Malaysia vs Thailand d'Sedap Sengoti

Malam ini kami berpeluang menonton perlawanan bolasepak Malaysia lawan Thailand di restoran d'Sedap Sengoti Neocyber Cyberjaya.

Penonton yang hadir berpeluang untuk memenangi hamper cabutan bertuah





Prestasi 2 Raja Memalukan Harimau Malaya

Kekalahan 0 -3 Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Singapura amat memalukan. Kekalahan ini amat jelas menunjukkan kepincangan pada pengurusan dan pengendali Pasukan Malaysia. Pemilihan pemain pemain yang meragukan serta kelemahan yang amat ketara pada jurulatih adalah penyumbang utama kepada kekalahan ini.

Cakap cakap kedai kopi pada pagi ini menyalahkan 2 raja yang menjadi penyebab utama, Rajagopal dan Raja Ahmad Shah. Punca kekalahan tidak diletakkan kepada pemain pemain tetapi kepada jurulatih dan Presiden FAM.

Mereka berdua semacam tidak sedar dengan prestasi hambar Pasukan Harimau Malaya pada perlawanan perlawanan persahabatan yang baru lalu. Kekalahan demi kekalahan dan keputusan seri yang memalukan dengan pasukan Bangladesh jelas menunjukkan kepincangan kepada Pasukan Harimau Malaya.

Pemilihan pemain pemain yang tidak berkualiti dan tidak menunjukkan semangat yang tinggi serta sikap pilih kasih oleh pengurusan FAM adalah penyumbang utama kepada kekalahan yang memalukan ini.

Mengapa pemain pemain yang menunjukkkan prestasi tinggi dalam Liga Malaysia dan Liga Super seperti Piya, Nur Farhan, Nurul Azwan Roya, Indraputra, Nik Shahrul dan Hairuddin tidak terpilih dalam skuad kebangsaan? Adakah pemilihan pemain pemain hanya difokuskan kepada pilihan dari kacamata 2 Raja ini sahaja?

Jika ini berlaku, Pasukan Bolasepak Malaysia tidak akan maju dan akan terus merudum. Ia bukan sebab kita tidak mempunyai pemain yang berkualiti tetapi kerana kita tidak mempunyai pengurusan bolasepak yang amat tidak berkualiti.

Cuba jadikan contoh kepada pengurusan pasukan Kelantan sekarang ini dan dulunya Pasukan Kedah. Kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai. Hanya dengan pengurusan yang teratur dan sempurna sahaja pasukan bolasepak itu akan maju kehadapan.

Wassalam

Poliklinik Eksekutif USM

Poliklinik Eksekutif USM akan mula menerima pesakit yang pertama pada hari Isnin 26 Nov 2012.

Solat sunat hajat akan dibuat pada petang Ahad 25 Nov 2012.











Bengkel Peningkatan Profesionalisme Dalam Perawatan Pesakit

Bengkel ini diadakan di Dewan Kuliah 1 PPSG pada 23-24 November 2012 anjuran Unit Sokongan Klinikal HUSM dan Unit Pengurusan Sumber Manusia HUSM

Objektif kursus
1. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perubatan.

2. Memantapkan pengetahuan dalam isu-isu perubatan dari aspek perundangan.

3. Memantapkan tahap intergriti dan profesionalisme pegawai perubatan supaya mampu mewujudkan jaringan kerja dan komunikasi berkesan

4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit







Aneka Hidangan Di Restoran D'Sedap Sengoti

Berbagai jenis juadah makanan dan minuman istimewa dihidangkan kepada pengunjung yang datang. Sekali datang pasti akan datang lagi dan lagi.

Sila kunjungi Restoran D'Sedap Sengoti di Neo Cyber Cyberjaya














Suasana Di Restoran D'Sedap Sengoti


Restoran D'Sedap Sengoti yang telah dibuka secara rasminya pada 1 November 2012 telah menarik ramai pelanggang untuk menikmati hidangan yang disajikan. Restoran ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga ke awal pagi ini, selain dari menyediakan berbagai makanan dan minuman yang istimewa juga mempunyai wifi percuma untuk pelanggan dan juga skrin gergasi. 

Kunjungan anda ke Putrajaya dan Cyberjaya tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menjamu selera di Restoran D'Sedap Sengoti yang terletak di Neo cyber






Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 2-11-2012: Islam Agama Yang Mulia Di Sisi Allah swt

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada hadirin sekelian khususnya kepada diri saya sendiri, marilah kita tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah swt. Sesungguhnya sebaik baik bekalan untuk menghadapi fitnah di zaman ini ialah dengan memiliki ilmu yang benar, iman dan taqwa serta amal yang soleh.

Iman dan taqwa hanya ada dalam agama yang diterima oleh Allah swt, tidak ada satupun agama yang benar dan diterima oleh Allah swt selain daripada agama Islam . Tidak ada satu jalan pun yang boleh menyampaikan manusia kepada kesejahteraan hidup di akhirat selain daripada Islam. Oleh kerana itu setiap orang daripada kita hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghayatinya dengan sempurna.

Hendaklah kita sentiasa berpesan kepada anak anak, keluarga dan masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga, memelihara dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Agama Islam adalah agama yang dianuti oleh para nabi dan rasul sepanjang zaman semenjak dari Nabi Adam as sampailah kepada nabi kita Muhammad saw. Semua para nabi dan rasul berada pada jalan yang lurus, di atas jalan inilah mereka menyeru dan mengajar manusia beriman mentauhidkan Allah dan beribadat kepadanya.

Firman Allah swt yang bermaksud Wahai kaumku beribadatlah kepada Allah, tidak ada lagi kamu Tuhan yang selainnya

Saudara kaum muslimin
Nabi Allah Ibrahim as adalah bapa dan datuk kepada nabi nabi dan rasul rasul dari keturunan 2 orang daripada anak anaknya iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Nabi Ibrahim berada di atas agama tauhid yang bersih lagi lurus di atas agama Islam yang dikenali dengan Agama Hanifiah.

Nabi Muhammah saw sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul pernah beribadat kepada Allah swt mengikut  ajaran ibadat Nabi Allah Ibrahim as. Nabi Allah Ibrahim as telah mewasiatkan kepada anak anaknya begitu juga cucu cucunya Nabi Yaakob as yang bergelar Israel turut memberi wasiat dan berpesan dengan pesanan yang sama kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan ajaran Islam sampai ke akhir hayat.

Firman Allah swt
A132
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah 2:132)

Orang orang yahudi telah cuba memesong wasiat dan pesanan ini sebagaimana mereka memesong kebenaran ajaran Nabi Muhammad saw. Mereka yakni kaum yahudi Madinah mandakwa dan berkata kepada Nabi Muhammad saw Apakah kamu tidak mengetahui wahai Muhammad bahawa Nabi Yaakob sebelum wafatnya telah berpesan kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan agama yahudi? 

Lalu Allah swt menyangkal dan menolah dakwaan yahudi itu dengan menurunkan ayat berikut

A133
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
(Al-Baqarah 2:133)

Orang orang yahudi dan nasrani masing masing mendakwa bahawa Nabi Ibrahim menganut agama mereka, dakwaan ini pula disangkal oleh Allah swt dengan firmannya uang bermaksud Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus, muslim dan sekali sekali bukanlah beliau daripada golongan orang orang kafir musrik.

Saudara kaum muslimin 
Apa lagi kebenaran yang masih ada pada agama yahudi dan kristian. Semoga Allah swt sendiri membuka sebarang pembohongan, penyelewengan mengubah dan menyembunyikan segala fakta kebenaran tentang akidah dan ajaran Allah yang sebenar. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al quran malahan perkara ini juga telah diceritakan oleh ulamak ulamak mereka yang telah menganut agama Islam. 

Sebenarnya agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) hari ini sudah terpesong jauh. Akidah dan pegangan mereka telah bercampur syirik kerana mereka percaya kepada banyak Tuhan dan membuat syariat sendiri. Di antara tuhan tuhan Yahudi ialah tuhan yang bernama Yahu. Orang orang Ansrani pula menyatakah Isa adalah anak Tuhan sedangkan orang Yahudi mengatakan Uzair adalah anak Allah. Lebih dari itu orang orang Kristian percaya kepada 3 Tuhan, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Kudus. 3 dalam 1, 1 dalam 3. 

Kemudian mereka memasukkan ke dalam agama mereka khurafat seperti konsep penembusan dosa yang diambil dari falsafah Yunani. Penembusan dosa ini melalui satu majlis yang disebut pembaptisan. 

Lalu Allah swt menolak akidah syirik mereka dengan firman Allah swt 

A030
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(At-Taubah 9:30)

Firman Allah swt lagi

A072
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(Al-Maaidah 5:72)

Nabi Allah Isa as sendiri berlepas diri daripada fitnah dan tuduhan syirik keatasnya 

Firman Allah swt 

A116
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
(Al-Maaidah 5:116)

Saudara kaum muslimin 
Begitulah sebuah agama tauhid, Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Allah Musa dan Isa as, apabila diwarisi oleh pengikut pengikutnya yang bersifat dengki kepada Nabi Muhammad saw serta pengikutnya, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dengan merubah ajaran nabi mereka yang sebenar. Hingga hari ini mereka tidak puas puas memburuk burukkan Islam dan menjadikan Nabi Muhammad saw, Al Quran nul karim, sunah Rasulullah, Hadis hadis nabi, para para sahabat dan umat Islam sebagai sasaran fitnah dan tuduhan mereka. 

Tuduhan demi tuduhan supaya Islam tidak mengambil tempat dihati manusia. Mereka mengelirukan manusia dengan berbagai cacian ilmiah dan mengubah fakta fakta sejarah serta menyebar fahaman dan ajaran yang palsu supaya menjauhkan orang orang Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar serta leka dengan hiburan, keseronokan dan kemewahan hidup di dunia. 

Orang orang Yahudi dan Nasrani berpadu tenaga untuk cuba memadamkan cahaya Allah swt, yakni cahaya agamanya. Tetapi Allah swt telah menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang orang kafir. 

Firman Allah swt yang bermaksud Mereka cuba memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut mulut yakni ucapan mereka tetapi Allah swt menyempurnakannya walaupun dibenci oleh orang orang kafir. 


Wassalam

Majlis Perkahwinan Staf Radiologi

Pada Hari Raya ke 3, saya berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinan Che Munirah di Pengkalan Chepa.

Tahniah kepada pasangan ini. Semoga berbahagia sepanjang masa.

Wassalam

Minggu Cemerlang Sukan Malaysia

Minggu ini adalah minggu yang paling cemerlang untuk sukan di Malaysia. Bermula dengan perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan perlawanan yang bermutu tinggi lagi mendebarkan antara Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan Kelantan. Kesudahannya Pasukan Wira Merah telah memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-3 selepas tambahan masa.



Kemudian di susuli pada keesokan harinya dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin menaiki podium buat kali pertama bagi kategori Moto3 setalah berjaya menduduki tempat ke 2 pada perlumbaan yang berlangsung di Litar F1 Sepang.




Hafizh Syahrin Abdullah juga mencuri tumpuan sebagai pelumba wild card negara pada kategori Moto2 telah memberi cabaran hebat dalam perlumbaan yang terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan telah turun dengan lebat. Beliau telah berjaya menduduki tempat ke 4



Sukan badminton juga menyinar pada terbuka Denmark dengan Datuk Lee Chong Wei telah menjuarainya dengan mengalahkan pemain China, Du Pengyu 15-21,21-12, 21-19.



Kejayaan Malaysia di lengkapi dengan kejayaan pasukan Harimau Muda menjuarai Piala Newspaper yang pertama kali diadakan di Vietnam. Pasukan bawah 21 tahun Malaysia ini mengalahkan pasukan bawah 21 Vietnam 1-0.


Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 19-10-2012: Kualiti Taqwa Dalam Islam

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi sekelian
Pada hari yang mulia ini marilah kita sama sama memenafaatkan waktu yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita kepadanya semoga kita tergolong dikalangan hamba hambanya yang bersyukur serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Saudara kaum muslimin
Dalam menjalani kehidupan seharian kita semua tentu mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, yang mempunyai nilai dan ciri ciri berkualiti yang ditetapkan oleh Islam. Maka setiap orang perlu melengkapkan dirinya menjadi seseorang yang bertaqwa dan berkualiti dalam kehidupannya. Tuntutan ini menepati kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah swt dengan sebaik baik bentuk kejadian.

Firman Allah swt
A004
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Kesempurnaan ini menuntut manusia agar sentiasa bertaqwa dan bersyukur sebagai bukti penyerahan diri kepada Allah swt 

Firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya semulia mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwa di antara kamu, bukan orang yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu.

Saudara kaum muslimin
Maksud ayat yang dibaca tadi jelaslah kepada kita semua bahawa tingkat kualiti yang dikehendaki oleh Islam ialah kelebihan tingkat ketaqwaan kepada Allah swt. Taqwa merupakan tingkatan yang paling atas dan mereka yang mencapainya akan memperolehi taraf kualiti yang sebenar dalam hidupnya. Melalui pembentukan individu individu yang bertaqwa tentunya akan melahirkan keluarga yang bertaqwa. Dari himpunan keluarga itu lahirlah keluarga yang barkualiti yang bakal membentuk sebuah negara yang berkualiti.
Bagi mencapai tingkatan itu perlulah kepada usaha dan ketaatan yang terus kepada Allah swt. 

Oleh itu gabungan kepada ke dua unsur tersebut mestilah berterusan dengan berbekalkan iman yang mantap dan disertai dengan hati yang ikhlas. 

Rasulullah saw memperingatkan kita bahawa dalam diri setiap insan terdapat seketul darah yang dikenali sebagai hati di situlah pusat kegiatan batin dan zahir manusia. Kalau sumber sumber itu bersih dan elok maka kegiatan amaliah seseorang itu akan elok dan begitulah sebaliknya. Kerana ketaqwaan individu adalah bersumber daripada hatinya.

Sabda rasulullah saw yang bermaksud Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah, apabila ianya baik maka baiklah jasad itu seluruhnya dan apabila ianya jahat maka jahatlah jasad itu seluruhnya. Ingatlah bahawa itu adalah hati manusia.

Saudara kaum muslimin
Jika manusia tidak lagi mempunyai ciri ciri taqwa di dalam hatinya maka martabat tinggi yang dimiliki oleh manusia itu akan hilang dengan demikian ianya akan dipandang rendah oleh manusia dan jauh dari rahmat Allah swt sehingga berkemungkinan ianya berada di tahap yang lebih rendah dari makhluk Allah swt yang lain.

Saudara kaum muslimin
Firman Allah swt yang bermaksud Kemudian kami rendahkan dia ke tahap yang paling rendah. Sesungguhnya banyak faktor yang boleh mengakibatkan rendahnya kualiti kehidupan seseorang insan di antaranya ialah apabila seseorang ini sentiasa menurut segala kehendak hawa nafsunya yang bertentangan dengan ajaran Islam serta melanggar segala perintah Allah swt. 

Firman Allah swt 
A071
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya

Saudara kaum muslimin
Oleh itu kita perlu sedar bahawa setiap nafsu yang tidak dibimbing dengan iman dan taqwa akan mengundangkan bertapaknya sifat sifat yang keji serta merendahkan martabat dan kualiti insan ini sendiri. 

Antara sifat sifat keji yang wajib dijauhi ialah seperti bersifat takarbur, kianati amanah, sombong, suka mengadu domba, merasa dirinya lebih dari orang lain, tidak sedar diri dan sekiranya dibiarkan ianya akan menghakis segala sifat sifat yang baik dalam diri kita. Seperti sifat sabar, jujur, ikhlas, rendah diri, bertimbang rasa, belas kasihan dan sebagainya.

Akibatnya akan lahirlah gejala gejala sosial dalam masyarakat dan akan menimbulkan berbagai masalah seperti pergaduhan, perpecahan, penipuan, pengainyanyaan dan sebagainya.

Sekiranya perkara perkara ini tidak dicegah dan dijauhi tentunya hasrat kita untuk menghayati kehidupan yang bahagia dan sejahtera tidak akan tercapai.

Saudara kaum muslimin
Akhirnya, marilah kita sama sama membina kehidupan yang berkualiti dengan selalu mengamalkan segala nilai nilai murni yang menjadi pegangan insaniah dalam diri kita, keluarga kita,  masyarakat kita, mudah mudahan kita menjadi insan yang memiliki tingkat ketaqwaan yang tinggi disisi Allah swt seterusnya mencapai kualiti  diri dalam kehidupan di dunia ini dan juga mendapat rahmat daripada Allah swt di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Firman Allah swt
A009
A010
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(Asy-Syams 91:9)

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Asy-Syams 91:10)

Wassalam

Bahang Final Piala Malaysia

Sempena perlawan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dengan ATM, Kedai Kopi Kampung Telaga Bata telah mengadakan beberapa hadiah hamper untuk pengunjung yang datang pada malam ini.

Hamper sumbangan dari tokey kedai dan pengunjung tetap kedai kopi ini akan diberikan kepada penonton yang bertuah.

Setiap pembelian air atau makanan akan diberikan kopun cabutan bertuah.

Wassalam

Kelantan Juara Piala Malaysia

Setelah bertarung selama lebih 120 minit, Pasukan Kelantan berjaya membawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu. Jaringan gol dari Indera Putra telah memastikan kemenangan berpihak kepada Pasukan The Red Warrior ini.

Dua gol pendahuluan dari Mat Yo telah berjaya disamakan oleh pemain ATM.

Kejayaan ini telah melengkapkan tiga piala utama dibawa ke Kota Bharu. Piala FA, Liga Super dan kini Piala Malaysia.

Tahniah buat Pasukan Kelantan
Gomo Kelate Gomo

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week