Hadis 18: Taqwa dan Akhlak Yang Baik

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

Nilai hadis
Nabi saw menyebut dua perkara iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Taqwa dan budi pekerti
1. Perkara yang sangat penting - segala sifat sifat baik muncul dari sifat taqwa. Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa
2. Takut kepada Allah di mana sahaja berada.
3. Melaksanakan segala yang wajib. Semakin ikhlas kita melakukan kewajipan maka tahap taqwa dalam diri akan meningkat.
4. Sanggup bersusah payah kerana Allah dan Rasul.
5. Melakukan yang wajib dan meninggalkan kejahatan yakni yang haram.
6. Amalkan Islam dengan mengikut hukum Allah secara menyeluruh mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
7. Dengan taqwa dan kesabaran Allah akan memberikan jalan keluar dari kesusahan dan diberi rezeki yang tidak disangka sangka.


Kelebihan sifat Taqwa :
  • Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
  • Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
  • Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
  • Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
  • Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
  • Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

1. Buat baik sebanyak yang mungkin supaya dapat menghapuskan kejahatan yang terbentuk dari dosa dosa kecil.
2. Sebesar besar iman ialah mengamalkan kalimah Lailahaillah.
3. Paling kecil iman ialah membuang kesakitan yakni duri dijalanan. Berbuat perkara yang kecil ini adalah sangat mulia disisi Allah swt.
4. Berkawan dengan orang yang baik baik.
5. Berperangai dengan akhlak yang baik.
- bermanis muka yang datang dari hati yang bersih dengan setiap orang akan mendapat pahala dari Allah swt.

Pengajaran hadis:
Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu’amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.

Untuk Berjaya di dunia dan di akhirat hendaklah kita
1. Tunaikan hak Allah
2. Tunaikan hak mukallaf ( Penjanjian antara kita dengan Allah )
3. Tunaikan hak kepada manusia

Wassallam





0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week