Ayat 28 Dan 29
Dan tidaklah kami akan menurunkan ke atas kaum yang telah membunuh salah seorang dari penduduk kampung Attakhiyyah yang telah beriman dengan 3 orang utusan nabi Isa. Dia telah cuba membawa penduduk kampung tersebut kepada ajaran Allah, namun orang itu telah dibunuh.
Allah tak perlu menghantar bala tentera dari langit, untuk mengazabkan kaum itu adalah amat mudah bagi Allah swt memandailah dengan satu pekikan yang amat dahsyat.
Pekikan ini bukanlah dari malaikat, tetapi adalah gempa bumi dan di ikuti dengan letusan gunung berapi yang seterusnya akan menyebabkan mereka tidak dapat bernafas.
Allah maha berkuasa atas segala galanya untuk mendatangkan bala dan ujian terhadap makhluk ciptaannya.
Pahala sabar adalah paling tinggi sekali dari pemberian Allah swt yang tidak terhitung banyaknya.
Allah tidak akan mengazabkan sesuatu kaum itu sehinggalah Allah swt mendatangkan utusan kepada kaum tersebut.
Tentera Abrahah telah dihancurkan dengan kalangan burung yang dihantar oleh Allah swt. Apabila melihat kehancuran tenteranya, Abrahah telah sempat lari balik ke Yaman dan mati di negaranya sendiri. Kematiannya di negaranya sendiri adalah untuk dijadikan peringatan kepada sekelian rakyatnya.
Sentiasa lah kita berdoa kepada Allah swt untuk dijauhkan dari segala bala bencana.
Sedar dan insaflah akan kelemahan dan kekurangan diri kita.
Besarlah penyesalan yang telah dirasai oleh hamba hambanya kerana telah memperolok olokkan Rasul yang telah dihantar kepada mereka. Oleh itu segala bala yang menimpa tadi tidak dapat dilawan dan apabila mereka mati mereka akan menyesalinya.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.
Related Posts
Ayat ke 7,8,9,10Ayat ke 7Leher mereka ada ikatan di leher mereka hingga ke dagu, pandangan mereka hanya ke satu tempat sahaja. Mereka tolak ajaran nabi Muhammad ... readmore
Tafsir Surah Yaasin ayat 1 - 2Fadhilat1. Baca surah Yaasin pada satu satu malam (tak kira malam apa, sebaiknya setiap malam) maka Allah swt akan ampunkan dosanya pada hari yang be ... readmore
Ayat 12Sesungguhnya kami menghidupkan orang telah mati dan kami menulis semua yang telah kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan d ... readmore
Surah Yaasin: Ayat 7-8Al Quran diturunkan kapada kita, hendaklah kita menunaikan tanggungjawap kita terhadapnya dengan bertilawahkannya secara bersungguh sungguh- baca, fa ... readmore
Ayat 31,32, 33,34,35Tidakkah mereka menyaksikan berapa ramai telah kami musnahkan selama berkurun kurun kerana telah mendustakan rasul rasul terdahulu Khas dirujuka ... readmore
0 comments:
Post a Comment