Tazkirah Maghrib 17-2-2013
Tazkirah ini disampaikan oleh Imam Tua Masjid Al Qasimi.
Surah Buah Tin - 95
Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Tin
Terdiri daripada 8 ayat ( Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun
.** Sebahagian mufassir menafsirkan: Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh 'Alaihissalam iaitu Damsyik yang banyak tumbuh pohon tin; dan Zaitun iaitu Baitul Maqdis yang banyak buah Zaitun.2. Dan demi Tur Sina (Bukit Sinai)
** Bukit Sinai (Tur Sina) iaitu tempat Nabi Musa 'Alaihissalam menerima wahyu daripada Allah Subhanahu wa Taa'la.3. Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini.
4. Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
5. Kemudian kami kenbalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.
6. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
7. Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?
8. Bukankah Allah hakim yang paling adil?
Ulasan
Demi buah tin dan buah zaitun, bukit tursina, negeri yang aman damai.
Kejadian pokok yang berbuah adalah kejadian Allah swt yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.
Bukit Tursina yang besar dan gagah perkasa adalah tempat Nabi Musa as menerima wahyu dari Allah swt
Negeri Mekah yang kering kontang dan tiada tumbuhan, namun dengan kebesaran dan jaminan Allah swt, negeri Mekah menjadi aman damai dan makmur
Sesungguhnya manusia dijadikan oleh Allah swt dengan sebaik baik kejadian.
Allah swt kurniakan akal kepada manusia yang membolehkan manusia belajar dan dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk.
Apabila memerlukan pertolongan hendaklah kita meminta terus kepada Allah swt dan bukannya kepada makhluk makhluk yang lain.
Al Quran diturunkan kepada Rasulullah saw untuk dijadikan pedoman kepada umat manusia supaya kita kenal kepada yang Maha Pencipta yakni Allah swt.
Kemudian kami jatuhkan mereka ke tingkat yang paling rendah yang lebih teruk dari haiwan kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh mengikut apa yang di ajar oleh Rasulullah saw.
Hendaklah kita yakin dengan perintah Allah swt kerana apabila kita buat perkara yang Allah swt suruh, kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
Maka bagi mereka itu akan dikurniakan pahala yang berterusan.
Bagi mereka yang mendustakan agama dan melakukan apa yang dilarang oleh Allah swt kita akan mendapat kemurkaan dan kecelakaan di dunia dan di akhirat.
Agama yang diturunkan Allah yakni Islam yang kita sanggup untuk menerimanya maka wajib kita yakin dan beramal dengannya.
Tema dan Ikhtisar Surah
Tema surah ini ialah “Manusia: Meningkat dan menjunam”. Di dalam surah ini mengandungi beberapa topik utama dalam akidah Islam.
Pertama: Allah swt bersumpah dengan buah tin, buah zaitun, Tur Sina dan negeri Makkah bagi mengukuhkan beberapa perkara dalam akidah Islam. Keistimewaan nama buah dan tempat ini dan hubungan antara satu dengan lain akan perkatakan dalam tafsiran ayat nanti In-Sya-Allah.
Kedua: Allah swt menyatakan bahawa manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, kaki tangannya cantik dan bentuk badannya juga tegak tidak seperti haiwan.
Ketiga: Allah swt mmenyatakan manusia ini ada yang martabatnya rendah dan berada pada tahap yang mendukacitakan. Mereka ialah ahli, iaitu manusia yang kufur kepada Allah dan menolak akidah Islam, sekalipun banyak dalil yang boleh disaksikan bagi membuktikan kebenarannya.
Keempat: Menyatakan keadilan Allah pada pemberian pahala kepada orang mukmin dan penyeksaan terhadap orang kafir.
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment