Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 14-10-2011; Khalifah Di Muka Bumi


Sidang Jumaat yang dikasihi dan di rahmati Allah sekelian.
Terlebih dahulu saya berpesan dan mengingatkan kepada diri saya sendiri dan juga kepada para jemaah sekelian  agar bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa, mereka itulah yang mendapat kemenangan dan kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Saudara kaum muslimin
Sesungguhnya kita mempunyai tugas yang amat besar, tugas yang amat berat, tugas yang tidak dapat dipikul oleh gunung ganang, walaupun mereka nampak hebat, mampu berdiri dengan gagah dan megah, iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya aku menjadikan manusia sebagai khalif di muka bumi. Tugas menjadi khalifah adalah amat berat sekali, mereka perlu bermujahadah untuk memakmurkan dunia seterusnya memastikan syiar Allah swt tertegak di muka bumi ini.

Saudara kaum muslimin
Sebagaimana sempurnanya kejadian semua makhluk ciptaan Allah swt, begitulah juga sempurnanya peraturan peraturan untuk kita. Kita akan dapat menikmati dan merasai keindahannya dengan syarat kita menurut segala aturan yang telah digariskan oleh Allah swt. Allah yang maha pencipta mengetahui segala keperluan rohani dan jasmani. Setelah kejadian manunia yang hidup secara bermasyarakat, saling berhubungan sesama mereka memerlukan satu kaedah bermasyarakat yang mantap dan konsistan semuanya adil untuk mereka bagi menjamin kehidupan yang harmoni di dunia dan juga di akhirat nanti. Firman Allah swt yang bermaksud Kemudian kami jadikan kamu berasal dari sesuatu syariat yakni peraturan, undang undang dan urusan agama itu, maka ikutlah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang orang yang tidak mengetahui.


Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week