Khutbah Jumaat: Masjid Al Qasimi - 17 Jun 2011

Para hadirin sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,
Ingatlah bahawa hidup kita di dalam dunia yang fana ini bolehlah diibaratkan sebagai orang-orang pelancong hanya singgah sahaja di satu tempat untuk menyediakan apa apa bekalan sebelum meneruskan pelayaran ke tempat yang jauh sebagaimana sabda Rasulullah saw Hendaklah kamu berada di dalam dinia ini seolah olah seorang dagang atau menjadi seorang pengembara yakni pelancong.

Saudara kaum muslimin
Begitulah ibaratnya apabila kita singgah di satu tempat ada di antara kita yang asyik terleka dengan berbagai bagai hiburan dan keseronokan tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku ke atas diri kita. Tetapi ada sebahagian dari rakan dagang kita yang lain, mereka tidak lalai, mereka menyediakan bermacam macam bekalan untuk meneruskan pelayarannya yang jauh. tiba-tiba apabila sampai masa hendak belayar mereka yang sudah ada mempunyai bekalan sudahlah tentu ianya bergembira dan sukacita, tidak ada menaruh perasaan bimbang lagi kepadanya.Tetapi bagi golongan yang lalai tadi, barulah mereka sedar dan datanglah penyesalan kerana memikirkan betapa buruknya nasib mereka kelak disebabkan tidak ada persediaan apa-apa bekalan

Para hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Begitulah kiasan tuan tuan sekelian, keadaan hidup kita di dunia yang fana ini yang penuh dengan tipu daya  dan kepalsuan ini kerana ada di antara kita yang hidup di dalam kemewahan nikmat Allah swt sehingga terlupa untuk bersiap sedia untuk mencari bekalan yang boleh menolongnya di akhirat kelak seolah olah dia berfikir bahawa dunia ini akan kekal buat selama-lamanya untuknya. Maka dia telah menghabiskan masa, hartanya, wang ringgitnya dan umurnya  dalam perkara kejahatan dan maksiat. Ianya telah digodai oleh hawa nafsu Syaitan. Dia telah masuk kedalam perangkap Syaitan, ia telah terpengaruh dengan kecantikan-kecantikan dan segala keindahan yang aka di atas mukabumi ini. Rupa-rupanya dia baru sedar bahawa dia akan menemui Allah swt yang menjadikannya, dia baru yakin bahawa dia akan berpisah dengan dunia yang fana ini, maka timbullah berbagai-bagai penyesalan yang tidak berguna lagi untuknya

Saudara Kaum Muslimin,
Ingatlah, bahawa segala harta benda dan kekayaan yang dikumpulkan di atas dunia ini semuanya akan binasa, malahan akan diwarisi oleh orang lain, tidak ada suatu pun yang di bawa bersama sama ke dalam kubur sekalipun jika ada berapa banyak bintang kebesaran yang diterimanya. Maka ditinggalkan juga untuk menjadi panggilan di rumahnya sahaja. Walhal bekalan yang berguna dibawa bersama-samanya ke alam akhirat ialah taqwa dan amalan yang soleh sebagaimana firman Allah swt Berdukalah kamu kerana sebaik-baik bekalan ialah taqwa, taat dan patuh kepada ajaran Allah swt.

Saudara Kaum Muslimin,
Maka sudah sewajarnya bagi seorang yang beriman dengan Allah swt dan Rasul janganlah berlagak sombong, janganlah membesarkan diri dan menepuk nepuk dada dengan menganggap bahawa apa gunanya dia bercampul gaul dengan orang ramai, apa guna beramal ibadat, apa guna ia mengambil berat tentang hal ehwal agama apa diberi kepada masyarakat umum kerana akhirnya adalah orang orang hartawan seorang pembesar yang terkenal seorang tokoh yang terkemuka orang yang disegani oleh masyarakat

Saudara kaum muslimin
Oleh itu marilah kita merenung dan berfikir sedalam-dalamnya adakah segala keistimewaan yang disebut tadi samada boleh memberi pertolongan kepada kita apabila kita sudah hampir ke pintu kubur. Ingatlah pada suatu hari kita menjadi sehina hina manusia jika kita hanya bertuhankan kepada kebendaan semata-mata. Kita akan menggigit jari semasa di hari akhirat kelak apabila malaikat meletakkan buku buku catitannya yang di tulis oleh malaikat Raqid dan Atid yang mana segala perkerjaan kita semasa di dunia maupun amalan baik atau jahat semuanya ada tercatit dan direkodkan, tidak sesuatu pun terkurang atau terlebih. Di samping itu jika kita kurang  yakin liputan pula diberi supaya kita di saksikan oleh diri sendiri segala perbuatan yang telah kita lakukan. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Apabila diletak buku catitan di hadapan masing masing kamu dapat melihat keadaan orang orang yang berdosa itu berlari kehinaan dengan kandungan buku yang berada di hadapanya sambil berkata hai cukup celaka dan aku berasa kagum melihat isi isi yang lengkap tidak keciciran samada kecil atau besar semuanya ada tersusun rapi. Mereka dapati apa yang mereka lakukan semasa di dunia sudah menjadi kenyataan kerana Tuhan tidak akan menginyanya kepada seseorang.

Saudara kaum muslimin
Dan firman Allah swt  yang bermaksud harta dan anak pinak adalah menjadi perhiasan hidup di alam dunia manakala yang kekal abadi ialah amal yang soleh yang paling baik di sisi Allah swt yang mana akan diberi pahala yang turut terlaksana segala cita citanya.

Saudara kaum muslimin
Agama Islam tidak menegah pemeluk pemeluknya mencari kesenangan dan kekayaan di dalam dunia ini sekiranya segala harta benda dan wang ringgit itu diperolehi dan dimiliki dengan cara yang halal serta dapat digunakan untuk keperluan masyarakat umum,  boleh dikorbankan demi kepentingan agama dan berpeluang pula ia berbakti kepada masyarakat malahan ia tidak pula lupa kepada arahan Allah swt tahunya tanggungjawapnya terhadap agama, bangsa dan negara. Walaubagaimanapun dia bersusah payah mengumpulkan hartanya, tetapi dia sentiasa berdamping diri dengan Allah swt. Dia selalu mengunjungi masjid dan surau, maka dia tidak menyalahkan gunakan pemberian Allah swt kepadanya. Malahan dia sentiasa bersyukur dan mengenang budi Allah swt,

Saudara kaum muslimin
Tetapi ada setengah manusia yang sangat dimurkai oleh Allah swt di sebabkan dia mengejar kesenangan dan kemewahan dunia sehingga dia lupa daratan, lupa kepada Allah swt yang mengurniakan bermacam macam nikmat kepadanya, tidak mahu sujud kepada Allah swt, walhal dia mengaku diriinya sebagai seorang muslim tetapi siak pernah sekalipun dia memijak tangga masjid atau surau. Ada juga yang tak kenal akan rumah ibadat  dan ada setengahnya datang ke masjid setahun sekali semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha.

Saudara kaum muslimin.
Tapi dalam soal mencari rezeki dia tidak menghiraukan samada wang yang dikejarnya itu dari jalan halal atau haram sehingga timbil nafsu tamak siang atau malam memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang walaupun terpaksa melanggar batas-batas agama asalkan dia dapat senang boleh makan boleh minum malahan boleh berlagak dan bergaya seperti orang lain

Saudara kaum muslimin
Maka, soal akhiat dan soal hari kiamat  dia tolak ke sebelah

Saudara kaum muslimin
Ingatlah bahawa dinia ini sebagai roda, sekejap berputar ke bawah dan sebentar berputar ke atas begitulah halnya kita manusia ini tetap akan menerima perubahan dari suatu masa ke suatu masa, dari zaman muda akan menempuh ke zaman tua, dari zaman sihat akan menemui zaman sakit, zaman senang akan menemui zaman susah, kaya akan menjadi miskin, yang hidup akan mengalami kematian sekiranya ditakdirkan oleh Allah swt sampai masa kita jatuh sakit atau kesusahan, umur kita semakin tua, badan kita semakin lemah, kaum kerabat yang rapat dengan kita mulai makin renggang, apalah gunanya di masa itu. dengan ladang ladang yang luas, wang yang berjuta juta, saham saham yang dilabur dalam berbagai bagai syarikat, entah besok atau lusa malaikat malikilmaut akan datang menjemout kita barulah ketika itu datang seribu penyesalan yang tidak berguna lagi kepada kita diibaratkan orang yang ketinggalan kapal. sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Pada hari kiamat tiada berguna lagi harta benda dan anak pinak melainkan mereka yang berpeluang menemui Tuhan dengan hati yang suci murni yakni penuh dengan iman dan taqwa.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini bersama-sama kita merenung tiga kata-kata hikmah
1. Bumi menyeru pada tiap tiap hari sebanyak 70 kali, katanya wahai manusia makankah sekehendak kamu  dan puaskanlah hati kamu, demi Allah aku akan makan daging daging dan tulang tulang kamu kelak apabila masuk ke dalam kubur.
2. Melemparkan senyuman yang manis terhadap saudara-saudaramu adalah sedekah.
3. Bahawasanya rumah Allah di atas muka bumi ini adalah masjid masjid maka Allah akan memuliakan sesiapa yang menziarahinya.

Sekian

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week