Kursus Motivasi: Hari Kiamat

Saudara saudari, inilah suatu kekuatan yang kita akan mulakan perjalanannya 


Mari kita mulakannya dengan surah Al Fatihah, mudah mudahan Allah akan membukakan segala yang terkunci di dalam hati hati kita, kerana Allah menjadikan surah Al Fatihah sebagai pembukaan Al Qurannya. Apabila Rasulullah membaca surah ini, air matanya mengalir sehingga membasahi janggutnya kerana Baginda melihat bagaimana janji janji Allah, firman firman Allah bahawa dunia ini akan ditamatkan dengan Kiamat. Abu Bakar apabila membaca ayat ini, dia menangis sehingga hampir pengsan. Omar apabila membaca ayat ini  dalam tahajjudnya dia menjadi gementar sehingga dia tidak mampu untuk rukuk kerana mereka melihat dari ayat ayat itu dari mata hati Allah mereka mampu melihat kebenaran ayat ayat Allah.

Marilah saudara saudari kita menghayati bacaaan ayat ayat Allah
"Apabila terjadinya hari kiamat.
Tiada seorang pun lagi pada waktu itu mendustakannya.
Itu lah satu hari Allah merendah dan menghina satu golongan.
Dan kiamat itu bermula dengan Allah menggoncangkan bumi ini dengan sehebat hebatnya
Maka bumi ini akan bergoncang
Dengan kekuatan goncangan itu maka gunung akan han hancur berkecai laksana debu debu berterbangan.
Lalu Allah membangkitkan manusia dan di kerah kepada Mahsyar
dan manusia dibahagikan kepada 3 golongan.
Golongan pertama alangkah bahagianya kerana menerima buku daripada tangan kanannya
Dan celakalah orang yang menerima buku dari tangan kiri atau belakangnya
Dan orang yang menerima buku dari tangan kanannya adalah daripada orang yang terawal dari golongan yang beriman dan sedikitlah mereka dari golongan yang terkemudian."

Maka lihatlah betapa dasyatnya hari kiamat
Dan bayangkan dimanakah harta, pangkat, rumah, tanah, ladang, kebun yang kita akan bawa.

"Aku berlindung dari syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lihatlah diwaktu Allah bersumpah dengan kebenaran hari kiamat.
Dan Allah bersumpah bahawa tidak ada satu manusia kecuali ia akan menyesal di hari kiamat.
Apatah dia menggangap apabila telah reput tulang temulangnya ia tidak akan di bangkitkan semula.
Bahawasanya Aku akan membangkitkan mu dan menyusun jari jemarimu dengan sempurna semula.. Mengapakah manusia bertanya bilakah kematian dan hari kiamat kerana manusia ingin terus menerus ingin melakukan maksiat."

Bayangkan jika ini yang menimpa kehidupan kita, maka apa yang kita usahakan itu semuanya akan musnah dalam sekelip mata dan semuanya akan kembali kepada Allah.


Ustaz Mohd Azhar Abdullah: Transformasi Peribadi Cemerlang, Kerja Berdaya Saing & Kreativiti


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week