Bahana Harta Dunia
Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swt
Telah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mereka tidak akan bahagia, bila terlampau banyak hingga tak terkira menyebabkan kesukaran dan kedegilan untuk mengeluarkan zakat.
Orang yang sangat mencintai wang ringgit samalah seperti mereka menyembahnya atau menjadi hamba kepadanya, sekiranya dia memutuskan kehambaan kepada Allah swt dengan tidak menunaikan kewajipannya.
Syirik yang tersembunyi yakni tidak ketara dan juga syirik yang nyata.
Berkata anak Adam "hartaku hartaku hartaku". Tiadalah itu hartamu selain dari yang dimakan lalu dihabiskan, atau apa yang dipakai hingga lusuh, atau harta yang sebenarnya adalah dengan bersedekah secara berterusan adalah harta kamu yang kekal hingga ke akhirat kelak.
Seorang sahabat Nabi yang tidak takut lapar, sakit dan mati. Ini adalah kerana bila lapar dia ingat kepada orang miskin, bila sakit ia adalah ujian dari Allah swt dan bila mati maka dia boleh berjumpa Allah swt.
Telah rosak binasalah orang yang mengumpul harta kekayaan kecuali orang yang membelanjakannya kepada hamba hamba Allah yang berhajat kepadanya.
Amat sedikit orang yang berharta tapi berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt.
Harta itu laksana kala jengking, kiranya kita tidak pandai menjaganya maka janganlah disimpannya.
Cara menjaganya adalah ambil dari tempat yang halal dan membelanjakannya ke tempat hak dan benar.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
Related Posts
LalaiManusia sentiasa lalai, Allah swt utuskan rasul untuk memberi peringatan kepada kita.
Kita hendaklah sentiasa berfikir dan merenung ke atas sesuat ... readmore
Kecelaan DuniaKecelaan dunia dan banyak akibat tentang kecelakaannya banyak diceritakan di dalam Al quran.Menggalakkan kepentingan akhirat melebihi kepenting ... readmore
Mengumpat- sambunganSebab sebab mengumpat1. Untuk memuaskan hati 2. Menurut kemahuan kawan untuk menyedapkan lagi cerita3. Menunjuk nunjuk kelebihan peribadi dan me ... readmore
Sifat belas kasihanSifat belas kasihan perlu ada pada setiap manusia. Jangan ada sifat kekerasan Sifat orang Muslim adalah sangat lembut hati dan mudah untuk ... readmore
Kecelakaan Hasad DengkiIa adalah hasil natijah dari sifat keji dendam yang membara.Hasad Dan dengki itu Akan memakan Dan Membinasakan kebaikan yang kita telah lakukan.Janga ... readmore
0 comments:
Post a Comment