Kuliah Subuh 11.8.2012: Malam Lailatul Qadar



Antara intisari kuliah yang disampaikan,
Kita semua ini adalah dari keturunan nabi, yakni Nabi Adam, keturunan yang berasal dari Syurga dan insyaallah kita akan dikembalikan ke dalam Syurga.

Berpuasa dengan penuh pengabdian dan keimanan kerana patuh kepada perintah Allah swt

Pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar. 

Kitab karangan Imam Zainuddin yang menceritakan malam Lailatul Qadar ada 27 pendapat ulamak ulamak berkenaan dengan malam Lailatul Qadar. 

Antara pendapat pendapat ulamak yang diceritakannya adalah malam Lailatul Qadar boleh berlaku:-

  • Pada malam pertama di bulan Ramadhan
  • Ada satu sahaja pendapat yang mengatakan malam Lailatul Qadar berlaku di luar dari bulan Ramadhan kerana ibadat seseorang itu telah mencapai satu kemuncak yang tertinggi lantas Allah swt menganugerahkan kepada orang itu malam Lailatul Qadar kepadanya.
  • Pada 10 malam pertama di bulan Ramadhan
  • Pada 10 malam kedua di bulan Ramadhan
  • Pada 10 malam ketiga di bulan Ramadhan dan ini adalah pendapat paling ramai ulamak
  • Malam Nuzul Al Qulan adalah malam Lailatul Qadar ( Ada 3 pendapat ulamak: antaranya malam 17 Ramadhan, malam 21 Ramadhan dan malam 24 Ramadhan  ) 
  • Malam yang genap pun boleh berlaku malam Lailatul Qadar
Nabi Muhammad saw sempat berpuasa Ramadhan selama 9 kali, yakni tahun ke 2 Hijrah. 

Pada zaman Nabi saw, Lalailatul Qadar pernah berlaku pada malam 21, 23, 24 (di Madinah ), 25, 27, 29.

Ada sesetengah pendapat ulamak ahli sufi mengatakan sekiranya hari permulaan puasa adalah pada hari Sabtu maka malam Lailatul Qadar adalah pada malam 21.
 
Pada malam Lailatul Qadar sekelian malaikat yang berada di Arash akan turun ke bumi dan dikatakan adalah lebih banyak/ramai dari bilangan butir butir pasir yang berada di bumi. Malaikat akan pergi ke rumah orang Islam yang sedang beribadat. 

Tanda tanda kehadiran Malaikat itu semasa beribadat kita akan merasa tenang, tenteram, khusuk, lazat, jiwa menjadi sayu hingga mengalir air mata. Malaikat akan menggosok gosok kita dan berdoa bersama sama dengan kita.

Sesetengah orang yang dibuka hijab oleh Allah pada malam Lailatul Qadar akan dapat merasakan/melihat air laut menjadi manis, pokok pokok sujud kepada Allah, cahaya terang benderang di langit.

Tanda tanda yang paling jelas adalah pada keesokan harinya di mana cahaya matahari akan samar samar seperti bulan purnama hingga ke waktu tengahari kerana malaikat yang turun ke bumi pada malamnya akan berpusu pusu naik ke langit selepas terbit fajar hingga ke waktu tengahari. Keadaan ini telah menyebabkan cahaya matahari menjadi samar samar dan bahang panasnya tidak terasa.

Yang paling banyak berlaku Malam Lailatul Qadar adalah pada malam yang ke 27.

Apakan yang patut kita buat pada malam Lailatul Qadar ini?
Sekiranya pada malam Lailatul Qadar kita melakukan solat Isyak berjemaah dan seterusnya solat Terawih dan seterusnya Witir , solat Tahajjut, Taubat, Hajat, membaca Quran, wirid  hinggalah ke waktu subuh kita akan mendapat pahala beribadat seperti 1000 bulan yang lain.


Matahari pada pagi 24 Ramadhan, 7.20 pagi



Kuliah Subuh Sabtu 11.8.2012

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week