Bacaan Talkin

Petang semalam saya berkesempatan menghadiri majlis pengkebumian seorang jiran saya yang telah kembali kerahmatullah. Beliau telah menjalani rawatan selama 2 bulan di Hospital USM. Namun ketetapan Allah swt telah menjemputnya pada jam 11 pagi 30 Januari 2013.

Al fatihah

Saya juga berkesempatan untuk mendengar bacaan Talkin yang begitu menyentuh perasaan kita yang satu hari nanti akan juga kembali, kembali menemui Allah yang Maha Hidup.


Bismillah hir rah man nir  rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.


Setiap yang bernafas, Pasti akan  Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi  masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya  mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr  ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,  Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu  ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat,  bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya  berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan  TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK  BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw  : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka  jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh  WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat  datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI  pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat  yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu  ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka  melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang  melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan  hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang  mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan  bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli  Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin  yang Adil
7. Tukang  Azan
8 . Wanita yang mati  kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau  dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari  atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang  beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari  Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila  datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka  Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya  Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka  di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala  makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka  Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang  belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan  berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan  minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di  bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa  mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman  yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan  minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang  telah LALU itu."


Teks rujukan dari mforum

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week