1000 bulan yang lain.


Matahari pada pagi 24 Ramadhan, 7.20 pagi



Kuliah Subuh Sabtu 11.8.2012

Wassalam

Kuliah Maghrib 27-06-2012

Sambungan ulasan ayat 4 Surah As Sajadah


A004
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)

Keterangan,
Hakikat Apabila bita kembali kepada Allah swt iaitu ketika dihimpunkan di Padang Mahsyar, kita tidak akan mendapat pertolongan dari sesiapa pun selain dari Allah swt.

Penentu kepada kejayaan kita ialah dengan cara hidup kita semasa di dunia ini.

Sabda Rasulullah saw Manusia apabila bangun dari tidur, 2 perkara akan dilakukannya iaitu samada membawa dirinya kepada api neraka atau menyelamatkan dirinya dari api neraka

Apabila bangun dari tidur, kita bersyukur kepada Allah swt, kemudian ke masjid 

Firman Allah swt: Pada hari tersebut iaitu di Padang Mahsyar dari Nabi Adam hinggalah kepada manusia yang terakhir semasa kiamat, tidak ada yang dapat memberi syafaat melainkan orang yang Allah izinkan kepadanya untuk memberikan syafaat iaitu Nabi Muhammad saw.

Siapakah yang akan dapat syafaat dari Nabi? 
Dalam satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Hurairah bertanya Nabi saw Siapakah manusia yang paling gembira di negeri akhirat kelak kerana mendapat syafaat mu wahai Rasulullah?  Rasulullah saw bersabda Wahai Abu Hurairah soalan yang kamu tanyakan ini tidak pernah ditanya oleh orang lain. Manusia yang paling bahagia kerana mendapat Syafaat aku di negeri Akhirat kelak ialah orang yang mengucap kalimah Laila haillallah dengan benar benar ikhlas dari hatinya. Sahabat bertanya lagi Apakah yang dikatakan sebagai ikhlas apabila menyebut Laila haillallah? Rasulullah swt bersabda Tanda orang yang ikhlas orang yang sentiasa berusaha untuk menghalang dirinya dari melakukan perkara yang di haramkan oleh Allah swt.

Firman Allah swt Sesungguhnya pasti akan berjaya orang yang menyucikan dirinya, dan banyak menyebut nama tuhannya dengan sebutan bukan sekadar di mulut. Ketika disebut nama Allah hatinya hidup dan khusuk. Tetapi kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia.

Syafaat Nabi Muhammad saw ada 6

1. Syafaat Al Qubra ( Syafaat yang besar )
Semasa di Padang Mahsyar ketika semua makhluk dari Nabi Adam hingga manusia yang terakhir sebelum kiamat berada dalam keadaan huru hara dan derita. Segolongan manusia berjumpa dengan nabi nabi supaya memohon kepada Allah untuk disegerakan proses hisab. Mereka berjumpa dengan Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. Namun mereka semua tidak mampu dan tidak sanggup. Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw pergi ke bawah Arash, sujud dan berdoa kepada Allah untuk disegerakan hisab.

2. Syafaat untuk orang masuk syurga tanpa hisab
Syarat untuk golongan yang mendapat syafaat ini adalah dari umat Nabi Muhammad.

3. Syafaat Nabi Muhammad kepada segolongan manusia yang melakukan maksiat.
Walaupun dengan amalan mereka semasa hidup yang sepatutnya dimasukan ke dalam neraka tetapi dengan syafaat Nabi Muhammad mereka terlepas daripada neraka. Golongan ini berkemungkinan dari golongan yang sangat ikhlas ketika berselawat kepada Nabi, begitu terharu dan sedih apabila teringat kepada Rasulullah saw.Dengan syarat mereka mati dengan Lailahaillah, iaitu mati dalam iman.

4. Syafaat Nabi Muhammad kepada orang yang telah masuk neraka 
Dengan syafaat Nabi saw membolehkan golongan ini keluar dari neraka dan seterusnya masuk ke dalam syurga. Mereka ini juga adalah dari golongan yang beriman tetapi melakukan dosa semasa hidup. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud dari Anas bin Malik Aku pernah dengar Nabi bersabda Aku ( Nabi Muhammad saw ) keluar dari syurga untuk memberi syafaat kepada ahli neraka kemudian memasukkan ahli neraka tadi ke dalam syurga Allah swt. 

Syarat untuk golongan yang boleh keluar dari neraka tadi adalah bukan dari golongan yang kekal dalam neraka. Golongan yang kekal dalam neraka adalah golongan yang kufur yang tidak mengucap dua kalimah syahadat yang menolak terus Allah swt. 

5. Syafaat Nabi Muhammad kepada ahli syurga 
Syafaat untuk dinaikkan darjat syurga ke darjat yang lebih tinggi lagi

6. Syafaat Nabi Muhammad kepada orang kafir
Orang yang mati dalam kekafiran yang menolak kalimah Lailahaillalah. Golongan ini akan diringankan azab ketika dalam neraka. Antara yang mendapat syafaat ini adalah bapa saudara nabi iaitu Abu Talib dan juga golongan orang kafir yang tinggalkan dunia ini dengan banyak amalan kebajikan yang memberi munafaat kepada orang ramai. 

Mudah mudahan kita tergolong dari golongan yang ke 2, 3 dan ke 5 dan dijauhi dari golongan yang ke 4 dan ke 6. Insyaallah....

Wallahualam


Kuliah Maghrib 24-06-2012: Hadis 3

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim 


Pokok Perbincangan Hadis :

Binaan Islam : Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
- Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya
- Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
- Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
- Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
- Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

Matlamat Ibadat :
- Syahadah : syarat diterima amalan lain.
- Solat : penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab.
- Zakat : suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
- Haji : tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
- Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
- Puasa : syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


Ulasan 


Hadis yang penting kerana ia menyatakan asas dalam Islam untuk kita amalkan.


Dibinanya Islam melalui landasan yang kuat iaitu 5 perkara.


1. Mengucap 2 kalimah syahadat 
Ia merupakan satu akidah. Sabda Nabi saw, Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap 2 kalimah syahadat. Maksudnya apabila agama Islam itu tertegak, orang Islam tidak boleh berdiam diri supaya amalan 2 kalimah syahadat itu menjadi syiar dan boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Sebagai seorang Islam perla beramal yakin dan menyereru orang bukan Islam untuk mengucap 2 kalimah syahadat


Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda Sesiapa yang mengucap 2 kalimah syahadat dengan ikhlas dia akan masuk syurga. Ikhlas memerlukan mujahadah untuk mendapatkan pengakuan dari hati dan anggota anggota zahir yang lain. 


2. Mendirikan solat
Ia merupakan satu syariat. Memelihara dan menunaikan solat tepat pada waktunya. dan menyempurnakan setiap syarat dan rukunnya dann kita juga kena jaga dan sempurnakan semua amalan sunat sunatnya dengan susun atur yang cantik dan tidak tergesa gesa untuk mendapatkan kemanisan dalam solat. 


Firman Allah swt 
A045
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan


Apabila solat berjemaah, kedudukan didalam syaf itu amat penting sekali, pesanan dari imam untuk, penuhkan syaf, betulkan syaf dan rapatkan syaf perlu diikuti dan dipatuhi. Amalan para sahabat dan ulamak ahli sunnah yang terdahulu adalah berebut rebut untuk mendapatkan syaf di hadapan sekali. 


Pengiraan rapatnya syaf itu mengikut sabda Nabi saw adalah Bahu bersentuhan dengan bahu dan tumit bersentuhan dengan tumit. Manakala pengiraan syaf yang lurus adalah dikira dari hujung tumit ke hujung tumit. 


Sabda Nabi saw lagi Perbezaan antara orang kafi dan muslim adalah meninggalkan solat. Sabda Nabi saw lagi Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia itu kafir yang nyata. Sabda Nabi saw lagi Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat dia mendirikan agama manakala sesiapa yang meninggalkan solat dia meruntuhkan agama.


3. Mengeluarkan zakat
Zakat yang paling asas adalah zakat fitrah. Yakni zakat semulajadi untuk tubuh badan kita yang mana berbeza setiap tahun mengikut makanan asasi di sesuatu tempat itu. 

Sementara zakat zakat yang lain perlu dibayar apabila telah cukup nisab (kuantiti yang ditetapkan) dan haul (tempuh masa satu tahun). Zakat ialah ibadat yang berkaitan dengan harta untuk memberikan kesamarataan pada umat Islam. Zakat boleh memenuhi keperluan fakir miskan untuk mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayang di antara mereka. Sabda Nabi saw Orang fakir itu hampir hampir kepada kufur

4. Mengerjakan Haji di Mekkah
Bulan haji adalah bermula dari bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ibadat Haji ini seperti firman Allah dalah surah Al Haj. Ibadat haji ini adalah satu pengorbanan harta dan jiwa. Syarat syarat haji adalah kena ada kemampuan, tubuh sihat dan perjalanan tiada fitnah atau perjalanan yang selamat dari marabahaya.

Ada kemampuan, perlu ada duit dan haji yang mabrur itu amat besar balasannya. Sabda nabi saw Haji yang mabrur tidak ada balasannya selain dari syurga. Ibarat orang yang mendapat haji yang mabrur adalah seumpama dia baru dilahirkan oleh ibunya


Ibadat haji adalah ibadat yang paling mudah kerana tidak ada rukun qauli (bacaan) dalam ibadat haji. Semua bacaan bacaan dalam ibadat haji adalah sunat.


Dalam surah al Imran Allah berfirman Mengerjakan ibadat haji adalah kewajipan manusia kepada Allah iaitu ke atas orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah, Mekah. 


5. Puasa 
Firman Allah dalam surah Al Baqarah merupakan dalil untuk kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Puasa dapat meninggikan darjat Roh kita kerana nafsu ditekankan ke bawah. Ia memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Ia juga boleh menjadi pendinding diri dari melakukan maksiat. 


Sabda Nabi saw Puasa itu perisai terhadap melakukan maksiat. Manakala ganjaran untuk orang orang yang berpuasa adalah Allah swt sahaja yang mengetahui. Firman Allah swt Puasa ini Aku akan ganjarkan sendiri 


Dengan adanya rukun teras ini kita boleh membina kesatuan umat Islam. 
Peliharalah sunah sunah Nabi dari sekecil kecil sunah hingga sebesar besar sunah.


Tujuan utama beribadat adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt


Islam adalah Akidah dan Syariat, Kedua dua itu saling memerlukan antara satu sama lain. Akidah tidak akan sampai ke mana jika syariat tidak betul. 


Wallahualam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week