Kuliah Subuh 12-11-11: Sifat Dan Akhlak Rasulullah SAW dan Para Sahabat


Syukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah izinnya kita dapat berjumpa sekali lagi selepas kita menunaikan satu kefardhuan besar iaitu solat subuh secara berjemaah. Kita berada dalam suasana bersembahyang dan kita dikira sedang sibuk bersembahyang dan malaikat mendoakan kita. Wahai Allah berilah rahmat kepadanya dan berilah keampunan kepadanya. Mudah mudahan kita semua termasuk kedalam orang orang yang beruntung.

Sifat dan akhlak Rasulullah saw yakni dengan sikap yang lemah lemah lembut, pemurah, tiada hati yang pemarah, tiada perasaan yang bengis yang mana sahabat sahabat yang berada di sekelingnya mempunyai yara hormat dan kasih sayang. Mereka menjadikan Rasulullah saw kekasih yakni orang yang paling mereka kasih. Saiyidina Umar ra datang memberitahu Rasulullah saw, Wahai Rasulullah saw tidak ada orang yang saya kasih selepas diri saya, maka tuan lah oyang yang saya kasih. Rasulullah saw berkata, Tak cukup wahai Umar . Selepas itu Umar ra berkata Daripada saat ini tidak ada lagi orang yang saya paling kasihi kecuali tuan dan saya rela mengorbankan diri saya seluruhanya, dan apa apa yang menjadi milik saya adalah milik tuan. Rasulullah saw berkata Itulah keimanan.

Kamu tidak akan mencapai darjah taqwa, makam yang paling tinggi, yakni orang yang benar atau siddik sehingga kamu boleh menafkahkan segala harta yang kamu kasihi. Maka datanglah semua sahabat sahabat Nabi saw membawa harta harta mereka. Apa apa yang mereka sayangi sehingga ada para sahabat yang membawa geran tanah, kebun yang paling dia sayangi.Rasulullah bersabda bahagikanlah kepada seluruh ahli keluarga kamu. Ada yang membawa unta merah, Rasulullah berkata, kamu gunakannya sehingga ada keperluan.

Kepergian ke Mekah untuk menunaikan haji adalah fisabillah.

Sekiranya kamu tolong Allah, Allah akan menolong kamu

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak manusia kepada keimanan. Iman perlu digilap setiap masa.

Oleh kerana sifat korban yang berada di dalam diri para sahabat ra mereka telah menyerahkan diri mereka kepada mesyuarat Rasulullah sehingga mereka menjadi anak panah kepada busur panah Rasulullah saw. Mereka mengikut arahan ke mana mereka dihantar ke seluruh pelusuk dunia. Ada yang kembali, ada yang menetap di sana dan ada juga yang gugur syahid.

Rasulullah saw juga membentuk para sahabat dengan keimanan sebagai contoh dalam peperangan Tabuk, bila Rasulullah saw meminta para sahabat mengumpulkan harta untuk persiapan dalam perjalanan perang. Saiyidina Umar ra datang dengan membawa separuh dari keseluruhan hartanya. Rasulullah menyatakan kekagumannya kepada Umar. Ada para sahabat yang bekerja dengan orang yahudi untuk keperluan hariannya, namun untuk tujuan perang ini beliau telah berjumpa dengan pemilik kebun orang yahudi untuk mendapat upah. Beberapa hari bekerja beliau telah mendapat upah setangkai buah kurma sebagai upah. Dia membawa kepada Rasulullah saw Wahai Rasulullah saw, inilah harta saya. Rasulullah memberikan sebahagian dari setangkai buah kurma tadi kepadanya dan sebahagian lagi diletakkan di atas sekali dari timbunan harta yang didermakan.

Sebelum kedatangan Saiyidina Abu Bakar, Rasulullah saw didatangi oleh malaikat Jibrail as dengan memakai baju guni gandum seperti apa yang dipakai oleh Abu Bakar. Kata Jibrail, Aku membawa salam dari Allah kepada Abu Bakar. Dan Allah bertanya kepada Abu Bakar, Adakah kamu redha akan Allah?  Kemudiannya datanglah Saiyidina Abu Bakar membawa seluruh hartanya. Maka Rasulullah bertanya kepada Abu Bakar Apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu? Abu Bakar menjawab Allah dan Rasul adalah mencukupi untuk keluarga saya. Apabila Abu Bakar tahu Allah swt mengirim salam padanya, dia terkejut dan jatuh terguling kegembiraan di atas tanah. Baginya apa yang dia miliki ini, apa kesusahaan yang dialaminya adalah tak cukup lagi untuk Allah swt menanyakan soalan apakah dia reda dengan Allah swt? Kerana baginya pengorbanannya adalah sangat sedikit berbanding dengan rahmat Allah swt yang telah diterimanya.

Ramai dikalangan sahabat sahabat Nabi yang mendapat salam dari Allah.

Dalam perjalanan ke Tabuk, masalah kekurangan makanan menimpa Umat Islam sehingga makanan terpaksa di catu bagi mengelakkan unta dari disembelih. Buah tamar sebanyak 3 biji diberikan kepada setiap sahabat setiap hari, kemudian dikurangkan kepada 2 biji dan seterusnya kepada 1 biji untuk setiap hari. Pada satu hari seorang sahabat terlepas pandang untuk diberi 1 biji buah tamar. Pada petang hari Rasulullah saw datang kepadanya untuk menyerahkan 1 biji buah tamar yang terlupa di beri pagi tadi. Sahabat tadi terkejut dan merasa pelik. Dia bertanya kepada Rasulullah bagaimana Rasulullah mengetahui, jawab Rasulullah Allah swt telah datangkan peringatan supaya memberikan 1 biji  buah tamar itu. Allah swt telah menyebut nama sahabat tadi. Maka berguling guling kesukaan sahabat tadi di atas tanah.  Sahabat tadi berdoa Wahai Allah sebagaimana Engkau tidak lupakan aku tadi, janganlah Engkau lupakan aku di akhirat nanti di Padang Mahsyar ketika manusia semua kelaparan.

Jika Allah swt menolong kamu maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu yakni tidak memberikan pertolongan kepada kamu siapakah lagi yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Sesudah itu hendaklah kepada Allah sahajalah orang orang mukmin bertawakkal.

Dan tidak mungkin seorang Nabi itu melakukan kianat kepada harta dan rampasan perang, Barang siapa yang kianat dalaam urusan rampasan perang itu maka pada hari kiamat dia akan membawa apa yang dikianatinya itu kemudian tiap tiap diri akan diberi pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Dalam urusan pekerjaan harian kita atau dalam mesyuarat, kita hendaklah jauhkan diri dari berbuat kianat.

Satu kisah dalam satu peperangan seorang sahabat telah meminta dari Panglima Perang untuk berperang melawan 100,000 tentera musuh dengan hanya membawa 6 orang sahaja. Panglima Perang tersebut menyuruh membawa 60 orang untuk mengelakkan dari perasaan riak. Mereka berada dalam pertolongan Allah swt dalam setiap keadaan.

Ayat ayat perang
Ya Malikayau Middin
Ya Halimu Ya Alimu Ya Aliyu Ya Azim




Penceramah Ustaz Hj Sabri Abdullah
Imam Masjid Kubang Kerian

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week